Siapakah Uncle Sam? - Market Demon

Thursday, April 12, 2018

Siapakah Uncle Sam?

Pada 7 September 1813, Amerika Syarikat mendapat gelaran Uncle Sam. Siapakah sebenarnya manusia bernama Uncle Sam? 


Nama Uncle Sam dikaitkan dengan seorang peniaga bernama Samuel Wilson. Samuel Wilson adalah seorang penjual daging dari Troy, New York. Samuel orang yang bertanggungjawab untuk membekalkan daging kepada tentera Amerika Syarikat semasa peperangan 1812. Samuel Wilson yang hidup pada tahun 1766 hingga 1854. 


Samuel membekalkan daging dan meletakkan tanda U.S. yang bermaksud United States pada bekas yang berisi daging mentah. Tetapi tentera Amerika Syarikat salah sangka terhadap tanda “U.S.” tersebut dan menyatakan bahawa tanda tersebut adalah Uncle Sam.

Syarikat surat khabar tempatan mengambil nama Uncle Sam dan membuat liputan tentang nama tersebut. Secara mengejut nama itu tersebar luas seluruh Amerika Syarikat sehingga diterima oleh Kerajaan Persekutuan untuk gelaran U.S. 

Pada akhir tahun 1860 sehingga 1870, Thomas Nast seorang kartunis mula mempopularkan imej Uncle Sam. Thomas Nast terus membuat gambaran Uncle Sam dengan menambah janggut putih dan baju yang ada bintang dan juga jalur pada seluarnya.

Thomas Nast adalah anak kelahiran German yang mencipta imej Santa Claus. Selain itu, Nast juga ada ada membuat imej seekor keledai sebagai simbol untuk Parti Demokratik dan imej seekor gajah sebagai simbol kepada Parti Republican. Nast juga terkenal dengan menyebar tentang Tammany Hall yang telah menjadi menteri korup di bandar New York dalam kartun lukisannya dan bertanggungjawab atas kejatuhan pemimpin Tammany William Tweed.


Seterusnya, imej Uncle Sam yang kita lihat sekarang adalah daripada seorang kartunis bernama James Montgomery Flagg. Dalam lukisan versi Flagg, Uncle Sam ada memakai topi yang tinggi dan jaket berwarna biru. Dalam imej Flagg juga ada menunjukkan Uncle Sam menunding jari telunjuknya kearah siapa yang melihatnya. 

Semasa Perang Dunia Pertama, imej Uncle Sam dengan ayat yang bertulis “I Want You For The U.S. Army” digunakan untuk rekrut tentera Amerika Syarikat. Imej tersebut yang semakin popular dan digunakan untuk akhbar Leslie’s Weekly untuk isu July 1916 dengan tajuk berjudul “What Are You Doing for Preparedness?” 

Imej tersebut diguna pakai berulang kali tetapi dengan berlainan ayat. 

Pada September 1961, Kongres mengiktiraf Samuel Wilson sebagai “the progenitor of America’s national symbol of Uncle Sam.” Wilson meninggal pada usia 88 tahun pada tahun 1854. Beliau dikebumikan di Oakwood Cemetery di Troy, New York. Penduduk Troy menggelarkan bandar tersebut sebagai “The Home of Uncle Sam.”