Trade Seperti Casino : The House Will Always Win - Market Demon

Thursday, April 12, 2018

Trade Seperti Casino : The House Will Always Win



Trading atau investing ialah satu kerjaya yang sangat berisiko tinggi. Anda boleh kehilangan kesemua wang pelaburan anda dengan hanya satu butang. Jadi sebelum meneruskan keinginan untuk trade, anda harus memastikan bahawa anda sanggup merisikokan 100% wang pelaburan anda, hanya trade dengan wang lebihan (jangan meminjam!), kuat dari segi mental, dan bersedia menerima kesilapan tanpa menuding jari pada  orang lain. Di sini penulis ingin membawa pembaca memahami cara trade seperti casino. Anda boleh menonton video Adam Khoo di sini, seorang profesional trader dari Singapore.


Trading seperti casino? Kenapa casino? Anda pasti tahu apa itu casino bukan? Casino tempat orang berjudi, berhabis duit dan berfoya-foya. Seperti kata Adam Khoo, stock market atau pasaran saham ialah seperti sebuah casino gergasi yang besar. Di dalam casino terdapat pemain yang sanggup melabur ribuan malah jutaan dollar untuk mendapatkan jackpot. Kita dapat lihat dimana permainan gambling ini melibatkan dua pihak, iaitu player dan juga casino. Anda pertaruh $1, jika anda menang, anda akan dapat $1 dan jumlah yang ada ditangan ialah $2. Tetapi jika anda kalah, anda akan kehilangan $1. Jadi peluang untuk menang ialah 50/50 bukan?

Teeett! Salah! Jika anda seorang player, peluang anda untuk menang sebenarnya adalah kurang daripada 50%. The house will always win. Ingat kata-kata ini. Bagaimana casino boleh menang? Sebenarnya, permainan di dalam casino telah di “rigged” oleh casino untuk meletakkan peluang kemenangan berpihak kepada mereka. Mereka telah mencipta satu “statistical edge” di mana tanpa sedar, kesemua player sangat terdedah kepada risiko untuk kalah.



Sebagai contoh, kita ambil permainan Roulette.
  •         Nombor genap/ganjil
  •         Kawasan 18 merah/18 hitam

Adakah kita ada 50/50 peluang untuk menang? Tidak, anda harus tahu permainan roulette ada kawasan hijau yang bertanda 0 dan juga 00 dimana jika bola jatuh dikawasan itu, casino menang.


Player -  peluang untuk menang = 18/38 = 47.3%.

Casino -  peluang untuk menang = 20/38 =  52.7%.

Berapakah peratusan casino ada lebih daripada anda? Ya, mereka mempunyai 5.4% lebih peluang untuk menang.

Untuk jangka masa yang panjang, $1 yang dilaburkan akan mendapat pulangan 5.4% = $0.054

$1 x 5.4% = $0.054
$1,000,000 x 5.4% = $54,000

Satu lagi contoh, bayangkan anda adalah casino. Ada 1,000 pertaruhan atau bet, dan setiap bet bersamaan $1,000.

1000 bet x $1000 = $1,000,000

Win = 52.7%
Lose = 47.3%

Jadi kita menang 527 bets dan kalah 473 bets.
Jika dilihat secara menyeluruh, kita dapat $527,000 dan kita hilang $473,000.
Berapa net profit kita? Ya betul. $54,000. Kita masih ada profit walaupun ada kekalahan.

Sebagai trader, kita pasti dengar banyak kali yang mengatakan 90% trader gagal dan hilang wang dalam pasaran. Kenapa? Trader-trader amateur hanya trade berdasarkan emosi, tiada plan, dan juga tiada strategi. Mereka trade berdasarkan rumours atau gossip, pendapat orang lain, berita dan sebagainya. Tanpa strategi anda pasti kalah. PASTI!

Trader amateur tidak melihat, mengkaji, menyemak dimana mereka harus masuk ke dalam pasaran. Mereka terlalu emosi untuk risiko yang mereka ambil dan seterusnya leburlah pelaburan mereka. Bak kata Adam Khoo, “they lose more when they are wrong, they win less when they are right. At the end of the day, they always lose money." Maknanya, anda akan tetap kehilangan wang walaupun anda dapat profit atau keuntungan. Dua sebab kenapa anda kalah dan terus kalah.

  • Cepat puas dengan profit membuatkan anda ambil profit yang kecil (short term trade).
  • Takut hilang duit membuatkan anda tidak meletakkan "stop loss/cut loss" dan akhirnya hilang lebih banyak duit.




Trader professional pula sentiasa mendapat keuntungan walaupun mereka kalah lebih daripada mereka menang. Apa yang mereka lakukan?
  •         Kaji pasaran
  •         Beli apa yang mereka tahu
  •         Mengkaji analisis teknikal
  •         Mempunyai “statistical edge” mereka tersendiri
  •         Trade dengan strategi

Sebagai contoh, mari lihat dalam situasi uptrend market.
Kita dapat lihat dimana price telah mencecah garisan support yang kuat. Dan kita telah kaji bahawa market masih bullish. Jadi kita tahu ini adalah masa yang terbaik untuk masuk ke dalam pasaran. Tapi adakah anda pasti anda akan betul 100%? Tidak! Di sini lah kita kaji dimana risiko yang akan kita ambil. Katakan selepas mengkaji market dengan segala data yang anda dapat, peluang untuk anda menang ialah 60%. 40% lagi ialah risiko anda untuk kalah. Tapi anda pasti sudah tahu yang anda mempunyai "Statistical Edge" lebih 20% untuk menang. Ianya lebih berganda-ganda daripada casino yang hanya mempunyai 5.4%. 

Seperti yang diberitahu sebelum ini, dalam casino anda merisikokan $1 untuk $1. Tetapi didalam trading, anda harus merisikokan sekurang-kurangnya $1 untuk $2. Minimum Risk/Reward Ratio atau RR yang anda perlu ambil ialah 1:2.

Bagaimana? Dengan menggunakan Stop Loss (SL) dan juga Take Profit (TP).



Katakan anda masuk ke dalam pasaran pada harga $11. Anda ada 60% peluang untuk menang, bersamaan 20% kelebihan untuk menang daripada untuk kalah. Jika anda menang, anda akan mendapat profit minimum berharga $15. Jika anda kalah, anda cut loss pada harga $9. Jadi, ikut kiraan Risk Ratio, anda merisikokan $2 untuk $4, bersamaan 1:2  risk/reward ratio.

60% win rate with 1:2 risk/reward ratio. 

Anda boleh trade dengan selesa.

Satu contoh lagi, katakan anda membuat 100 trades dengan $100.




Dengan 60% peluang untuk menang, anda boleh mendapat sebanyak $80 profit. Jadi dalam tangan anda, anda ada $180 selepas 100 trades. Hebat lah tu!

Bagaimana jika peluang untuk menang hanya tinggal paling minimum, iaitu 50%?



Dengan 50% win rate, anda masih boleh profit dengan $50! 

Kuncinya disini, anda perlu masuk dalam pasaran HANYA jika peluang anda untuk menang lebih daripada 50%.

Statistical edge : Win rate > Lose rate


Di dalam video yang diterangkan Adam Khoo, ada formula untuk "Positive Expectancy."

      Expectancy of trade:

     = % win x (Average win) - % lose x (Average lose)

e.g.
     = 50% x (avg win) - 50% x (avg lose)
     = 50% x 2R - 50% x 1R
     = 0.5R

Jadi apa kesimpulannya di sini?

Ambil contoh yang tadi, kita buat 100 trades, dan kita akan jangkakan pulangan sebanyak 50R.

Untuk setiap 1% risiko per trade, kita akan peroleh 50% pulangan capital
Untuk setiap 2% risiko per trade, kita akan peroleh 100% pulangan capital

Bagaimana untuk mendapatkan statistical edge?

Ada pelbagai cara :
  • Trend pasaran
  • Garisan support dan resistance dan juga trendline
  • Candlesticks patterns
  • Moving averages
  • Divergence
  • Fibonacci levels
  • Petunjuk teknikal
  • Berita atau news sebagai catalyst

Baca juga cara untuk mengkaji tentang cryptocurrency di sini : 


Anda harus ada semangat, motivasi, keinginan dan juga komitmen sendiri untuk mahir dalam pasaran trading. Pelbagai sumber anda boleh dapati secara online,  buku, kelas dan seminar. Dengan statistical edge, anda sebenarnya sedang mengeksploitasi pattern yang berulang dalam psikologi manusia secara kolektif. Oleh itu, anda mempunyai peluang untuk menang lebih besar daripada trader amateur.


Anda boleh subscribe channel telegram kami untuk news dan juga info tentang cryptocurrency di Telegram Market Demon.

Market Demon : MD telegram
TeLibrary         : E-book Library

Disclaimer: Penulis tidak memberikan sebarang nasihat untuk anda membuat keputusan di dalam trade. Segala perkongsian dan maklumat di dalam blog ini adalah tujuan pembelajaran. Trading boleh mengakibatkan kerugian. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang anda akan alami. Don't trade with money you can't afford to lose.