Kesilapan Pemain Pasaran Crypto - Market Demon

Thursday, April 12, 2018

Kesilapan Pemain Pasaran Crypto



Pelaburan atau pedagangan crypto sememangnya nampak seperti menguntungkan tetapi tidak semua orang berjaya membuat keuntungan dan lebih malang lagi, terdapat ramai pelabur baru lebih-lebih lagi anak muda yang ingin terlibat semata-mata ingin mengejar keuntungan dan mereka seringkali membuat kesilapan yang tidak sepatutnya.

Di sini terdapat beberapa kesalahan yang biasa dilakukan pemain pasaran baru:-


Tidak menjalankan kaji selidik sendiri

Hampir semua orang menyertai pelbagai group telegram dan mengikuti twitter trader  hanya untuk mengikuti “signal” pembelian yang diberikan. Ketahuilah tiada salah untuk berbuat demikian selagi anda melakukan kaji selidik sendiri. Anda pasti pernah mendengar atau terbaca sesuatu coin yang akan meningkat nilai sehingga ke “bulan”, nilai meningkat naik 10 kali ganda dan mungkin pelbagai lagi ayat-ayat yang berpotensi mempengaruhi anda.

Jika anda hanya mendengar bulat-bulat kata mereka dan melaburkan duit anda, anda berkemungkinan besar meleburkan duit anda. Kebanyakkan dari mereka hanya akaun palsu, promoter berbayar atau rakan kongsi dari pasukan "pump and dump“ yang mana menjalankan promosi “fake hype” untuk mempengaruhi golongan FOMO (fear of missing out) agar anda membeli lebih banyak apa yang mereka jual. 

Membuat kaji selidik anda sendiri adalah perkara paling penting sebelum anda memasuki pasaran. Anda perlu mengetahui apa fungsi coin tersebut, bagaimana pergerakan harganya, sudah memasuki “waves” ke berapa ketika ini dan lain-lain. Memasuki pasaran hanya kerana harganya sedang naik adalah perkara yang perlu anda elakkan.  


Tidak memahami asas analisis


Kebanyakkan pedagang/pelabur merasakan teknikal analisis (TA) sangat “complicated dan over-rated”. Tidak dapat dinafikan tiada jaminan tepat dalam menggunakan teknikal analisis. Tetapi sekurang-kurannya ia meningkatkan keyakinan anda dalam membuat keputusan dan meninggikan peratusan peluang untuk anda berjaya di dalam dagangan tersebut.

Sama seperti kehidupan kita, tiada apa pun yang pasti. Jika anda benar-benar serius dalam bidang ini, kemahiran asas dalam ilmu asas (fundamental) dan teknikal analisis adalah sangat penting.


Penjualan panik (panic sell) di bawah dan pembelian semula di atas



Pasaran crypto adalah sangat tidak menentu. Ia boleh membuatkan anda kaya secepat yang mungkin atau miskin sekelip mata. Perubahan harga yang mendadak adalah perkara biasa. Penjualan panik (panic sell) adalah kesilapan biasa bagi yang baru bermula, mereka memasuki pasaran tanpa kaji selidik dan asas yang kukuh dan secara tiba-tiba pasaran jatuh menyebabkan mereka “cut loss”.

Masalah bagi perkara ini adalah selagi anda tidak menjual, anda sebenarnya belum kehilangan duit. 

Dalam sesetengah keadaan, penjualan panik adalah tidak masuk akal. Kebanyakkan coins akan kembali membuat kenaikan dan orang yang sama akan membeli semula dan kitaran kesilapan ini akan berterusan dengan membeli pada kenaikan dan menjual pada harga sedang jatuh. Bagi mengelakkan perkara ini, anda perlu ada alasan yang betul-betul kukuh untuk kajian anda sendiri mengapa perlu membuat penjualan panik.


Tidak mengambil keuntungan, tiada plan keluar



Anda dapat mengenalpasti waktu terbaik untuk memasuki pasaran, harga kini meningkat , apa anda perlu buat? Adakah anda telah mengambil keuntungan atau masih memegang coin tersebut? Kebanyakkan pemain baru tiada plan di mana untuk keluar. 

Mereka ingat harga akan terus menerus membuat kenaikan setelah berjaya memasuki pasaran pada waktu yang betul. Dan akhirnya harga jatuh lebih cepat dari sangkaan dan menanggung kerugian. Perkara yang dinyatakan ini tidak terguna pakai sekiranya anda adalah seorang pelabur jangka masa panjang.


Sibuk mencari Bitcoin, Ethereum atau Litecoin yang seterusnya

Melihat Bitcoin, Ethreum atau Litecoin yang berjaya membuat kenaikan yang begitu cemerlang, pasti terlintas untuk mencari coin lain yang berpotensi berjaya seperti coin-coin di atas. Tidak semua coin berpotensi atau mengikut jejak langkah coin yang berjaya kerana beberapa faktor seperti terlebih bekalan, isu semasa , kekangan kerajaan dan lain-lain.

Sebagai pemain pasaran, anda perlu memahami spesifik beberapa coin yang anda pilih seperti kitaran pusingan harga, apa asas yang menyebabkan coin ini akan lebih mahal, dengan itu anda boleh memasuki pasaran dengan sasaran yang lebih logik.


Terlalu emosi kepada satu – satu coin



Tiada coin yang akan membuat kenaikan selama-lamanya. Bitcoin juga mempunyai hari yang begitu baik dan hari yang begitu buruk. Peluang tetap akan muncul dari hari ke hari. Jika anda terlalu yakin dan percaya sesuatu coin, memegang coin tersebut untuk jangka masa panjang adalah cara terbaik untuk mendapatkan hasil yang terbaik. 

Tetapi jika anda membuat keuntungan dengan cara berdagang (jangka masa pendek) anda tidak boleh terlalu beremosi terhadap satu coin. Emosi di sini bermaksud anda seperti telah jatuh cinta hanya kepada coin tertentu.

Jika anda masih memegang bitcoin ketika harganya $20,000 hingga harganya jatuh ke $12,000, anda mempunyai masalah emosi ini.


Tidak mengikuti perkembangan semasa

Pergerakan harga, analisis carta dan pasaran tidak cukup. Untuk menjadi pedagang yang berjaya, anda perlu mengikuti perkembangan semasa dan terkini untuk mengetahui apa perkembangan seterusnya. Memandangkan crypto adalah bersifat sangat spekulatif, ia memberi pergerakan kepada berita baik dan buruk.



Di Market Demon, kami berusaha memberi perkembangan terkini mengenai cryptocurrency. Juga terdapat nasihat, motivasi, sejarah pasaran, pasaran semasa dan info-info lain yang berharga dan menarik untuk anda ikuti. Teruskan mengikuti kami dan terima kasih untuk sokongan anda! Semoga berjaya dari kami .