Ringkasan Berita Pasaran Kewangan Di Sesi Asia, 4 Februari 2019 - Market Demon

Monday, February 4, 2019

Ringkasan Berita Pasaran Kewangan Di Sesi Asia, 4 Februari 2019


Dollar tinggi pada pagi ini disokong oleh data pekerjaan yang kuat. Data yang dikeluarkan pada hari Jumaat lepas menunjukkan ekonomi Amerika Syarikat menambah sebanyak 304,000 pekerjaan pada bulan Januari, tertinggi dalam 11 bulan. Laporan pekerjaan yang kukuh meredakan kebimbangan terhadap kelembapan ekonomi Amerika Syarikat. 

Pasaran kewangan China ditutup sepanjang minggu sempena cuti Tahun Baru Cina. Pasaran Asia yang lain juga ditutup untuk beberapa hari. Pasaran kini sedang menunggu pemangkin seterusnya. Kemungkinan besar berita mengenai rundingan perdagangan Amerika Syarikat dan China.

Walaupun pasaran buruh kukuh, bank pusat Amerika Syarikat dijangka mengekalkan kadar faedah pada tahun ini berikutan kebimbangan mengenai pertumbuhan ekonomi global terutamanya di China. Pertumbuhan ekonomi di Eurozone juga lemah daripada jangkaan dengan enjin ekonomi utama Eropah iaitu Perancis dan Jerman menunjukkan kemerosotan.

Kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat tahun lepas adalah pemacu utama prestasi US Dollar. Walau bagaimanapun, penganalisis melihat tidak akan berlaku banyak peningkatan dalam US Dollar tahun ini memandangkan kos pinjaman negara itu dijangka terus stabil.

Pound Sterling pula sedikit rendah pada awal sesi perdagangan Asia. Pelabur menjangkakan Pound kekal tidak menentu kerana ketidakpastian Brexit. Bank of England (BOE) dijadualkan bertemu pada minggu ini dan dijangka mengekalkan kadar faedah pada tahap sedia ada.

"If you want happiness for an hour, take a nap. If you want happiness for a day, go fishing. If you want happiness for a month, get married. If you want happiness for a year, inherit a fortune. If you want happiness for a lifetime, help someone else."

Jangan lupa ikuti kami di Telegram

No comments: