Keputusan Dasar Monetari Bank Pusat Australia (RBA), 5 Februari 2019 - Market Demon

Tuesday, February 5, 2019

Keputusan Dasar Monetari Bank Pusat Australia (RBA), 5 Februari 2019


Pada mesyuarat hari ini, Reserve Bank of Australia (RBA) memutuskan untuk mengekalkan kadar faedah pada 1.50%. Ekonomi global meningkat pada tahun 2018. Kadar pengangguran di kebanyakan negara maju adalah rendah. Tinjauan bagi pertumbuhan global tetap munasabah walaupun risiko penurunan telah meningkat. Ketegangan perang perdagangan menjejaskan perdagangan global dan beberapa keputusan pelaburan.

Pertumbuhan dalam ekonomi China terus perlahan, dengan dasar pelonggaran pihak berkuasa negara itu sambil meninjau risiko dalam sektor kewangan. Diperingkat global, kadar inflasi utama telah bergerak lebih rendah berikutan penurunan harga minyak, walaupun inflasi teras telah meningkat dalam beberapa ekonomi.

Keadaan kewangan dalam ekonomi maju diperketat pada penghujung tahun 2018, tetapi tetap akomodatif. Harga ekuiti merosot dan spread kredit meningkat. Peserta pasaran tidak lagi mengharapkan pengetatan dasar monetari lebih lanjut di Amerika Syarikat.

Hasil bon kerajaan telah menurun di kebanyakan negara termasuk Australia. Dollar Australia (AUD) kekal dalam lingkungan yang sempit sejak kebelakangan ini. Syarat-syarat perdagangan telah meningkat sejak beberapa tahun yang lalu tetapi dijangka berkurang dari masa ke masa.

Ekonomi Australia berkembang sekitar 3% tahun ini dan sedikit kurang pada 2020 disebabkan pertumbuhan eksport yang perlahan. Tinjauan pertumbuhan disokong oleh peningkatan pelaburan perniagaan dan tingkat pengeluaran yang lebih tinggi pada infrastruktur awam.

Seperti mana di seluruh dunia, beberapa risiko penurunan telah meningkat. Pertumbuhan KDNK pada suku September lebih lemah daripada yang dijangkakan. Sebahagian besarnya disebabkan oleh pertumbuhan yang perlahan dalam penggunaan isi rumah dan pendapatan walaupun data penggunaan tidak menentu dan tertakluk kepada semakan baru-baru ini.

Pertumbuhan pendapatan isi rumah telah menurun sejak beberapa tahun kebelakangan ini tetapi dijangka meningkat dan menyokong perbelanjaan isi rumah. Ketidaktentuan domestik kekal di sekitar prospek perbelanjaan isi rumah dan kesan penurunan harga rumah di beberapa buah bandar.

Pasaran perumahan di Sydney dan Melbourne akan melalui tempoh pelarasan selepas harga yang lebih tinggi sebelum ini. Keadaan semakin lemah di kedua-dua pasaran. Syarat kredit bagi sesetengah peminjam adalah lebih ketat. Pada masa yang sama, permintaan untuk kredit oleh para pelabur di pasaran perumahan telah menjadi perlahan kerana dinamika pasaran perumahan telah berubah. Kadar gadai janji kekal rendah dan terdapat persaingan yang kuat untuk peminjam yang mempunyai kualiti kredit yang tinggi.

Pasaran buruh masih kukuh dengan kadar pengangguran pada paras 5%. Kadar pengangguran dijangka akan terus menurun dalam tempoh beberapa tahun akan datang. Kadar kekosongan pekerjaan tinggi dan terdapat laporan kekurangan tenaga mahir di sesetengah kawasan. Pasaran buruh yang lebih kuat telah menyebabkan berlaku peningkatan dalam pertumbuhan upah, perkembangan ini sangat dialu-alukan. 

Inflasi kekal rendah dan stabil. Inflasi dasar dijangka meningkat dalam tempoh beberapa tahun akan datang. Kadar faedah yang rendah terus menyokong ekonomi Australia. Mengambil kira maklumat yang ada, RBA memutuskan untuk mengekalkan dasar monetari sedia ada dalam mencapai pertumbuhan ekonomi yang mampan dan mencapai sasaran inflasi dari masa ke masa.

"Australia is an outdoor country. People only go inside to use the toilet. And that's only a recent development."

Ikuti kami di Twitter Market Demon


No comments: