Emas Dunia : Sepanjang 20 Tahun Lalu - Market Demon

Tuesday, February 5, 2019

Emas Dunia : Sepanjang 20 Tahun Lalu


Apakah persamaan 72 buah negara termasuk negara maju seperti Kanada, Australia, Jepun dan Sweden, gergasi pasaran baru muncul seperti Argentina, Mexico, Nigeria, India, Iran dan Rusia, dan negara-negara kecil seperti Burundi, Haiti, Myanmar, Syria dan Tonga? Anda mungkin berkata, mereka jauh berbeza dengan metrik seperti :

1. Populasi
2. KDNK per kapita
3. Kadar inflasi
4. Jurang pendapatan
5. Kestabilan politik

72 buah negara ini berkongsi satu ciri yang mengejutkan iaitu harga emas berada pada paras tertinggi dalam semua mata wang negara-negara ini. Selain itu, harga semasa emas tidak jauh dari rekod tertingginya bagi Pound Sterling, Chinese Yuan, Swiss Franc, Euro dan juga US Dollar.

Sejak tahun 1999, emas telah meningkat dengan peratusan berikut (beberapa angka adalah anggaran) :

Sejak tahun 1999, sumber : goldprice.org/gold-price-history.html
Dalam tempoh dua dekad ini, kita telah melihat dot-com bubble diikuti oleh kemelesetan, kejatuhan sektor perumahan Amerika Syarikat diikuti krisis kewangan, dan kemudian bull market terpanjang dalam sejarah Amerika Syarikat. Permintaan terhadap emas ketika berlaku krisis menunjukkan pola yang konsisten. Sepanjang 20 tahun yang lalu, terdapat banyak pergolakan dalam pasaran kewangan, ekonomi dan geopolitik berbanding pada 1945-2000.

Hutang kerajaan antara faktor dalam kenaikan harga emas. Di seluruh dunia, negara maju telah mengambil hutang yang sangat besar. Dari tahun 2000 hingga 2017, negara-negara ini mengalami peratus pertumbuhan berikut dalam data debt to GDP :

Growth In Debt To GDP, sumber : tradingeconomics.com/united-states/government-debt-to-gdp
Menariknya, peningkatan terbesar dalam pegangan bank pusat dari tahun 2000 hingga 2018 didapati di kalangan kedua-dua negara dengan pertumbuhan hutang yang besar dan yang paling sedikit. Pembelian emas juga lebih banyak didorong oleh dasar monetari bank pusat berbanding faktor-faktor ekonomi. 

Sebagai kesimpulan, kita pasti dapat mengatakan bahawa emas terus mengekalkan kepentingan globalnya sebagai medium store of value dan sesungguhnya permintaan terhadap emas masih berterusan pada abad ini.


"We must learn who is gold, and who is gold plated."


Ikuti kami di Twitter Market Demon

No comments: