Malaysia menuntut supaya artikel berat sebelah yang bertajuk 'Industri Minyak Sawit dan Penyakit Tidak Berjangkit' yang diterbitkan dalam Buletin Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO), menarik balik artikel tersebut. Menteri Perusahaan Utama, Teresa Kok Suh Sim telah meneliti artikel tersebut dan mendapati hanya separuh saja kandungan dalam artikel tersebut adalah benar dan selebihnya adalah berat sebelah terhadap minyak sawit.
Timbul spekulasi mengatakan bahawa artikel tersebut adalah dengan niat untuk menyerang industri minyak sawit. Beliau turut berkata bahawa Malaysia juga turut tidak bersetuju dengan kenyataan WHO mengenai kajian terhadap persamaan antara industri minyak sawit dan pelobi tembakau dan alkohol.

Pandangan ini telah disampaikan kepada Wakil WHO yang datang ke Malaysia, Brunei dan Singapura Dr Lo Ying-Ru dan pegawai pengurusan dan teknikal programnya Dr Paul Soo, semasa pertemuan bersama dengan Teresa Kok, Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), Persatuan Ilmuwan Minyak dan Penyelidik Minyak Malaysia (MOSTA) dan Persatuan Pemilik Ladang Malaysia (MEOA).
Menurut Teresa Kok, WHO Malaysia melahirkan rasa kekecewaan terhadap kajian yang berat sebelah tersebut dan artikel itu turut dilaporkan secara salah oleh Reuters. Ini memberi kesan kepada Malaysia terutamanya kepada orang ramai yang beranggapan kajian ini menggambarkan pandangan rasmi dari pihak WHO sendiri. Malaysia berharap agar WHO terus menganjurkan dasar dan cadangannya yang tidak berat sebelah dan tidak membenarkan perkara seperti ini tidak berulang lagi selepas ini.
No comments:
Post a Comment