Sebanyak $99 juta Litecoin (LTC) dihantar melibatkan dua wallet cryptocurrency dalam satu single trade pada Khamis lalu, menarik perhatian ramai. Identiti pihak yang terlibat tidak diketahui. Urus niaga besar itu hanya mengambil masa 2.5 minit dan hanya melibatkan yuran transaksi sebanyak $0.40. Transaksi seperti ini dalam kewangan tradisional memerlukan masa beberapa hari, melibatkan banyak pihak, dan yuran yang tinggi.
Ini menjadi bukti bahawa cryptocurrency seperti Litecoin dan Ripple (XRP) mempunyai potensi untuk dijadikan alternatif kepada sistem kewangan yang ada kerana menyediakan perkhidmatan yang lebih murah, lebih cepat, dan tidak melibatkan orang tengah seperti pihak bank, lebih-lebih lagi apabila melibatkan urus niaga antarabangsa. Litecoin adalah cryptocurrency ke-6 terbesar berdasarkan nilai pasaran. Litecoin dicipta oleh Charlie Lee pada tahun 2011 sebagai alternatif yang lebih cepat dan murah. Dalam pasaran cryptocurrency, Litecoin dianggap sebagai silver.
Pada awal bulan ini, crypto startup berprofil tinggi, Abra, yang disokong oleh American Express telah membuat keputusan untuk menggunakan smart contract Litecoin dalam menjalankan exchange dan wallet syarikat berkenaan.
Baca juga : Kerjasama Litecoin (LTC) Dan TenX