Perkembangan Litecoin (LTC), Apa Yang Anda Perlu Tahu? - Market Demon

Tuesday, April 24, 2018

Perkembangan Litecoin (LTC), Apa Yang Anda Perlu Tahu?


Dalam pasaran cryptocurrency, top coin seperti Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH) begitu optimis kebelakangan ini. Di sisi lain, Litecoin (LTC) telah menghadapi beberapa masalah baru-baru ini dan bergelut untuk mengekalkan kedudukannya dalam ranking teratas (kedudukan market cap). Litecoin sekarang berada di kedudukan ke-6, dibelakang EOS. Walau bagaimanapun, ada sesuatu yang menarik sedang dinanti-nantikan. Litecoin Foundation dan TenX telah bersama-sama memperkenalkan sesuatu yang mungkin akan memberi kesan positif kepada pengguna mereka.

TenX akan mula menyokong Litecoin pada Android serta iOS. Sesungguhnya, ia merupakan satu langkah ke hadapan. Tetapi lebih banyak lagi berita menarik, TenX dan Litecoin sedang memulakan kerjasama berkaitan co-branded card. Mengenai pelan baru ini, lebih banyak kemas kini dari kedua-dua syarikat dijangka akan keluar secara rasmi nanti.

TenX menerusi laman web mereka, berkata :

Kami juga teruja untuk mengumumkan kerjasama baru, kami sedang bekerjasama dengan Litecoin Foundation untuk memperkenalkan co-branded card yang mana maklumat lanjut mengenainya akan dikongsikan tidak lama lagi. Kami berharap dapat menjadi platform pembayaran pilihan peminat dan pemilik Litecoin, dan tidak sabar untuk melihat anda menggunakan wallet kami dan menyertai revolusi ini!

Dengan kemaskini ini, kita tahu bahawa Litecoin mampu pergi lebih jauh walaupun ada persoalan mengenai LitePay yang dilancarkan sebelum ini dan dibatalkan. Nampaknya, Litecoin sedang menghasilkan sesuatu yang akan mengubah trendnya dengan kerjasama baru bersama TenX.

Tidak dapat dinafikan, Litecoin masih dianggap coin utama dalam pasaran. Terdahulu, Abra telah memilih Litecoin sebagai aset utama mereka dan sekarang kerjasama baru dengan TenX, ia kelihatan seperti Litecoin mempunyai masa depan yang cerah.


Selain itu, terdapat satu lagi berita baik, Litecoin kini boleh didapati di exchange Korbit, bursa pertukaran mata wang crypto yang paling terkenal di Korea Selatan. Pengasas Litecoin, Charlie Lee telah pun membuat pengumuman rasmi mengenai berita itu dan beliau juga mengatakan sesuatu yang dituju khas kepada Gemini.

Korbit kini berdagang Litecoin! Exchange utama yang terakhir tidak menyokong LTC lagi ialah Gemini. Apa yang anda tunggu?

Dengan kedudukan ke-28, Korbit merupakan platform exchange terbesar Korea Selatan. Kisah Litecoin bermula pada tahun 2011, dan Litecoin mempunyai sejarah yang hebat kerana persaingannya dengan coin utama seperti Bitcoin dan Ethereum. Perfomance Litecoin begitu baik sebelum ini, hanya mengalami sedikit penurunan disebabkan oleh isu LitePay. 

Antara faktor mengapa ramai pengguna memilih Litecoin adalah kerana ia mudah diakses. Selain kadar yuran transaksi yang rendah dan pantas. Litecoin lebih pantas berbanding Bitcoin, mengambil masa hanya 10 minit untuk diproses. Harga Litecoin ketika artikel ini di tulis seperti dalam chart di bawah :



Untuk berita cryptocurrency yang lebih pantas, sertai kami di Telegram!


Penafian : Artikel ini tidak boleh diambil sebagai (dan tidak bertujuan untuk) nasihat pelaburan. Team Market Demon adalah traders/investors, dan dari masa ke masa mungkin/tidak mempunyai pegangan dalam cryptocurrency yang kami berikan liputan/siarkan dalam laman blog ini. Sila jalankan kajian anda dengan lebih terperinci sebelum melabur dalam mana-mana cryptocurrency