Apa Beza Bitcoin Dan Altcoins? - Market Demon

Tuesday, April 24, 2018

Apa Beza Bitcoin Dan Altcoins?



Beribu jenis matawang crypto kini telah muncul di luar sana dan setiap satu daripadanya mempunyai ciri-ciri unik dan kelebihan untuk kita pertimbangkan apabila memilih matawang tersebut sebagai pelaburan. Yang jelas Bitcoin adalah matawang crypto paling popular tetapi bagaimana pula dengan Ethereum? Litcoin? Ripple? Dash? dan banyak lagi.

Setiap matawang crypto mempunyai nilai saham yang berbeza di pasaran. Begitu juga token-token yang juga berbeza tempoh transaksi di mana memerlukan pengiraan matematik yang berbeza ketika proses mining. malah, setiap satunya berlainan saiz kapasiti blockchain pada setiap crypto (merujuk kepada jumlah data yang boleh dibawa pada setiap 'batch' untuk disimpan di dalam blockchain).

Selepas matawang crypto semakin berkembang popular di arus perdana, cryptocurrencies yang baru dibangunkan perlu  mengembangkan ciri-ciri unik untuk lebih menonjol daripada yang lain. Ada crypto yang fokus pada saiz blok, kelajuan transaksi, perisian mining yang spesifik dan ada juga yang menyediakan tahap keselamatan (privacy) yang lebih tinggi.

Jika anda ingin menggunakan matawang crypto sebagai medium pembayaran (atau menerimanya sebagai bentuk urusan jual beli perniagaan anda), kesemua faktor tersebut perlu dikaji dengan teliti. Walaupun hanya sebagai seorang pelabur, ia berbaloi jika anda tahu setiap ciri-ciri tersebut boleh memberi kesan kepada nilai pasaran sebelum anda meleburkan wang-wang anda.

Infografik di bawah, telah saya pecahkan kepada perbezaan antara cryptocurrencies yang popular di pasaran pada hari ini supaya boleh dijadikan panduan diri untuk anda dan mula memahami crypto agar dapat menarik perhatian anda. Informasi ini sedikit sebanyak dapat membantu penyelidikan anda dalam membuat keputusan pelaburan nanti.