A World Of Financial Inclusion - Market Demon

Monday, April 23, 2018

A World Of Financial Inclusion

Financial Inclusion

Menurut Bank Negara Malaysia (BNM) inklusi kewangan bermaksud perkhidmatan kewangan yang disediakan mengikut kesesuaian, berpatutan serta berkualiti terhadap setiap lapisan masyarakat. Melalui inklusi kewangan ini mampu menyumbang kepada pertumbuhan dan perkembangan ekonomi yang seimbang serta mampan terhadap negara.


Sebagai contoh, Bank Negara Malaysia menjalankan peranannya sebagai bank pusat yang menetapkan dasar-dasar kewangan dalam Malaysia selari dengan Akta Bank Negara Malaysia 2009. Apakah dasar yang diajukan oleh Bank Negara Malaysia untuk seiring dengan negara-negara maju? 

Dasar tersebut adalah rangka kerja holistik telah dibangunkan oleh Bank Negara Malaysia Financial Sector Blueprint (FSBP) 2011-2020 untuk meningkatkan kesejahteraan keseluruhan komuniti dalam aspek akses, penggunaan tinggi, bertanggungjawab dan kepuasan tinggi perkhidmatan kewangan.


World Bank pula lebih kehadapan dalam definisi inklusi kewangan dengan merangkumi sektor awam serta swasta dalam menyediakan perkhidmatan kewangan yang meliputi keperluaan masyarakat iaitu transaksi, pembayaran, simpanan, kredit dan insurans. 

Bagi World Bank, mereka ingin memastikan setiap orang mempunyai akses transaksi kerana ini merupakan gateway kepada perkhidmatan kewangan yang lain sejajar dengan inisiatif World Bank Group’s Universal Financial Access 2020. 

Hal ini kerana akses kewangan memudahkan kehidupan seharian dan dapat membantu keluarga serta urus niaga yang memenuhi jangka masa yang panjang seperti kecemasan yang tidak diduga. Tambahan pula, seseorang yang mempunyai akses kewangan mestilah seseorang yang terdedah dengan risiko yang tinggi dimana mereka terancam dengan segala impak sekeliling.

Kepentingan Financial Inclusion

Inklusi kewangan menjadi keutamaan dalam dasar penggubal undang-undang serta pegawai seliaan daripada agensi pembangunan antarabangsa seperti Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu. 

Hal ini dapat dibuktikan, inklusi kewangan merupakan penyokong 7 daripada 17 gol Sustainable Development Goals yang diasaskan oleh Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu. 7 gol tersebut adalah, No Poverty (Gol 1), Zero Hunger (Gol 2), Good Health and well-being (Gol 3), Gender Equility (Gol 5), Decent Work and Economic Growth (Gol 8), Industrial, Inovation and Infrastructure (Gol 9) dan Reduce Inequalities (Gol 10). 

Namun, ini tidak bermaksud gol lain tidak menjadi penyokong dalam inklusi kewangan. Antara gol yang begitu penting dalam mencapai segala gol-gol yang ada ialah gol 17 iaitu Partnership For Goals. Tanpa kerjasama antarabangsa, kebangsaan malah kerjasama antara masyarakat, tidaklah kita mencapai kedamaian dunia bersama.


Untuk pengetahuan umum, Sustainable Development Goals merupakan usaha Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu yang merangkumi 17 gol dengan 169 matlamat dalam jangka masa 15 tahun bermula dari tahun 2015. 

Untuk mencapai semua gol yang tertakluk dalam Sustainable Development Goals, banyak agensi terlibat antaranya World Health Organisation, International Monetary Fund dan lain-lain. Hal ini kerana, Sustainable Development Goals merupakan matlamat global yang melibatkan semua lapisan masyarakat tanpa mengira warna kulit, agama, bangsa, jantina, umur dan seangkatannya.

Selain itu, inklusi kewangan juga dapat sokongan daripada kumpulan G20 iaitu hasil gabungan 19 negara (Argentina, Australia, Brazil, Canada, China, Germany, France, India, Indonesia, Italy, Japan, Mexico, Russia, Saudi Arabia, South Africa, South Korea, Turkey, United Kingdom dan United States) bersama European Union. 

G20 merupakan forum utama ekonomi dunia yang bertujuan untuk membangunkan dasar global untuk menangani cabaran-cabaran yang dihadapi pada masa kini.

Dalam hal inklusi kewangan G20 menyokong idea tersebut di seluruh dunia dan mendukung sepenuhnya pelaksanaan G20 High-Level Principles for Digital Financial Inclusion. Secara ringkasnya, G20 High-Level Principles for Digital Financial Inclusion mempunyai 8 prinsipi dan kesemuanya berkenaan dengan digital antaranya Promote a Digital Approach to Financial Inclusion, Balance Innovation and Risk to Achieve Digital Financial Inclusion, Provide an Enabling and Proportionate Legal and Regulatory Framework for Digital Financial Inclusion, Expand the Digital Financial Services Infrastructure Ecosystem, Establish Responsible Digital Financial Practices to Protect Consumers, Strengthen Digital and Financial Literacy and Awareness, Facilitate Customer Identification for Digital Financial Services, dan Track Digital Financial Inclusion Progress.

Dalam pelaksanaannya, G20 bergabung dengan negara-negara bukan-G20 yang berminat dan pihak berkepentingan yang berkaitan untuk meneruskan kerja mengenai inklusi kewangan, termasuk pelaksanaan G20 Financial Inclusion Action Plan. Mereka bergabung dibawah platform yang sama iaitu The Global Partnership for Financial Inclusion (GPFI).

World Bank menganggap inklusi kewangan sebagai pemboleh utama untuk mengurangkan kemiskinan dunia dan meningkatkan kemakmuran bersama, dan telah mengemukakan matlamat global dalam mencapai Universal Financial Access (UFA) menjelang 2020.


Sebagai contoh, di India, inklusi kewangan dijadikan alat untuk mengurangkan kemiskinan yang dihadapi negara tersebut. (rujuk http://blogs.worldbank.org/endpovertyinsouthasia/enabling-digital-financial-inclusion-rural-women-emerging-findings-india). Sudah tentu ini berkait dengan Sustainable Development Goals yang telah dinyatakan di atas iaitu End Poverty (Gol 1).

Secara kesimpulannya, jika pembaca membaca dan membuat kajian sendiri sudah pasti pembaca mendapati bahawa inklusi kewangan ini begitu penting pada masa kini.

Dibuktikan lagi pada tahun 2010, lebih 55 negara komited terhadap inklusi kewangan termasuk Malaysia, dan lebih daripada 30 negara sudah melaksanakan dalam pembangunan kewangan dalam negara. Namun begitu, banyak kelemahan dalam sistem ini seperti keselamatan ID pengguna dan sebagainya.

"Adakah cryptocurrency dianggap sebagai inklusi kewangan?" Jawapannya ya. Salah satu contoh, di Afrika, bitcoin dijadikan sebagai alat inklusi kewangan. Malaysia pula bagaimana? Dah baca dasar inklusi kewangan Bank Negara Malaysia? Adakah setaraf dengan negara lain?




"Money was never a big motivation for me, 
except as a way to keep score. 
The real excitement is playing the game."
-Donald Trump