Pengumuman Terbaru Telekom Malaysia Buat Pengguna Internet - Market Demon

Friday, July 6, 2018

Pengumuman Terbaru Telekom Malaysia Buat Pengguna Internet

Image result for TM

Susulan perubahan besar yang berlaku dalam Telekom Malaysia iaitu peletakan jawatan CEO, Telekom Malaysia (TM) telah berlangsungnya satu majlis penerangan pada Selasa 3 Julai 2018 yang lalu. Sesi penerangan media ini memberi pencerahan berkenaan perancangan masa hadapan mereka. 

Perubahan lanskap politik Malaysia selepas PRU 14 yang lalu, sedikit sebanyak memberi kesan kepada TM selaku penyedia jalur lebar nombor 1 di Malaysia. Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia baru, Gobind Singh dalam kenyataan awal beliau selepas di lantik menyatakan, beliau mahu perkhidmatan internet di Malaysia untuk lebih pantas dengan harga yang lebih murah. 

Telekom Malaysia mengumumkan akan berkongsi tentang inisiatif jalur-lebar mereka selepas Menteri Komunikasi dan Multimedia mengumumkan harga perkhidmatan harus dikurangkan sehingga 25% pada penghujung tahun ini. Di dalam sidang media yang berlangsung di Pusat Konvensyen Telekom Malaysia TM mengumumkan pengurangan harga pakej-pakej yang ditawarkan. 

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Bazlan Osman baru-baru ini turut berkata bahawa Telekom akan memperkenalkan pakej baru dan istimewa bagi pelanggan Streamyx di kawasan Unifi seluruh negara. 

Buat masa ini, penawaran jalur-lebar berkelajuan asas daripada TM boleh dikatakan agak tinggi harganya. Pakej 1Mbps sendiri ditawarkan pada harga RM110 sebulan, yang mana boleh dikatakan agak tinggi untuk pengguna umum. 



1. Pelan Unifi 30Mbps akan ditawarkan pada harga bawah RM100 berbanding RM 179 sekarang. Ini adalah potongan sebanyak 40%. Ia kini diklasifikasikan sebagai pelan jalur-lebar kelas permulaan untuk golongan isi rumah B40. Pra-tempah untuk pelan baru ini walau bagaimanapun hanya akan dibuka pada 15 Julai hadapan. 

2. Pelan Unifi Turbo akan ditawarkan bermula 15 Ogos hadapan bagi pelanggan pelan sedia ada dengan kelajuan yang digandakan lebih dari dua kali ganda. Ini bermakna pelanggan sedia ada akan menerima penaiktarafan kelajuan dari pelan sedia ada secara automatik. 

3. Bayaran langganan bulanan untuk Unifi Turbo ini adalah RM199 sebulan. Kelajuan sebenar yang ditawarkan menerusi pelan ini masih belum diumumkan tetapi TM mensasarkan ianya antara yang terpantas di Asia Tenggara. 

4. Pelan naik taraf turut akan diberikan kepada pengguna pra-Unifi (Streamyx) serta mengembalikan semula pakej tanpa had Unifi Mobile bagi pelanggan sedia ada. 

Pihak Telekom Malaysia akan berkongsi maklumat lebih terperinci mengenai pelan-pelan yang diumumkan dalam acara khas yang akan diadakan pada 12 Julai kelak. 


No comments: