Kisah Kerajaan Perancis Dipermainkan Voltaire & La Condamine - Market Demon

Sunday, March 25, 2018

Kisah Kerajaan Perancis Dipermainkan Voltaire & La Condamine


Voltaire adalah seorang sejarawan terkenal Perancis, beliau juga seorang ahli falsafah. Yep. Pada awal tahun 1700-an, pemikir terkenal ini telah memainkan kerajaan Perancis untuk sejumlah wang yang besar sehingga menjadikan hidupnya seperti seorang raja!

Pada tahun 1728, Voltaire dan Charles de la Condamine, seorang ahli matematik Perancis, telah menemui sesuatu yang boleh menjadikan mereka kaya. Ekonomi Perancis merosot pada masa itu. Kerajaan sedang mengalami defisit yang besar (perbelanjaan melebihi pendapatan) dan pembiayaan aktiviti kerajaan diperolehi melalui 2 saluran. Pertama melalui cukai dan kedua melalui bon.

Bon adalah instrumen hutang. Dengan bon kerajaan, sesiapa sahaja boleh meminjamkan wang mereka kepada kerajaan dan sebagai balasan mereka akan menerima kembali wang mereka bersama dengan faedah selepas tempoh masa tertentu. Walau bagaimanapun, disebabkan kerajaan Perancis terlalu miskin, mereka terpaksa mengambil beberapa taktik bijak untuk membayar balik pemiutang mereka. Mereka terpaksa mengurangkan kadar faedah untuk menjadikan hutang mereka lebih murah. Pada dasarnya, daripada membayar semula dengan kadar faedah 5%, kerajaan berkata, kami akan membayar anda 3%.

Satu-satunya kelemahan ialah kadar faedah Perancis sudah terlalu rendah, bon kerajaan kurang bernilai, dan permintaan terhadap bon jatuh. Ini jelas menjadikan kerajaan lebih sukar untuk meminjam wang dan membiayai urus tadbir negara. Penyelesaian perlu dibuat. Idea mereka adalah menggabungkan loteri dengan bon kerajaan.

Pada tahun 1728, menteri kewangan Perancis melancarkan program di mana pemegang bon akan dapat membeli tiket loteri yang berkait dengan nilai bon mereka. Sekiranya semua berjalan lancar, pemilik bon yang memenangi loteri akan memenangi nilai muka bon mereka yang bernilai pada kadar faedah lama dan ditambah dengan jackpot. Hadiah yang ditawarkan ialah 500,000 livres. Pada masa itu, 30,000 livres setahun dalam pendapatan tahunan pun sudah terlalu banyak. Jadi, 500,000 livres akan menjadikan seseorang itu terlalu kaya.

Idea ini sepatutnya akan meningkatkan jualan bon baru dan menaikkan nilai bon sedia ada. Dalam masa yang sama akan meningkatkan pendapatan kerajaan. Masalahnya adalah tiket loteri dikaitkan dengan bon tetapi tidak dengan harga. Rakyat Perancis dapat membeli tiket loteri untuk setiap bon pada nilai 1/1,000 dari nilai bon. Jadi sekiranya bon Perancis bernilai 1,000, tiket loteri akan dikenakan caj sebanyak 1 livre.

Disamping itu, jackpot yang ditawarkan jauh lebih besar daripada nilai keseluruhan semua tiket. Jadi, sekiranya anda boleh membeli semua tiket, anda bukan sahaja terjamin untuk menang, tetapi juga memperolehi keuntungan yang besar. Kelemahan ini dimanfaatkan sebaik mungkin oleh Voltaire dan La Condamine.

Voltaire dan La Condamine membentuk sindiket untuk mengambil kesempatan daripada kelemahan rancangan kerajaan Perancis. Mereka membeli sebanyak mungkin bon kerajaan dan memenangi sejumlah wang yang besar. Bulan demi bulan, mereka mengumpul jackpot, 500,000. Secara keseluruhan, sindiket ini berjaya menghasilkan keuntungan sebanyak $41 juta (nilai hari ini). Kerajaan Perancis kemudian mengetahui komplot yang dilakukan Voltaire dan La Condamine. Walau bagaimanapun, Voltaire dan La Condamine secara teknikalnya tidak bersalah. Mereka hanya memanfaatkan kelemahan sistem.