Perkembangan Projek Quorum J.P. Morgan - Market Demon

Sunday, March 25, 2018

Perkembangan Projek Quorum J.P. Morgan


J.P. Morgan Chase & Co sedang melihat potensi projek blockchain mereka yang dipanggil Quorum. J.P. Morgan percaya bahawa dengan perbezaan yang dibawa oleh Quorum akan meningkatkan lagi tarikan kepada platform itu untuk dipakai secara meluas.

Sebelum ini, Ketua Eksekutif J.P. Morgan, Jamie Dimon sangat lantang mendakwa Bitcoin adalah fraud dan lebih buruk dari Tulip Mania. Walau bagaimanapun, beliau telah menarik balik tuduhannya dengan mengatakan beliau menyesal berkata begitu. Dalam kenyataan rasmi J.P. Morgan :

Kami terus percaya bahawa teknologi distributed ledger akan memainkan peranan transformatif dalam perniagaan, sebab itu kami sedang bergiat membina beberapa penyelesaian blockchain. 
Kami tidak mahu memberi komen tentang spekulasi, tetapi Quorum telah menjadi platform perusahaan yang sangat berjaya bahkan diluar perkhidmatan kewangan dan kami teruja dengan potensinya.

Quorum mula dibina pada tahun 2016 dan ia dijalankan di atas blockchain Ethereum. Projek Quorum dikendalikan oleh Amber Baldet, Pengarah Eksekutif JP Morgan's Blockchain Center of Excellence. Idea utama disebalik projek ini adalah untuk membina lejar digital yang boleh digunakan oleh perusahaan swasta, korporat, pengilang, dan bank.

Selain J.P Morgan, Quorum juga sedang diuji oleh Australia's ANZ dan Royal Bank of Canada untuk mewujudkan sistem pesanan berasaskan teknologi blockchain dalam usaha mempercepatkan pembayaran merentasi sempadan. Teknologi ini juga diuji oleh ABN Amro, Louis Dreyfus Company, ING, dan Societe Generale untuk mendigitalkan dokumentasi yang diperlukan dalam perdagangan komoditi dan pertanian.