Toronto Stock Exchange Melancarkan Crypto Brokerage - Market Demon

Sunday, March 25, 2018

Toronto Stock Exchange Melancarkan Crypto Brokerage


TMX Group, pengendali Toronto Stock Exchange telah mengumumkan mereka melancarkan platform cryptocurrency brokerage. Perkhidmatan ini akan ditawarkan melalui anak syarikat Shorcan Digital Currency Network dan memberi tumpuan kepada Ethereum dan Bitcoin. Projek ini dilaksanakan dengan kerjasama startup fintech tempatan, Paycase Financial Corp.

Kerjasama dengan pembekal pembayaran Paycase akan mencipta penanda aras cryptocurrency berdasarkan data yang disatukan dari semua crypto exchange utama dunia. Matlamat awal adalah untuk menampung 2 hingga 5% daripada pasaran OTC global, yang kini dianggarkan bernilai $4-9 bilion dalam cryptocurrency. Perkhidmatan perbankan akan disediakan oleh salah satu bank terbesar Kanda, Bank of Montreal.

TMX Group yang beribu pejabat di Toronto mengendalikan pasaran tunai dan derivatif, serta pelbagai kelas aset melalui anak-anak syarikatnya di seluruh Amerika Utara. Mereka juga mengawal Montreal Exchange, Canadian Depository for Securities dan Canadian Derivatives Clearing Corporation. 

Pada bulan Februari yang lalu, Canadian Stock Exchange (CSE) mengumumkan rancangan untuk melancarkan platform blockchain. Mereka juga merujuk cryptocurrency sebagai securities. Apa pendapat anda mengenai pengumuman TMX ini, adakah ia baik untuk cryptocurrency berhubung penerimaan arus perdana?