CMC Markets Melancarkan Cryptocurrency CFDs - Market Demon

Sunday, March 25, 2018

CMC Markets Melancarkan Cryptocurrency CFDs


CMC Markets Plc yang berpangkalan di UK mengumumkan mereka akan menawarkan cryptocurrency Contracts For Diffierence (CFDs) dan spread-betting. Pada peringkat awal, hanya professional traders sahaja yang akan diberikan akses.

Contracts For Difference (CFDs)
CFD adalah satu bentuk perdagangan derivatif yang popular. CFD membolehkan pengguna membuat spekulasi mengenai kenaikan atau kejatuhan pasaran kewangan global (atau instrumen) seperti saham, indeks, komoditi, mata wang dan treasuries.

Spread-Betting
Spread-betting sama seperti derivatif di mana para pedagang tidak memiliki aset yang mereka pertaruhkan seperti saham atau komoditi. Sebaliknya mereka hanya membuat spekulasi sama ada harga sesuatu aset itu akan naik atau turun melalui harga yang ditawarkan oleh broker.

Melalui dua instrumen ini, pedagang boleh mengambil position long (buy) atau short (sell) tanpa memiliki aset yang sebenar. Antara kelebihan CFD dan spread betting, pedagang boleh membuat keuntungan walaupun ketika pasaran jatuh dengan mengambil position short.

Langkah terbaru CMC ini susulan dari pesaing mereka, Admiral Markets, Gain Capital's City Index, Plus500 Ltd, dan IG Group Holdings Plc memasuki pasaran crypto terlebih dahulu. Apa pendapat anda tentang CFDs, adakah ia baik untuk crypto?