Practice makes perfect, but how?
3 Teknik Hebat Latih Diri dengan Cepat & Berkesan
Anda digalakkan untuk membaca artikel Hukum '10
ribu jam' terlebih dahulu di sini sebelum menyambung artikel di bawah.
Tim Feriss seorang penulis prolifik percaya bahawa
sesiapa pun boleh berkemahiran kelas antarabangsa dalam tempoh 6 bulan atau
kurang. Tidak perlu mematuhi hukum 10 ribu jam, beliau menerangkan pembelajaran bidang sains dan psikologi akan
membantu kaedah dalam pembelajaran semasa berlatih. Inilah yang dikatakan kualiti dalam latihan. Bagaimana Hukum 10 ribu jam latihan boleh ditambah baik? Berikut adalah 3 tips tersebut:
1. Buat maklumbalas/ muhasabah berulang
Bagi mencapai objektif latihan berkesan, maklumat dan data adalah elemen penting bagi tujuan penambahbaikan. Di sini, anda boleh gunakan kaedah kajiselidik atau poll untuk mendapatkan maklumbalas kecekapan diri anda seterusnya melihat ruang-ruang untuk ditambahbaik.
Selain itu, anda juga boleh mendapatkan buah pandangan dan nasihat daripada kumpulan pakar dan mastermind berkenaan data latihan anda. Kumpulan pakar boleh jadi yang telah berada lama dan berjaya di pasaran atau anda baru tubuhkan. Contohnya, jika anda berhasrat menambah baik kemahiran fotografi anda, Reddit memberi peluang untuk berbuat sedemikian. Selain itu, beberapa tools anda boleh menggunakan Google Forms atau komen-komen konstruktif yang dilontarkan di sosial media. Anda juga yang menggunakan teknik mentor-mantee dalam hal ini.
Perkataan yang sering digunakan adalah kaizen atau continuous improvement, berdisiplin dalam merekodnya di jurnal atau diari khas. Kami di Market Demon juga perlukan komen dan cadangan anda di sini.
2. Latihan yang terancang (Deliberate training)
Latihan yang terancang adalah dengan memberi sepenuh tumpuan kepada penambahbaikan sub-sub kemahiran sehingga ia membentuk kemahiran yang dimahukan secara total. Namun sebelum itu, anda perlu mempunyai halatuju dan sasaran yang jelas. Sebagai contoh, dalam disiplin kemahiran menjadi pakar Wordpress, beberapa sub-kemahiran anda perlu miliki seperti PHP, CSS yang akan membawa anda kepada sub kemahiran yang lebih terperinci. Di sini hardship atau kesusahan akan menguji setiap diri masing-masing.
Jika anda seorang Vlogger, anda boleh menggunakan aplikasi Speechmaker sebagai contoh. Selain itu, anda juga boleh memenfaatkan laman web Anki, duolingo, Quora, Khan Academy dan lain-lain dalam mencari kemahiran yang bersesuaian.
3. Jadilah seorang guru
Idea pembelajaran melalui pengajaran bukanlah sesuatu yang baharu. Berikut adalah Piramid Pembelajaran kajian National Training Laboratories, Bethel, Maine. Semakin tinggi keterlibatan anda mengajar, semakin anda beroleh manfaat ketahanan memori yang lebih baik.
Mulakan dengan tindakan
Sebagaimana yang dijelaskan, hukum 10 ribu jam bukanlah sesuatu yang berasas dan wajib dipatuhi secara melulu, bahkan, anda sekarang anda telah mempunyai alternatif. Anda boleh mulakan perancangan dan tindakan regim latihan anda bermula pada hari ini dalam apa jua bidang melalui 3 teknik di atas. Selamat berusaha!
Shafiq Neuorotrader untuk Market Demon
Emel: shafiq.cryptocall@gmail.com