Co-Founder Ripple : Decentralization Adalah Kunci - Market Demon

Sunday, March 25, 2018

Co-Founder Ripple : Decentralization Adalah Kunci


Menurut co-founder Ripple, Jeb McCaleb, kedua-dua cryptocurrency dan teknologi blockchain memerlukan rangkaian decentralized sekiranya mereka mengharapkan kejayaan jangka panjang. Beliau juga berpendapat, pelabur harus bimbang dengan sifat centralized Ripple.

Decentralization Adalah Kunci
Co-Founder Ripple dan pencipta Stellar Jeb McCaleb menganggap cryptocurrency memerlukan rangkaian decentralized yang mana sesiapa sahaja boleh mengambil bahagian sekiranya mahu bertahan lama. Menurut McCaleb lagi, visi sebenar cryptocurrency adalah anda mempunyai network, sama seperti internet, sesiapa sahaja boleh terlibat. Tidak ada satu entiti pusat yang boleh mengawalnya. Inilah cara sebenar untuk berkembang dan berjaya.

Tanpa rangkaian pembayaran decentralized, sistem cryptocurrency tak ubah seperti sistem yang sedia ada seperti SWIFT atau PayPal. Kata-kata McCaleb mungkin menjadikan Ripple terpukul - cryptocurrency ketiga terbesar berdasarkan market cap.



McCaleb merupakan pengasas bersama Ripple, tetapi terdapat perbezaan fundamental dalam falsafah yang diterapkan Ripple menyebabkan McCaleb memilih untuk meninggalkan Ripple dan menubuhkan Stellar pada tahun 2014. Menurut McCaleb, Ripple Labs menjalankan keseluruhan nodes yang sepatutnya diberi peluang kepada orang ramai.  Apa yang cuba dibina semula oleh Stellar adalah internet-level protocol. Seperti internet, Stellar mahu lebih terbuka kepada semua orang.

CEO Ripple, Brad Garlinghouse sering membuat kenyataan pro-centralization setiap kali Ripple berjaya menandatangani perjanjian kerjasama dengan institusi kewangan tradisional di seluruh dunia. Adakah anda bersetuju bahawa teknologi cryptocurrency dan blockchain memerlukan rangkaian decentralized seperti internet?