Satu Dekad Hukum '10 Ribu Jam' - Market Demon

Saturday, March 24, 2018

Satu Dekad Hukum '10 Ribu Jam'



Hukum 10 ribu jam 

Pernahkah anda mendengar atau terbaca tentang Hukum 10,000 jam yang disensasikan oleh Malcolm Galdwell?

Pada tahun 2008, Malcolm Galdwell telah menerbitkan sebuah karya bertajuk ‘Outlier’. Karya tersebut telah disenaraikan sebagai New York Bestseller yang mana penulisan berdasarkan kajian Anders Ericsson itu telah menonjolkan Hukum 10 ribu jam (latihan) sebagai nombor ajaib untuk mencapai tahap hebat. 10 ribu jam latihan boleh dicapai melalui 90 minit latihan sehari untuk tempoh 20 tahun!

Malcolm Galdwell mengaitkan karyanya dengan mengambil contoh Bill Gate, pengasas Microsoft yang mula menulis kod komputer sejak usia remaja, dan kumpulan the Beatles yang bermain lapan jam sebelum mereka popular di Amerika. Ia diambil dari sumber kajian Anders Ericsson berdasarkan kajian pelajar muzik biola di Berlin pada tahun 1993.


Sanggahan terhadap Hukum 10 ribu jam

Karya beliau telah menarik komuniti awam terutama bidang psikologi dan pembangunan diri berbanding aliran saintifik yang berasaskan bukti dan rasional. Pada hari ini, hampir 10 tahun selepas karya dihasilkan, hukum ini telah disangkal oleh ramai penulis kerana oversimplication pernyataan Galdwell terhadap kajian Ericsson tersebut. Hal ini juga telah membawa salah faham terhadap pembaca yang bias terhadap beliau dengan hanya meletakkan kayu kuantiti sebagai prasyarat kejayaan dan kecekapan berbanding kualiti. Sekiranya ia berkait tentang latih tubi (repetitive training), hukum tersebut boleh digunapakai terutamanya dalam bidang catur, sukan dan muzik.

Pernyataan populis penulis bagi meminimakan kerja latihan yang perlu dibuat akan menyebabkan seseorang individu beranggapan 10,000 jam latihan dalam sesuatu bidang adalah memadai untuk bergelar pakar dan cekap.

Ericsson seterusnya tampil menjelaskan ia bukanlah penemuan sebenar kajiannya. Beliau menerangkan bahawa tiada angka ajaib untuk mencapai tahap cekap sepertimana dalam kajiannya yang asal dan hal ini membawa episod demi episod sangkalan terhadap karya Malcolm Galdwell.

Galdwell dilihat gagal membezakan kuantiti latihan berbanding kualiti setiap latihan. Latihan yang berkualiti adalah signifikan walaupun ianya hanyalah sekadar satu minit daripada 10,000 jam peruntukan masa dengan menggunakan teknik yang berkesan. Satu kajian Intelligence Journal memperincikan bahawa latihan hanyalah penyumbang 1/3 peratus kemajuan terutama dalam bidang catur dan muzik, maksudnya ada parameter lain yang lebih besar selain latihan yang mempengaruhi kecekapan seperti genetik, daya fokus dan teknik latihan.

10 tahun bukanlah suatu tempoh singkat bagaimana fikiran pembaca dan orang awam diset dengan menggunakan kredibiliti personaliti dan sebuah kertas kajian. Mampukah anda keluar dari teknik kebiasaan, bias dan zon selesa bagi mencapai impian anda? Bagaimana Hukum 10,000 jam boleh dicabar dan ditambahbaik? Anda juga boleh menjada pakar bidang blockchain dan cryptocurrency sekiranya anda mulai berlatih dari saat ini. 

Ingin mendapatkan Tips Latih Diri yang lebih hebat dari Hukum 10 ribu jam latihan. Baca artikel ini selanjutnya di Market Demon Edisi Ahad di sini.


Muat turun karya Malcom Gladwell Outliers di sini.

Baca juga 4 Tabiat Orang berjaya di sini.

Shafiq Neuorotrader untuk Market Demon.
Emel: shafiq.cryptocall@gmail.com