3 Nasihat Warren Buffet Kepada Pelabur Amatur - Market Demon

Saturday, March 24, 2018

3 Nasihat Warren Buffet Kepada Pelabur Amatur



Warren Buffet merupakan salah sorang pelabur tersohor dunia. Beliau merupakan orang ke 3 terkaya di dunia dengan nilai aset bersih mencecah USD 88.8 billion. Beliau sangat terkenal kerana kehebatannya dalam pelaburan dan juga merupakan orang yang sangat bersederhana dalam hidupnya. Ini 3 nasihat beliau kepada mereka yang baru nak berkecimpung dalam bidang pelaburan.


3. Melabur Dalam Diri Sendiri Terlebih Dahulu


The best investment you can make is in your own abilities. Anything you can do to develop your own abilities or business is likely to be more productive.

Ramai yang terlampau sibuk mencari pelaburan yang paling menguntungkan sehingga terlupa untuk belajar atau memahami pelaburan itu sendiri. Pelabur atau trader yang hebat tidak fokus untuk membuat untung terlebih dahulu, sebaliknya mereka fokus untuk belajar selok belok pelaburan terlebih dahulu. Dengan ilmu yang cukup barulah kita boleh meningkatkan potensi membuat untung dalam pelaburan.


2. Hanya Melabur Dalam Perkara Yang Anda Tahu

Orang sedang buat untung dalam saham, kita sibuk hendak melabur saham. Orang sedang seronok buat untung dalam Bitcoin, kita pun sibuk nak masuk juga. Kesudahannya kita rugi dalam setiap pelaburan yang diceburi.

Buffet yang terkenal dalam pelaburan saham berkata beliau hanya akan membeli syarikat yang beliau faham bagaimana perniagaan tersebut dijalankan sahaja. Jika sesuatu pelaburan itu terlampau kompleks untuk difahami, adalah lebih baik untuk dijauhi. Jika masuk juga, kemungkinan besar kita akan rugi berbanding untung.


1. Belajar Dari Kesilapan & Move On

Tiada manusia yang boleh lari dari kesilapan. Bahkan Buffet sendiri pernah melakukan kesilapan dalam pelaburan. Apa yang penting adalah kita belajar dari kesilapan tersebut dan tidak mengulamginya lagi. Buffet berpesan supaya merekod kesilapan yang telah dilakukan supaya kita boleh belajar dan kaji di mana silap kita.

Kesimpulannya, sebelum mula melabur , belajarlah ilmu pelaburan terlebih dahulu. Tidak perlu terkejar kejar sangat mencari keuntungan. Kita ingin mendapatkan keuntungan yang konsisten. Bukannya untung sekali rugi berkali kali.