Sejarah Beg Birkin - Market Demon

Friday, May 18, 2018

Sejarah Beg Birkin


Sehari dua ini kita sering mendengar beg Birkin ini, Masyarakat Malaysia diumumkan dengan rampasan sejumlah beg Birkin milik isteri bekas Perdana Menteri Malaysia yang dianggarkan bernilai jutaan ringgit. Jadi, mari kita tengok ada apa dengan beg Birkin ini sehinggakan harganya boleh mencecah jutaan ringgit untuk seutas beg tangan sahaja.

Beg Birkin ini adalah aksesori peribadi bagasi atau tote oleh Hermès dimana ianya 100% buatan tangan dan bahan untuk membuat Beg Birkin ini adalah kulit dan nama pemilik akan disulam pada begnya. Antara artis yang memiliki Beg Birkin ini adalah seperti Victoria Beckham yang dikatakan memiliki lebih daripada 100 utas beg tangan ini. Beg ini mempunyai reputasi yang tinggi dalam fesyen ia dikatakan sebagai lambang kekayaan kerana harganya yang tinggi dan digunakan oleh individu tertentu sahaja.



Siapa Jane Birkin?

Jane Birkin adalah seorang pelakon Inggeris yang menetap di Perancis semasa di puncak kerjayanya pada masa itu. Dia muncul dalam filem seperti Blowup dan Wonderwall dan kemudian bergerak ke industri hiburan di Perancis. Janes memenangi anugerah peranan wanita utama dalam slogan filem 1969. Dia muncul dalam pelbagai lagu bersama dengan Serge Gainsbourg dan dengan cepat dia menjadi terkenal di industri itu walaupun dia tidak fasih bertutur dalam bahasa Perancis. Jane juga merupakan model dan mempunyai passion dalam pakaian mewah.

Ketua Eksekutif  hermes adalah Jean-Louis Dumas. Jean-Louis Dumas secara kebetulan bertemu dengan Jane Birkins pada tahun 1981. Semasa bersiap sedia untuk masuk ke pesawat pada masa itu  Janes membawa beg jerami dan akibat terlalu banyak barang pada beg jerami tersebut koyak dan semua barang jatuh dihadapan Dumas. Ketika itu Dumas diilhamkan dengan idea baru. Dumas menganggap bahawa Jane bukan satu-satunya wanita yang menghadapi masalah ini, dan dia melihat peluang untuk mencipta sesuatu yang unik, bergaya dan praktikal dalam seutas beg.

Dumas yang melihat perkara tersebut membuatkan dia mahu mencipta sesuatu yang mudah bagi wanita untuk bergerak lebih mudah lalu Dumas mula menncipta reka bentuk baru. Beg Hermes Birkin adalah beg yang dibuat dengan teliti dan kukuh dengan reka bentuk segi empat tepat yang kini dikenali di seluruh dunia. Ia boleh didapati dalam pelbagai saiz termasuklah 25cm, 30cm, 35cm, 40cm, 50cm, tujuan untuk memberikan fleksibiliti kepada pengguna.

Kini beg Hermes Birkin telah dimiliki oleh ramai wanita di seluruh dunia yang dipakai oleh golongan elit sahaja, dan beg ini menjadi lambang kekayaan dan kemewahan kepada pemakai tersebut.