Ramadhan ialah bulan al-Quran, tim MD akan kongsikan cara mudah khatam al-Quran dengan mudah dan santai seperti di bawah, anda hanya perlu kemahiran matematik, pandai baca Quran dan berkomitmen:
1. Kaedah muka surat al Quran:
Bilangan muka surat. Al-Quran = 604 m/s
Bilangan hari puasa bulan ini = 29 hari
Jadi, untuk sasaran khatam sekali dalam bulan ini, anda cuma perlu perlu baca 20.8 atau ~20 muka surat sehari
Maka, 20 muka surat kita bahagikan kepada bilangan waktu solat:
Subuh = 4 muka surat
Zohor = 4 muka surat
Asar = 4 muka surat
Maghrib = 4 muka surat
Isyak = 4 muka surat
Mudahkan?
Tapi, jika kurang mencabar, apa kata khatam 2 kali pada tahun ini?Anda cuma perlu perlu baca purata 41.6 atau ~42 muka surat sehari:
Subuh = 9 muka surat
Zohor = 9 muka surat
Asar = 9 muka surat
Maghrib = 9 muka surat
Isyak = 9 muka surat
Zohor = 9 muka surat
Asar = 9 muka surat
Maghrib = 9 muka surat
Isyak = 9 muka surat
2. Kaedah bilangan ayat:
Jumhur dikatakan bilangan ayat al-Quran adalah 6236 ayat
Bilangan hari puasa bulan ini = 29 hari
Jadi, untuk sasaran khatam sekali dalam bulan ini, anda cuma perlu perlu baca 215 ayat sehari atau bersamaan:
Jadi, untuk sasaran khatam sekali dalam bulan ini, anda cuma perlu perlu baca 215 ayat sehari atau bersamaan:
Subuh = 43 ayat
Zohor = 43 ayat
Asar = 43 ayat
Maghrib = 43 ayat
Isyak = 43 ayat
Zohor = 43 ayat
Asar = 43 ayat
Maghrib = 43 ayat
Isyak = 43 ayat
Kaedah ini sedikit mencabar kerana ayat Quran adalah berbeza-berbeza panjangnya. Kena juz amma senyum, kena surah Baqarah senyum lebih.
Kalau kedua-duanya pun tidak boleh, bacalah paling kurang satu muka surat sehari. Ayuh!
Nota: *Kiraan tidak termasuk hari uzur atau sakit.
Shafiq Neurotrader untuk Market Demon
Emel: shafiq.cryptocall@gmail.com