Kebiasaannya kita sering terlepas pandang perkara kecil yang berlaku disekeliling kita. Tanpa kita sangka perkara kecil inilah yang memberikan kesan yang besar dalam hidup kita bagi tempoh masa yang panjang.
Anda pernah tengok cerita Titanic? Mesti pernah kan. Kalau anda perasan, kapal tersebut tidak terus karam selepas melanggar bongkah ais, tetapi ianya mengambil masa sebelum tenggelam. Pada awalnya, lubangnya hanya kecil sahaja, tidak terlampau banyak air yang masuk ke dalam kapal.
Tapi apabila kebocoran tersebut tidak dapat dikawal, air makin penuh didalam kapal dan menyebabkan kapal tersebut karam. Walaupun kapal segah titanic sekalipun boleh karam kerana kebocoran yang kecil
"A small leak can sink a great ship"
Begitulah juga dalam perancangan kewangan. Kita harus teliti dengan setiap keluar masuk duit kita. Apa contoh perbelanjaan kecil yang kita sering terlepas pandang? Bagi lelaki, mungkin kita tidak perasan berapa banyak duit yang telah dihabiskan dik kedai mamak.
Setiap kali ke kedai mamak, belanja minum setakat RM1-RM2 sahaja, jadi kita pun ambil tak endah sebab nilainya kecil. Bagaimana jika kita kira jumlahnya dalam bulanan atau tahunan? Pasti kita sendiri terkejut dengan jumlahnya.
Kita ambil contoh belanja minum teh ais di mamak bersamaan RM2 sehari.
Bulanan = RM2 x 30 = RM60
Tahunan = RM30 x 12 = RM360
10 tahun = RM3,600
30 tahun = RM10,800
Bayangkan kita ubah tabiat minum di kedai mamak kepada minum air suam sahaja dan duit tersebut dilaburkan. Berapa jumlahnya selepas 30 tahun? Dengan anggaran pulangan pelaburan sebanyak 10% setahun, nilai pelaburan anda adalah RM135,000.
Banyak bukan? Dengan semudah mengubah tabiat minum air sahaja anda sudah boleh menjana sebanyak RM135,000. Bayangkan jika anda cari dan tutup semua kebocoran dan perbelanjaan tidak perlu, pasti hasilnya lebih banyak.
Kunci di tangan anda. Hanya diri kita sahaja yang mampu mengubah diri kita, bukan pakar motivasi, bukan perancang kewangan dan juga bukan mentor kita.