Apa Itu Blockchain?
Dengan penciptaan Blockchain oleh Satoshi Nakamoto, ia telah mewujudkan satu revolusi baru yang merupakan gelombang masa depan.
Pada awalnya Blockchain diperkenalkan untuk matawang digital, Bitcoin. Seperti mana internet atau kereta, anda tidak perlu tahu bagaimana Blockchain beroperasi untuk menggunakannya. Walau bagaimanapun, memiliki pengetahuan asas tentang teknologi baru ini sudah memadai.
Siapa Pemilik Blockchain?
Industri Blockchain masih diperingkat awal. Anda mesti tertanya-tanya siapakah pemilik Blockchain? Adakah si misteri, Satoshi Nakamoto?
Rasanya seperti hari-hari awal internet diperkenalkan. Kita menyaksikan segala-galanya bermula dari email, sosial, pembelian, perdagangan dan hiburan dibina di internet. Hidup kita menjadi lebih mudah dan lebih baik. Tetapi bagaimana jika ada orang bertanya kepada anda,
"Siapa pemilik internet?"
Sudah tentu anda akan menjawab,
"Tiada siapa yang menjadi pemilik kepada internet."
Dan jawapan anda betul. Tiada individu mahupun organisasi yang memiliki internet. Begitu juga dengan Blockchain, ia dicipta sedemikian rupa supaya setiap maklumat yang terekod di dalamnya dapat diakses oleh orang awam.
Bagaimana Blockchain Dapat Mengubah Dunia?
Blockchain lahir dari idea revolusioner. Kebanyakan orang masih belum faham tujuan penciptaannya. Tujuan penciptaan Blockchain adalah untuk memberi kebebasan kepada semua orang, di mana kebebasan itu telah dihancurkan oleh manusia sendiri selama berabad-abad lamanya.
Wang memberikan kuasa kepada sesebuah kerajaan kerana tanpa wang manusia tidak dapat menjalani kehidupan yang lengkap dan kerajaan mengawal wang ini dengan membatasi kebebasan manusia. Dengan pencapaian baru yang diraih oleh Blockchain, kerajaan tidak lagi mempunyai kuasa ke atas wang anda. Blockchain akan memberi semula kuasa ke tangan rakyat.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Blockchain, tonton video di bawah.
No comments:
Post a Comment