Rusuhan Natrah 1950, (Bhgn Akhir) - Market Demon

Monday, April 23, 2018

Rusuhan Natrah 1950, (Bhgn Akhir)


Keputusan Muktamad, Natrah Perlu Dikembalikan kepada Keluarga Asalnya


Menurut Hakim Brown, ayah kandung Natrah mempunyai hak menentukan agama yang perlu di anuti anaknya, maka dengan itu agama Natrah perlu di tukar ke agama asal Kristian. 

“Huberdina Maria Hertogh mesti dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya”

Keputusan muktamah itu megundang pelbagai reaksi, Mansor suamu Natrah tergamam manakala Che Aminah pengsan, dan Natrah menjerit dan terus menangis. Natrah berpaut kuat pada Mansor dan merayu padanya untuk mendapatkan dia semula walau dengan apa cara sekalipun sementara ibu kandungnya Adeline mencuba untuk menariknya daripada Mansor. Itu adalah kali terakhir Mansor melihat Natrah tanpa sempat mengucapkan selamat tinggal.

Susulan keputusan muktamad mahkamah Singapura pada waktu itu, hampir seluruh rakyat melahirkan rasa kesal dan ketidakpuasan hati kerana dikatakan mahkamah menafikan hak danb perasaan Natrah sebagai kanak-kanak dan menjadikan beliau sebagai mangsa keadaan. Walau bagaimanapun, Che Aminah dan Mansor mengemukakan rayuan kes 3 minggu selepas itu. 


Rusuhan Natrah/Rusuhan Singapura: Rakyat bersatu untuk Natrah 


Pada 11 Disember 1950 di mahkamah Singapura, permohonan kes rayuan Natrah di dengar. Penunjuk perasaan berkumpul di hadapan mahkamah bagi memberi sokongan moral kepada keluarga dan pengaruh sentiment keagamaan dan campur tangan pihak British dalam hal ini. Terdapat lebih kurang 70 orang polis Melayu, 3 inspektor, dan seorang pegawai ditugaskan diluar Mahkamah Tinggi Singapura. Lebih kurang 20 orang memegang sepanduk “Bebaskan Natrah Daripada Biara“. Keadaan menjadi semakin tegang dengan adanya lebih kurang 3000 orang menunggu keputusan pendengaran rayuan kes tersebut. Namun begitu, Keputusan ditunda keesokan harinya, kerana hakim memerlukan lebih masa untuk membuat keputusan. 

Akibat berang kerana terpaksa menunggu terlalu lama, ada di antara penunggu yang hadir mula melempar batu kepada pihak polis dan menghalang lalu lintas menggunakan kayu. Keadaan menjadi semakin tegang apabila orang ramai mula menjadikan orang kulit putih yang berada di situ sebagai mangsa untuk melepaskan kemarahan dan memaksa pihak polis melepaskan tembakan. Rusuhan bersambung semula keesokan harinya dan hanya berakhir pada 13 Disember 1950. 

Menurut laporan dari Suruhanjaya Siasatan dalam Rusuhan Singapura, melaporkan terdapat 18 kematian, dan 173 cedera parah termasuk bangsa kulit putih, Eurasians, Melayu, Cina dan India. Sebanyak 119 kenderaan dimusnahkan, dan 72 kes kebakaran. Rusuhan Natrah ini telah hampir 70 tahun berlalu namu sehingga kini ianya masih diingati oleh ramai dari kita. 


Orang awam turut serta mendengar kes rayuan Che Aminah untuk mendapatkan kembali Natrah. Imej dari buku “Natrah: In The Name of Love”



Gambar Natrah dalam surat khabar selepas keputusan dibacakan dan rusuhan berlaku. Imej dari buku “Natrah: In The Name of Love”


Akibat daripada peristiwa Rusuhan Natrah 


Selepas berlakunya Rusuhan Natrah, Natrah dan ibu kandungnya dibawa pulang ke Belanda dengan kawalan ketat polis. 40 orang polis bersenjata berkawal sehingga pesawat KLM yang membawa mereka tiba. Natrah dikatakan menangis sepanjang perjalanan ke kediaman keluarganya di Bergen op Zoom, Belanda. Bermula dari haritu, Natrah dipanggil dan dikenali sebagai Bertha. 

Dalam masa yang sama di Singapura, Unit Siasatan Rusuhan ditubuhkan oleh pihak British. Seramai 773 orang ditangkap, dan beberapa orang dihukum gantung, kebanyakannya Melayu dan India Muslim. 

Tunku Abdul Rahman memberi ucapan. 


Bersimpati dengan nasib Natrah, Tunku Abdul Rahman terus meletak jawatan sebagai pegawai kanan kerajaan dan kumpul dana rayuan pengurangan hukuman untuk mangsa yang bakal dijatuhkan hukuman tali gantung. Usaha beliau ni nak tunjukkan betapa pentingnya maruah Islam untuk dipertahankan. 

Setahun selepas kejadian tu, Tunku menjadi Presiden UMNO. Masa jadi presiden tu pun beliau masih mengutamakan visi utama – untuk menyelamatkan perusuh-perusuh yang akan dijatuhi hukuman mati. Perjuangan Tunku berjaya bila British akhirnya tukarkan daripada hukuman gantung kepada penjara seumur hidup, dan menyelamatkan lima orang daripada dihukum gantung. 

“Insiden yang berlaku di Singapura pada tahun 1950 menunjukkan betapa rendahnya pemahaman terhadap sentimen dan perasaan orang Islam. Jadi, orang-orang Islam berasa terhina dan tidak mampu untuk mengawal perasaan mereka yang terlampau emosi, dan tercetuslah rusuhan dahsyat di tanah jajahan Singapura di mana begitu banyak nyawa terkorban.
Saya masih ingat lagi pada kemarahan orang ramai pada masa itu, dan saya sendiri amat marah kerana gadis tersebut telah dipisahkan dari ibu angkatnya, dipaksa hidup dalam biara dan dipaksa untuk menukar agamanya kepada agama Kristian” – ucapan Tunku Abdul Rahman tentang kes rusuhan 

Natrah Tiba Di Belanda 


Pada 15 Disember 1950, Natrah mendarat di Lapangan Terbang Sciphol, Amsterdam , Belanda. Mereka disambut oleh lebih 4000 orang Kristian Belanda beserta sorakan selamat datang dan sepanduk ‘Welcome Back Bertha’. Mereka dari ‘Bertha Hertogh Comittee’ yang dibentuk oleh bapanya , Sarjan Hertogh sebelum ini. Mengenai kehidupan Natrah, di rumahnya di Bergen Op Zoom , kehidupan Natrah sentiasa dikawal ketat oleh polis Belanda. Dia pernah bertanya tentang ‘Di mana masjid di Bergen Op Zoom ?’ . Natrah turut meminta sejadah, bertanyakan khiblat dan tak lupa sembahyang 5 kali sehari . Kehidupannya di sana penuh dengan paksaan yang menyebabkan beliau mengalami trauma. Bahkan ingatannya kepada Mansor Adabi tidak pernah padam terhadap suaminya itu. 




Dalam surat khabar Singapura, Natrah ditunjukkan gembira ketika dalam biara. Tetapi ketika wartawan Malaya membuat liputan di sana, Natrah menangis mahu keluar daripada tempat tu. Imej dari buku “Natrah: In The Name of Love”

Kronologi Peristiwa Kehidupan Natrah Di Belanda 

  • 15 Februari 1957 Natrah bersalin anak lelaki pertama. Natrah mendapat 10 orang anak. Nama anaknyaSilvija , Carolien, Frans , Marlies, Theo, Huub, Rinie, Marjoline , Hands dan Paul.


  •  
    • Januari 1952 Mansor Adabi menerima surat daripada seorang pemuda Belanda bernama JC Vermeulen tentang kehidupan Natrah. JC Vermeulen adalah pedagang import-eksport Belanda. 
    • 9 Januari 1951 Surat 1 daripada Mansor Adabi kepada Natrah dalam tulisan Jawi, berbahasa Melayu. 
    • 10 Januari 1951 Surat 2 daripada Mansor Adabi kpada Natrah, antaranya menceritakan nasib Karim Ghani yang masih ditahan. 
    • 17 September 1951 Surat daripada Mansor Adabi kepada Natrah. 
    • Mac 1953 Surat pertama daripada Natrah kepada Mansor Adabi dalam tulisan rumi berbahasa Melayu-Indonesia. Dia telah menjadi Kristian Katholik dan minta Mansor Adabi jangan menulis kepadanya lagi. Natrah menggunakan nama asalnya ‘Bertha Hertogh. 
    • 25 Januari 1953 Surat Mansor Adabi kepada Natrah 
    • 20 Julai 1953 Surat Natrah kepada JC Vermeulen disampaikan kepada Mansor Adabi. 
    • 1954 Mansor Adabi berpatah arang dan berkahwin dengan anak muridnya Zaiton Jahuri.Mansor Adabi menghantar kad undang perkahwinan kepada JC Vermeulen . Natrah yang mengetahui hal itu sangat kecewa. Kekecewaan itu dicurahkan kepada temannya Johannes Gerrit Vermeulen. Antara murid Mansor Adabi ialah Datuk Abdul Aziz Abdul Rahman , bekas pengarah MAS. 
    • 26 Januari 1956 Telegram daripada JC Vermeulen kepada Mansor Adabi menyatakan Natrah ingin kembali bersama Mansor Adabi di Malaysia.
    • 20 April 1956 Natrah berkahwin dengan Johan Gerardus Wolkenfelt , seorang askar ketika Natrah berumur 18 tahun. Umur Wolkenfelt 21 tahun. Wolkenfelt berhenti menjadi askar dan menjadi tukang kayu. 
    • 20 Januari 1959 Surat daripada Mansor Adabi kepada Natrah menceritakan dia sudah berkeluarga. 
    • 3 Februari 1959 Surat Natrah kepada Mansor Adabi. Semua surat-surat Mansor Adabi tersimpan dalam fail ‘Personal – Mansor Adabi’ di Arkib Perbandaran Bergen op Zoom, Belanda. 
    • 25 November 1975 Televisyen Belanda NRVC meriwayatkan kembali kisah hidup Natrah dalam filem dokumentari The Time Just Stool Still selama 20 minit. Natrah , Wolkenfelt dan Mansor Adabi turut dijemput diwawancara dalam dokumentari itu. Ketika itu Natrah telah mempunyai 10 orang anak. Sedangkan Mansor Adabi sebagai seorang guru danpeguam , hidup mewah. 
    • 16 Ogos 1976 Natrah didakwa di mahkamah atas tuduhan cuba membunuh suaminya JG Wolkenfelt . Dia dibebaskan atas simpati hakim terhadap latar belakang hidupnya. Natrah dan Wolkenfelt bercerai. Mulanya dia merancang bubuh racun berwarna biru – tak berjaya. Kemudian dia berpakat dengan temannya Tom Ballermans dan Adrie Jansen dan membeli sepucuk pistol revolver. Anaknya Corie menyedari rancangan bunuh itu , dilapor kepada polis dan Natrah ditangkap. 
    • 26 DiSember 1976 Natrah dilaporkan sakit jiwa oleh Utusan Malaysia. Tetapi hal ini dinafikan oleh anak-anak Natrah. 
    • 1976 Che Aminah meninggal dunia di Chukai, Terengganu ketika berusia 70an 
    • Disember 1979 Natrah berkahwin dengan Tom Ballermans – lelaki yang selalu datang ke Cafe Natrah dan yang dikatakan bersepakat dengan Natrah untuk membunuh suaminya JG Wolkenfelt. Tom membeli rumah di Ossendrecht , Belanda kira-kira 12 km dari Bergen Op Zoom, Belanda. 
    • 1983 Natrah bercerai dengan Tom Ballermans 
    • 1984 Natrah masuk hospital kerana sakit jantung. Tubuhnya semakin gemuk secara mendadak. 
    • 15 September 1984 Natrah meninggalkan Belanda ke Amerika Syarikat mencari kehidupan baru bersama Ben Pichel dan hidup tanpa kahwin hingga … Ben Pichel ialah seorang lelaki Indonesia berasal dari Jakarta dan bekerja di pasar-pasar malam di Belanda dahulu. Ben kemudian mendapat taraf warganegara Amerika Syarikat. 
    •  Natrah kini tinggal di Nevada, tengah Amerika Syarkat dan meninggalkan anak-anaknya di Belanda. Dia pernah bekerja sebagai tukang masak dan pengemas bilik hotel dan motel. Kemudian dia bekerja sebagai pencuci rumah dan bangunan. Natrah hidup dalam keadaan tersiksa jiwa dan raga, kehilangan orang-orang yang disayangi. 
    • Pada tahun 1992, kerajaan telah mengharam lagu yang berjudul Natrah nyayian kumpulan Handy Black yang mengisahkan kisah Natrah ini. 

    Untuk pengetahuan pembaca , Natrah telah meninggal dunia pada 9 Julai 2009 di Huijbergen, Belanda di usia 72 tahun akibat Leukimia. 

    Di sini terdapat dua link menceritakan kisah Natrah 



    Untuk sumber rujukan lain pembaca boleh ke Pulanglah Natrah

    p/s: Bagi rujukan siri sebelum ini klik Bahagian 1, Bahagian 2