DON'T FOLLOW YOUR PASSION!!! - Market Demon

Wednesday, April 25, 2018

DON'T FOLLOW YOUR PASSION!!!



Kali ini terdapat dua perkara yang ingin saya sampaikan pada anda. Pertama 'CONGRATULATION' kedua 'GOOD LUCK' ataupun dalam maksud lainnya 'THE DIRTY TRUTH'. Ingat nama saya CryptoPawn, ini hanyalah pendapat peribadi saya. Pada artikel dan tips kali ini, saya akan berikan motivasi yang kelihatan agak kasar DON'T FOLLOW YOUR PASSION!!!.

Setiap kali saya melihat seorang bintang Hollywood menerima penghargaan dalam anugerah Oscar, mereka akan berucap mengikut menu skrip kebiasaan "Dont let anyone tell you, that you dont have what it takes, kid!!", "Never give up on your dreams". Ia memang benar, penting sebuah 'passion' atau semangat ketika mengejar impian. Tetapi adakah logik seorang yang tidak mengenali diri anda memberi nasihat seperti itu, tanpa tahu apa bentuk impian anda.


Tahun demi tahun puluhan ribu orang berbaris untuk menghadiri uji bakat 'American Idol' dengan berbekalkan segunung harapan. Mereka hanya belajar untuk tonjolkan bakat terpendam tanpa mereka sedari, mereka tidak mempersiapkan diri untuk menghadapi sesuatu situasi. Lebih mengejutkan mereka bukan saja kurang berbakat tetapi disingkirkan dengan penuh kritikan daripada para juri. Di dalam bentuk sebuah kebenaran mereka tidak memahami sejauh mana 'passion' mereka bersesuaian dengan kemampuan mereka. Antara contoh lain, kanak-kanak meningkat dewasa gagal memahami passion yang sebenar sehingga menjerat mereka mempercayai passion boleh menjamin masa hadapan. Masalah seperti ini akan berterusan sehingga mereka gagal untuk menerokai peluang yang lebih menjamin masa hadapan mereka.

Kajian Mike Rowe menunjukan orang-orang yang lebih berjaya sebenarnya lebih menekankan peluang berbanding passion. Berjuta orang di luar sana bersaing mendapatkan pekerjaan menggunakan tiket diploma, ijazah dan sebagainya untuk mendapatkan pekerjaan yang terbaik, tetapi dalam masa yang sama majikan bersusah payah mencari seseorang yang boleh melakukan kerja dengan latihan minima. Kejadian seperti ini dipanggil sebagai 'The Skills Gap', penyebab mudah untuk gagal.

Kesimpulannya di sini, anak-anak muda perlulah memahami konsep kerja keras dan peluang dengan betul supaya kita lebih maju pada masa hadapan. Terakhir daripada saya 'Never follow your Passion kid! But always bring it with your Opportunity. Congratulations again and good Luck'.