Dalam artikel kali ini, Market Demon akan menerangkan bagaimana untuk mendapatkan cryptocurrency percuma seperti Bitcoin (BTC). Semuanya mengambil masa, usaha atau pelaburan awal. Dalam erti kata lain, tiada apa-apa dalam kehidupan ini yang percuma, sama ada anda perlu berusaha atau beli terlebih dahulu beberapa cryptocurrency untuk pastikan cara berikut berkesan.
Nota : Lakukan kajian lebih terperinci sebelum menggunakan laman web tertentu, terutamanya laman web yang meminta maklumat peribadi anda atau meminta anda memuat turun fail.
Cara Mendapatkan Cryptocurrency Percuma
12. Muat Turun Wallet Cryptocurrency
Muat turun cryptocurrency wallet yang menawarkan cryptocurrency percuma. Sesetengah wallet mempunyai built-in incentive untuk membolehkan anda menggunakan wallet atau coin mereka. Sebagai contoh, mereka menawarkan beberapa coin percuma apabila anda membuat wallet baru. Kadang-kadang ia hanya ditawarkan sebagai promosi dalam masa terhad.
TIP : Mana-mana wallet dengan market cap yang baik, umumnya selamat untuk dimuat turun. Berhati-hati semasa memuat turun wallet kerana anda mungkin secara tidak sengaja memuat turun malware.
11. Bonus Dari Initial Coin Offering (ICO)
Daftar Initial Coin Offering (ICO) yang menawarkan bonus pendaftaran. Sesetengah ICOs akan menawarkan bonus (free coin).
TIP : Ada ICO yang bagus, ada ICO scam. Sukar untuk mengenalpasti kerana ICO hanya berupa idea awal, tidak ada produk atau apa-apa untuk dinilai. Jadi, berhati-hati.
10. Program Affiliate Cryptocurrency
Gunakan program affiliate. Daftar dalam exchange atau ICO, atau cari produk berkualiti yang menawarkan program affiliate, kemudian kongsikan kepada kawan anda pautan affiliate. Sebagai contoh, sekiranya anda mendaftar dengan Coinbase menerusi pautan saya, dan membeli atau menjual sekurang-kurangnya $100, kita berdua akan mendapat $10.
TIP : Sekiranya syarikat itu bagus, program affiliate mereka mungkin merupakan idea yang baik. Sebagai contoh Coinbase adalah sebuah syarikat yang mempunyai reputasi yang hebat dengan sejarah yang kukuh, jadi program yang ditawarkannya sangat meyakinkan. Berhati-hati dengan syarikat yang tidak mempunyai kredibiliti. Terdapat beberapa syarikat scam yang menawarkan program affiliate.
Nota : KuCoin dan Binance merupakan crypto exchange yang sudah mempunyai nama dan reputasi, mereka turut menawarkan affiliate program seperti Coinbase. TREZOR juga mempunyai program seperti ini. (Pastikan anda melakukan kajian terperinci!)
9. Hard Fork Cryptocurrency
Simpan cryptocurrency di dalam Wallet apabila terdapat "hard fork" yang mencipta coin baru. Sebagai contoh, pemilik Bitcoin menerima Bitcoin Cash percuma dengan nisbah 1:1 ketika hard fork Bitcoin berlaku pada Ogos 2017. Kaedah ini merupakan cara yang paling bagus untuk mendapatkan cryptocurrency percuma walaupun masih terdapat risiko harga asal coin tersebut akan jatuh.
8. Airdrop cryptocurrency
Simpan cryptocurrency di dalam wallet apabila terdapat airdrop. Airdrop sama seperti fork yang menghasilkan coin baru untuk pemilik coin.
7. Run Masternode Cryptocurrency
Jalankan masternode. Sekiranya anda menjalankan masternode, anda pada dasarnya akan mendapat faedah (bunga) dari coin yang anda simpan. Syarat untuk menjalankan masternode, anda perlu menyimpan jumlah coin tertentu.
6. Faucet Cryptocurrency
Gunakan cryptocurrency faucet. Cryptocurrency faucet adalah laman web yang secara teorinya :
- Memberi sedikit coin baru kepada pelawat laman web. Mereka dibiayai oleh donation dan jumlah iklan yang tidak masuk akal.
- Memerlukan anda mengklik dan mengisi kaji selidik dan kemudian memberi ganjaran kepada anda.
Terdapat faucet yang berfungsi dan tidak kurang juga scam. Antara faucet yang boleh dipercayai adalah Moon Bitcoin (MoonBit). Setakat hari ini, mereka masih membayar pelawat laman web mereka dengan baik. Di bawah merupakan senarai pautan faucet yang anda boleh gunakan :
3. Dash Percuma
5. Bermain Game
Bermain permainan yang membayar dalam bentuk cryptocurrency. Bermain permainan dan menonton iklan, mungkin lebih menyeronokkan daripada sekadar melihat iklan yang membosankan. Terdapat permainan yang dibayar dalam cryptocurrency. Sebagai contoh, Blockchain Game.
TIP : Secara teorinya cara ini menarik. Sekarang ramai yang bermain permainan percuma dan menonton iklan untuk mendapatkan bonus dalam permainan. Tetapi, seperti kaedah lain, hanya sejumlah kecil ganjaran cryptocurrency yang diberi.
4. Steemit
Menulis di Steemit. Steemit merupakan sosial media berasaskan blockchain. Penulis dibayar apabila posting mereka mendapat upvoted. Steemit berpotensi menjadi gergasi sosial media yang baru. Konsepnya sangat mudah untuk difahami, seperti mana anda menggunakan Facebook, setiap kali status anda mendapat like, anda akan diberi ganjaran berupa cryptocurrency. Menarik, kan? Jangan lupa ikuti akaun Steemit Market Demon dan sedekahkan upvoted 😢.
Platform lain seperti Steemit, anda boleh mendapatkan cryptocurrency UKG (Unikoin Gold) dengan membuat pertaruhan dalam esports melalui platform Unikoin. Terdapat beberapa cryptocurrency yang juga mempunyai produk yang membolehkan anda menang atau memperolehi cryptocurrency. FunFair salah satunya.
3. Melalui Tip
Dapatkan tip. Sekiranya anda menggunakan perkhidmatan seperti Twitch anda boleh mendapatkan tip dalam bentuk cryptocurrency.
2. Bayaran Untuk Barangan & Perkhidmatan
Dapatkan bayaran untuk barangan dan perkhidmatan. Kaedah ini melibatkan kerja, tetapi anda boleh dibayar dalam cryptocurrency untuk barangan atau perkhidmatan yang anda sediakan. Barangan boleh berupa barangan digital.
1. Mining Cryptocurrency
Mining Coins. Sekiranya anda mempunyai komputer, anda boleh dapatkan cryptocurrency "percuma" dengan mining. Sebenarnya cara ini tidaklah percuma kerana ia melibatkan kos elektrik. Mining menggunakan VPS juga melibatkan kos dan masa.
Begitulah cara untuk dapatkan cryptocurrency percuma. Saya akan tambah lagi senarai cara mendapatkan cryptocurrency pada masa akan datang.