Apa Itu Market Capitalization (Market Cap) - Market Demon

Wednesday, April 25, 2018

Apa Itu Market Capitalization (Market Cap)


Apa Itu Market Capitalization (Market Cap)
Secara asasnya market capitalization (market cap) atau permodalan pasaran merujuk kepada jumlah keseluruhan nilai pasaran bagi saham sesebuah syarikat. Market cap dikira dengan mendarabkan saham syarikat dengan harga pasaran semasa (market price) untuk satu saham.

Angka ini digunakan untuk menentukan saiz syarikat berbanding penggunaan jualan atau jumlah aset. Menggunakan market cap untuk menunjukkan saiz sesebuah syarikat adalah penting kerana saiz syarikat adalah asas penentu kepada pelbagai ciri-ciri yang menjadi tarikan pelabur, termasuk risiko. Sebuah syarikat dengan 20 juta saham menjual saham pada nilai $100/saham mempunyai market cap sebanyak $2 bilion. Terdapat 3 jenis syarikat berdasarkan market cap :

  • Large-Cap Company
  • Mid-Cap Company
  • Small-Cap Company

Large-Cap Company
Biasanya mempunyai market cap sebanyak $10 bilion atau lebih. Syarikat-syarikat besar ini biasanya telah lama wujud, dan mereka adalah pemain utama dalam industri. Melabur dalam syarikat besar tidak semestinya membawa pulangan yang besar dalam masa yang singkat, namun dalam jangka masa panjang, syarikat-syarikat ini pada umumnya memberi ganjaran kepada para pelabur dengan peningkatan yang konsisten dalam nilai saham. 

Mid-Cap Company
Umumnya mempunyai market cap antara $2-10 bilion. Mid-cap company adalah syarikat yang beroperasi dalam industri yang dijangka mengalami pertumbuhan pesat. Mid-cap company membawa risiko yang lebih tinggi berbanding large-cap company kerana kedudukan mereka belum kukuh, tetapi mereka mempunyai potensi yang agak besar untuk berkembang.

Small-Cap Company
Syarikat dalam kategori ini mempunyai market cap antara $300 juta hingga $2 bilion. Syarikat-syarikat kecil ini boleh jadi masih baru dakam industri dan dianggap sebagai pelaburan berisiko tinggi disebabkan usia dan saiz syarikat mereka. Dengan resources yang kecil, small-cap company sangat sensitif terhadap kelembapan ekonomi.

Market Capitalization (Market Cap) Cryptocurrency
Dalam industri cryptocurrency, hanya 5 cryptocurrency yang mempunyai market cap melebihi $10 bilion dan layak berada dalam ketegori large-cap. 

Large-Cap Cryptocurrency
1. Bitcoin : $155 bilion
2. Ethereum : $61 bilion
3. Riple : $32 bilion
4. Bitcoin Cash : $ 21 bilion
5. EOS : $11 bilion

Mid-Cap Cryptocurrency
Manakala 10 cryptocurrency yang lain berada dalam kategori mid-cap. Lihat senarai di bawah :

1. Litecoin : $8 bilion
2. Cardona : $7 bilion
3. Stellar : $6 bilion
4. IOTA : $5 bilion
5. NEO : $4 bilion
6. TRON : $4 bilion
7. Monero : $4 bilion
8. Dash : $3 bilion
9. NEM : $3 bilion
10. Tether : $2 bilion

Small-Cap Cryptocurrency
Dari 1,591 cryptocurrency yang tersenarai dalam CoinMarketCap (CMC), hanya 47 cryptocurrency yang memiliki market cap sebanyak $300 juta - $2 bilion.

1. Vechain : $1 bilion
2. Ethereum Classic : $1 bilion
3. Qtum : $1 bilion
4. OmiseGO : $1 bilion
5. Binanace Coin : $1 bilion
6. Lisk :  $1 bilion
7. Zcash :  $1 bilion
8. Bitcoin Private : $970 juta
9. Nano : $943 juta
10. Bytecoin : $940 juta
11. Verge : $933 juta
12. Bytom : $925 juta
13. Populous : $845 juta
14. Steem : $843 juta
15. Wanchain : $746 juta
16. BitShares : $685 juta
17. Siacoin : $666 juta
18. Bitcoin Diamond : $652 juta
19. Zilliqa : $606 juta
20. Dogecoin : $594 juta
22. Decred : $592 juta
23. Maker : $587 juta
24. Ontology : $583 juta
25. Stratis : $580 juta
26. DigixDAO : $558 juta
27. Waves : $526 juta
28. Aeternity : $524 juta
29. Ox : $524 juta
30. Status : $479 juta
31. Aion : $475 juta
32. Mixin : $472 juta
33. Rchain : $457 juta
34. Golem : $440 juta
35. Augur : $423 juta
36. Loopring : $414 juta
37. Basic Attention Token : $410 juta
38. Waltconchain : $406 juta
39. Hshare : $395 juta
40. IOStoken : $382 juta
41. Komodo : $378 juta
42. Ardor : $378 juta
43. DigiByte : $347 juta
44. KuCoin Shares : $321 juta
45. Ark : $319 juta
46. Centrality : $319 juta
47. Cryptonex : $296 juta

Nota : Senarai di atas berdasarkan kedudukan semasa, 25 April 2018. Jangan tanya saya, ok tak melabur dalam MSD?


Baca juga : Cara Menganalisis Cryptocurrency Menggunakan CoinMarketCap (CMC)