7 Cryptocurrency Utama Yang Anda Perlu Beri Perhatian - Market Demon

Wednesday, April 25, 2018

7 Cryptocurrency Utama Yang Anda Perlu Beri Perhatian


Secara teknikal terdapat lebih dari 1,000 cryptocurrency, hanya segelintir yang relevan. Daripada jumlah itu, hanya sebilangan kecil yang mempunyai market cap melebihi $1 juta. Di bawah merupakan senarai cryptocurrency utama dan sumber tambahan yang anda boleh gunakan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai semua jenis cryptocurrency. Cryptocurrency yang kami senaraikan di bawah adalah berdasarkan market cap, kemudahan untuk coin tersebut didagangkan, dan potensi ia bertahan lama dalam industri ini.

Pasaran sentiasa berkembang dan berubah, begitu juga kedudukan cryptocurrency berdasarkan nilai market cap. Senarai yang Market Demon sediakan di bawah akan memberi tumpuan hanya pada beberapa cryptocurrency utama yang telah wujud lebih awal dan masih relevan sehingga hari ini.


7. Dash
Dash sebelum ini dikenali dengan nama XCoin, ia mempunyai fungsi yang unik. Xcoin dibangunkan oleh Evan Duffield yang ingin memperbaiki kelemahan dan kekurangan Bitcoin. Lalu Duffield mencipta coin sendiri. Pada tahun 2015, Dash merupakan antara gergasi utama dalam industri cryptocurrency. Hari ini, ia berada di kedudukan ke-13. Namun, masih terlalu awal untuk menilai keupayaan sebenar Dash kerana terdapat banyak lagi projek yang sedang dibangunkan. 

6. IOTA
IOTA adalah cryptocurrency popular dengan bekalan coin yang besar. Teknologi disebalik IOTA dipelopori oleh beberapa syarikat gergasi seperti Cisco Systems Inc, Volkswagen AG, dan Samsung Group. 

5. Ripple
Sifat Ripple yang centralized sebenarnya sangat berbeza dengan altcoin yang lain. Sangat jauh tersimpang dari visi asal pencipta Bitcoin, Satoshi Nakamoto. Ripple cenderung untuk memiliki harga yang mantap disebabkan bekalan coin-nya yang besar. Menjadi antara pilihan popular selepas Bitcoin bila melibatkan transaksi. Ripple juga kurang volatile berbanding coin lain yang berada dalam senarai teratas.

4. Bitcoin Cash & Bitcoin Gold
Bitcoin Cash adalah hasil dari hard fork Bitcoin, mempunyai kadar transaksi yang lebih cepat berbanding Bitcoin. Bitcoin Gold juga wujud dari hard fork Bitcoin. Matlamat utama cryptocurrency ini adalah supaya coin dapat di-mining menggunakan GPU. Sebenarnya terlalu awal untuk menilai keupayaan cryptocurrency ini, tetapi dengan market cap yang besar, ia mampu menjadi "pemain" utama dalam industri untuk jangka masa panjang. Kedua-dua cryptocurrency ini sangat menarik tetapi mungkin sukar untuk menggantikan Bitcoin di tempat teratas.

3. Ethereum
Cryptocurrency ke-2 terbesar pada hari ini. Antara "pemain" utama dalam pasaran cryptocurrency. Ethereum tidak mempunyai sejarah yang panjang berada di kedudukan teratas seperti Litecoin, tetapi ia muncul dengan beberapa ciri unik yang menjadikannya pesaing utama dalam pasaran.

Kebanyakan Initials Coin Offerings (ICOs) menggunakan platform Ethereum. Inilah yang menjadikan Ethereum mampu berdaya saing. Ethereum wujud dari hard fork Ethereum Classic. Seperti Bitcoin Cash, tercipta dari hard fork Bitcoin. 

2. Litecoin
Litecoin mungkin merupakan coin alternatif bagi Bitcoin. Ia mendapat jolokan silver. Litecoin juga ibarat Bitcoin tapi dalam versi yang lebih ringan dan pantas. Pada tahun 2015, Litecoin menduduki tangga ke-2 selepas Bitcoin dan Litecoin masih kekal relevan pada hari ini walaupun mengalami kemerosotan. Pengasas Litecoin, Charlie Lee, juga sangat aktif di sosial media. Dengan strategi pemasaran dan penjenamaan yang dilakukannya, Market Demon percaya Litecoin akan terus survive dan boleh berkembang lebih pesat.


1. Bitcoin
Bitcoin adalah pilihan terbaik bagi mereka yang baru memasuki industri cryptocurrency. Bitcoin mempunyai market cap tertinggi. Sesiapa saja akan mengenali cryptocurrency ini walaupun mereka tidak terlibat secara langsung.

Pasaran cryptocurrency masih baru dan volatile, jadi apa saja boleh berlaku dari masa ke masa. Cryptocurrency dengan market cap yang besar sudah tentu merupakan pilihan terbaik. Walau bagaimanapun, coin yang memiliki market cap yang besar masih belum menjamin apa-apa. Ini kerana, terdapat banyak coin yang berada di kedudukan teratas beberapa tahun lalu, dan hari ini mereka hilang dari persaingan, contohnya Peercoin.