Skim “Pump-and-Dump”: Bagaimana Ia Berfungsi Dalam Pasaran Crypto - Market Demon

Thursday, April 26, 2018

Skim “Pump-and-Dump”: Bagaimana Ia Berfungsi Dalam Pasaran Crypto


Cryptocurrency dan token blockchain boleh dikatakan sangat baru dalam dunia kewangan, tetapi kedua-duanya sangat terdedah kepada scam yang sangat klasik dan skim sebegini telah menjejaskan wang fiat berabad lamanya.

Scam yang paling terkenal untuk pasaran ialah Pump-and-Dump (PND). Scam ini tidak sah di sisi undang-undang exchanges yang dikawal selia. Tetapi untuk pasaran crypto yang tiada badan atau pihak berkuasa (authority) yang mengawalnya, skim PND boleh membuatkan harga tiba-tiba melonjak naik dan seterusnya jatuh kepada harga asal atau lebih murah lagi. Ini sangat membimbangkan dan boleh dikategorikan sebagai berita buruk untuk pemain pasaran. Bagaimana, kita sebagai pelabur hendak memastikan jika coin atau token itu sedang di’pump’ atau ia memang benar-benar sedang meningkat harganya secara sah dan seterusnya ‘to the moon’?


Bagaimana scam ini berfungsi?

Secara dasarnya, PND berlaku kerana para pelakon pelabur “inner core” yang sangat bermotivasi tinggi, yang bekerja dalam syarikat peribadi dan juga atas talian seperti Twitter dan Telegram. Pelabur ini yang sering bekerja dengan whale untuk meningkatkan volume, pilih coin/token dan exchange sebagai target mereka. Coin tersebut selalunya mempunyai volume yang rendah dan ini membolehkan pelakon “inner core” untuk mengunci segala kecairan yang ada dan menentukan harga coin itu. Exchange tersebut juga selalunya adalah kecil.

Tugas “inner core” hanya sampai di sini kerana ini sahaja yang mereka mampu lakukan untuk menaikkan harga kepada target mereka. Jadi, di sinilah di mana pelakon “outer core” masuk bekerja. Mereka akan ‘shill’ atau mempromosikan coin tersebut kepada pelabur-pelabur biasa yang tidak tahu menahu tentang scam PND yang telah dirancang – untuk melabur. Pada suatu masa dahulu, proses ini dilakukan melalui mulut ke mulut dan tips jahat oleh operator telefon. Zaman media sosial dan digital ini, promosi berjalan melalui Twitter, Telegram, Facebook dan juga Reddit. Sesetengah figura crypto telah dituduh selepas menerima bayaran untuk mempromosikan atau ‘shill’ secara professional coin mereka dengan mengetahui bahawa skim PND sedang terjadi.

Selepas semua perancangan mereka telah siap, kesemua pelakon ini mula membeli dengan volume yang besar. Semua itu hanya lakonan. Harga akan meningkat dengan mendadak dan semua kecairan atau liquidity telah dibahagikan antara kesemua pelakon ini. Selepas itu, pelabur-pelabur cap ayam yang terpengaruh dengan hype dan euphoria ini mula membeli tanpa usul periksa kerana kononnya takut terlepas lautan hijau, padahal hakikatnya mereka FOMO atau Fear of Missing Out. Kejadian FOMO ini menolak lagi harga menjadi lebih tinggi.
Sampai satu masa, apabila harga sudah mencapai target yang ditetapkan oleh pelakon “inner core” dan mereka memutuskan bahawa ‘enough is enough’, operasi dumping pula berjalan. Inner core adalah yang pertama menjual semua coin mereka dengan pantas. Kemudian diikuti dengan outer core. Pelabur yang tidak tahu menahu akan scam ini akan tetap kekal dengan “hodl” mereka. Akhirnya siapa yang rugi? Sudah tentu yang FOMO dan tidak melakukan langkah yang penting iaitu “DYOR” atau Do your Own Research. Scam PND ini sebenarnya tidak elok, membahayakan dan sangat toksik bukan hanya kepada pelabur, malah projek coin tersebut dan juga exchange yang terlibat akan diragui tentang intergritinya.

Polis dan Pencuri

Pump-and-Dump telah diburu sehingga hampir pupus dalam exchange yang dikawal selia kerana pengharamannya dari segi undang-undang. Scam besar yang terakhir yang sering diingati ialah melibatkan Enron.

Enron mendapat status sinonim dengan sikap korporat mereka yang tidak bertanggungjawab pada tahun 2001 kerana meningkatkan harga saham mereka dengan cara yang haram dan salah. Semua pangkat eksekutif yang tinggi dalam syarikat mereka dapat mengaut keuntungan lebih dari $1 billion apabila syarikat itu mengisytiharkan bankrap. Kenneth Lay, pengasas Enron mati sebelum sempat dibicarakan. Walau bagaimanapun, rakan-rakan sekerja dengannya telah menerima hukuman penjara yang lama dan saman jutaan dollar.

Sehingga 2018, kumpulan scammer PND boleh beroperasi dengan sewenang-wenangnya di dalam pasaran exchange cryptocurrency kerana crypto tidak dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat (U.S. Securities and Exchange Commission (SEC)).

SEC sendiri telah mengeluarkan amaran untuk para pelabur untuk berwaspada terhadap exchanges pada Mac 2018.

Kebanyakan platform yang kononnya menyatakan diri mereka sebagai ‘Exchange’, yang boleh memberikan informasi yang salah kepada para pelabur bahawa mereka dikawal selia atau memenuhi piawaian pertukaran sekuriti negara. Walaupun sesetengah platform itu menyatakan untuk menggunakan piawaian yang ketat untuk memilih hanya aset digital berkualiti tinggi untuk diperdagangkan, SEC tidak mengkaji piawaian ini atau aset digital yang dipilih oleh platform, dan piawaian yang disebut tidak harus disamakan kedudukannya dengan penyenarai piawaian pertukaran sekuriti negara. - SEC


Sekuriti nasional yang berdaftar dengan SEC sepatutnya mempunyai undang-undang yang telah ditetapkan untuk mengelakkan sebarang penipuan dan sebarang pemanipulasi pasaran. Tambahan pula, sebagai organisasi ‘self-regulator’, exchange berdaftar haruslah  mempunyai undang-undang dan prosedur yang memantau kesemua disiplin ahli syarikat yang terlibat dan sesiapa yang terlibat dengan ahli syarikat itu dengan undang-undang dan peraturan sekuriti kerajaan dan syarikat itu sendiri. - CFTC



Amaran dalam bentuk PDF yang dikeluarkan CFTC

Cahaya hidayah cryptocurrency

Efektifnya skim PND ini bergantung sepenuhnya kepada ketidakbolehan para pelabur yang tamak untuk membezakan scam ini dengan kenaikan harga yang legit atau sah. Pelakon penipu yang memulakan scam ini juga tidak dikecualikan selepas menyebarkan informasi yang salah tentang coin tertentu. Kedua-duanya diperlukan untuk skim Pump-and-Dump.

Seringkali kita dengar di mana-mana tentang pasaran supaya sebelum membuat pelaburan, anda perlulah “DYOR” atau Do Your Own Research. Sebagai caveat emptor, anda perlulah bertanggungjawab atas kesemua pelaburan anda dan sentiasa berhati-hati dalam mana-mana situasi PND. Jika peraturan dapat dikuat kuasa, ianya akan menguntungkan semua pihak. SEC sebelum ini telah membuat tawaran dan ganjaran bagi sesiapa yang mempunyai maklumat sah tentang scam PND ini.

Pasaran crypto sebenarnya sangat disukai oleh para pelabur. Graf yang hijau memanjang untuk berikan pulangan sebanyak 3 hingga 4 digit sangat normal dan dengan pelaburan yang sedikit dapat memberikan keuntungan yang tinggi dalam masa yang singkat. Pasaran crypto sangat sukar dijangka. Jadi berhati-hati. Cara yang paling senang untuk mengelakkan daripada scam PND adalah melabur dalam coin/token yang bukan dalam target mereka, iaitu coin/token yang mempunyai kecairan yang sangat tinggi dan mempunyai volume exchange yang tinggi. Tetapi jika idea untuk melabur dalam pasaran crypto adalah bahaya bagi anda, anda boleh melabur dalam stok saham, hartanah, dan pelaburan tradisional.

Seperti yang diberitahu tadi, strategi yang terbaik ialah melakukan kajian anda sendiri secara mendalam dan pastikan anda dapat membezakan harga scam atau harga yang sah. Adakah kenaikan disebabkan hype media? Adakah kenaikan kerana coin itu mula diterima orang ramai? Adakah ia disokong oleh mana-mana organisasi? Dan adakah kenaikan itu selari dengan keadaan yang berlaku jika dibandingkan dengan kenaikan yang tiba-tiba?

Sehingga peraturan baru dapat ditetapkan, scam PND akan terus kekal di dalam pasaran crypto. Mungkin untuk beberapa tahun lagi. Mungkin. Beberapa orang menolak cadangan ini kerana bertentangan dengan sifat blockchain yang seharusnya menjadi decentralized system. Selagi teknologi blockchain diinovasi dan diadaptasi, benda baru dan menarik akan terus wujud selari dengan dunia sekarang yang bergerak pantas dengan teknologi.

Tetapi nasihat yang paling penting untuk para pelabur, jika sesuatu benda itu dikatakan “It is too good to be true”, seringkali ianya adalah betul. Jadi sekali lagi, berhati-hati dan pastikan anda membuat penilaian sendiri dengan cermat dan peka. Selamat melabur!

Kebetulan hari ini 26/4/2018 tular tentang pump and dump di laman sesawang Steemit. Baca dan jangan lupa upvote penulis ini okay?

https://t.co/WCJCGZKwbE 

Sumber:
Blockonomi
Steemit