Kisah Lagenda Wall Street, Dari Tentera Darat Menjadi Pelabur Tersohor - Market Demon

Thursday, April 26, 2018

Kisah Lagenda Wall Street, Dari Tentera Darat Menjadi Pelabur Tersohor


Kisah Lagenda Wall Street, Dari Tentera Darat Menjadi Pelabur Tersohor

Selama lebih daripada 30 tahun, sekiranya seseorang itu menyerahkan wangnya kepada Bill Miller, beliau akan mengembalikannya dengan keuntungan berkali ganda. Pelaburan beliau melalui Legg Mason, meraih keuntungan melebihi purata pulangan pelabur lain di Wall Street. Satu prestasi yang hebat. Kejatuhan Bill Miller juga sama hebatnya dengan pencapaian yang diraih.

Ketika krisis kewangan pada tahun 2007-2008, berlaku kemerosotan dalam pasaran saham menyebabkan client Bill Miller menarik balik semua wang pelaburan mereka bernilai berbilion dolar. 

Saya menyesal tidak bersara pada tahun 2006. Jika tidak, saya akan mempunyai rekod pelaburan luar biasa yang tidak ada pada orang lain. Mereka fikir saya seorang yang genius. Pada tahun 2009, saya seperti seorang yang bodoh.

Dari pejabatnya di Baltimore, Bill Miller menjadi perhatian di Wall Street apabila melakukan kemunculan semula dari persaraan. Bill Miler kembali ke Wall Street dengan dua mutual funds. Beliau telah menubuhkan hedge fund. Halangan terbesar, tentu saja, apa yang dilihat sebagai masa depan pelaburan, satu perubahan dramatik ke arah algoritma komputer yang kompleks dan artificial intelligence, jauh dari sentuhan tangan manusia yang sebelum ini meletakkan Bill Miller dan lagenda Wall Street yang lain di puncak.

Dengan kurang daripada 20 orang pekerja, Miller Value Partners adalah sangat kecil berbanding perusahaan lamanya di Legg Mason, tetapi Bill Miller tetap bersemangat. Selepas menghabiskan masa berdekad berdagang di bawah payung Legg Mason, sekarang beliau memiliki hedge fund sendiri. Dua mutual fund miliknya, Miller Opportunity Trust dan Miller Income Fund, memiliki kira-kira $1.7 bilion aset, sangat sederhana jika dibandingkan dengan aset Legg Mason, $70 bilion, yang diuruskannya ketika zaman kegemilangannya. Menurut Miller,

Saya sudah terlalu tua, saya mengambil terlalu banyak risiko di sini.

Minat Miller terhadap pasaran saham muncul selepas melihat ayahnya yang bekerja sebagai pengurus terminal di sebuah syarikat trak, mengimbas halaman perniagaan setiap hari. Kata Miller,

Kami tidak mempunyai wang. Ayah saya melihat halaman saham dengan penuh harapan.

Selepas tamat pengajian dari Washington & Lee University, Miller berkhidmat dengan Tentera Darat. Miller kemudian mengahwini seorang akauntan di Legg Mason. Semasa menunggu isterinya menyelesaikan pekerjaan di pejabat, Miller berjam-jam berdiri di sekitar pejabat Legg Mason, membaca dokumen kewangan. Akhirnya, Legg Mason mengupah Miller sebagai pengarah penyelidikan. Seterusnya Miller menubuhkan Legg Mason Value Trust Fund.


Miller menyertai lagenda value investor mencari syarikat yang undervalue dengan fundamental yang kukuh. Tetapi apabila dana yang diuruskannya bergelut dengan kemerosotan pasaran pada tahun 1987, Miller berkata beliau mengagak strategi itu. Dana pelaburannya tidak hanya membeli saham yang murah tetapi syarikat yang boleh memberi pulangan yang hebat, kemerosotan yang berlaku hanya sementara. Menurut Bridget Hughes, pengarah penyelidikan di Morningstar,

Komitmennya (Miller) pada saham teknologi pada tahun 1990-an dan awal tahun 2000, menafikan kebijaksanaan konvensional. Orang ramai tidak menganggap saham teknologi bernilai ketika itu.

Menurut Marvin McIntyre, dari Morgan Stanley Private Wealth Management,

Bill (Miller) sangat ikonik. Dia tidak terpengaruh dengan orang ramai atau kebanyakan pakar.

Kehebatannya menarik perhatian jutawan seperti Bill Gates dan Jeff Bezos. Walau bagaimanapun, rekod Bill Miller retak semasa krisis kewangan 2007-2008. Nilai dana yang diuruskannya telah mencapai lebih daripada $20 bilion pada tahun 2006. Pada tahun 2007, beliau kerugian sebanyak 6.6%, kali pertama ia terjadi sejak tahun 1990. Pada tahun 2008, Bill Miller kerugian lebih daripada 50% selepas ramai pelabur dananya menarik semula wang pelaburan. Terlalu banyak perhatian yang diberikan kepada Miller, mungkin sedikit sebanyak mengganggu tumpuannya. Beliau terlalu memberi tumpuan pada keuntungan sedangkan semua orang pada masa itu fokus pada risiko. Miller berkata,

Strategi kami sangat baik tetapi tidak cukup untuk menangani krisis.

Selepas kerugian yang dialaminya, Miller mengundur diri pada tahun 2012. Miller boleh bersara lebih awal. Beliau sangat kaya, kediamannya berada beberapa kilometer sahaja dari resort Mar-a-Lago Donald Trump. Miller menggambarkan dirinya sebagai seorang yang contrarian. Hedge Fund miliknya membuat pertaruhan besar pada Bitcoin. Jamie Dimon, CEO J.P Morgan, sebelum ini berkata Bitcoin tidak mempunyai nilai dan menjangkakan kerajaan akan menghancurkannya.

Saya tidak peduli apa yang diperdagangkan dengan Bitcoin, bagaimana ia didagangkan, mengapa ia didagangkan, siapa yang berdagang. Sekiranya anda terlalu bodoh untuk membelinya, anda akan menerima akibat yang buruk suatu hari nanti.

Laurence Fink, CEO BlackRock pula menyebut Bitcoin sebagai indeks pengubahan wang haram. Miller kelihatan tidak terkejut dengan pandangan dua tokoh pelaburan itu sambil membandingkan pelaburannya dalam Bitcoin dan pelaburannya dalam Amazon yang dikritik hebat tidak lama dahulu.

Sebelum ini, orang ramai berfikir bahawa Amazon adalah sesuatu yang palsu. Sekarang semuanya telah berubah, orang berfikir Amazon akan membunuh setiap syarikat di negara ini (Amerika Syarikat). Itulah apa yang berlaku pada Bitcoin.