Bitcoin Haram? Ikuti Ulasan Ulama Semasa Berkaitan Bitcoin - Market Demon

Thursday, April 26, 2018

Bitcoin Haram? Ikuti Ulasan Ulama Semasa Berkaitan Bitcoin


Bitcoin Haram? Ikuti ulasan ulama Semasa Berkaitan Bitcoin
Mutakhir ini, ramai yang mendabik dada seolah-olah dirinya adalah berilmu dan layak mengeluarkan sesuatu fatwa walaupun hanya sekali hadir ke majlis ilmu dan kewangan Islam.

Ramai berhujah mengikut hawa nafsu dan tidak takut 'mengeluarkan' hukum mengenai Bitcoin, malah, terdapat juga sesetengah pihak yang tidak mahu cakna dan endah mengenai hukum-hukum berkait Bitcoin.

Penulis akan kongsikan rumusan awal perbincangan sarjana Islam berhubung fatwa semasa berkait Bitcoin :

1. Fatwa Turki

Jual-beli matawang virtual buat masa ini adalah tidak sesuai dengan agama (Islam) kerana penilaiannya adalah cenderung kepada spekulasi, ia boleh digunakan dalam aktiviti-aktiviti haram seperti pengubahan wang dan ia tidak dipantau oleh sesuatu badan audit.

Pernyataan larangan ini didasari oleh :

  1. Spekulasi yang tinggi
  2. Mudah digunakan untuk kegiatan jenayah seperti penggubahan wang haram
  3. Tidak diterbitkan oleh mana-mana autoriti

Ia juga memberi implikasi terhadap berita dua imam Turki berhubung perkara ini.

2. Fatwa Palestin
Majlis Fatwa Tertinggi Palestin mengeluarkan pandangan berhubung pengharaman Bitcoin kerana terdapat gharar fahish dan mengandungi unsur judi. Tidak harus membeli atau menjualnya, tiada jaminan ke atasnya, tiada kepastian sumbernya.

3. Fatwa Mesir
Dar al-Ifta al-Misriyyah memutuskan untuk tidak membenarkan penggunaan cryptocurrencies khususnya Bitcoin, sama ada penjualan, pembelian, pajakan dan lain-lain. Larangan ini berasaskan:

  1. Ia tidak mematuhi sistem pengawalan dan keselamatannya.
  2. Bertentangan dengan sistem kewangan berpusat negara-negara dan bank-bank pusat.
  3. Digunakan digunakan untuk melepaskan diri daripada agensi keselamatan bagi menjalankan aktiviti haram seperti kongsi gelap, dadah.
  4. Terdedah kepada unsur gharar, nasib dan penipuan
  5. Hanya digunakan untuk perdagangan mata wang elektronik dalam talian sahaja dan tidak diaplikasi dalam dunia realiti secara total
  6. Ia tidak berpusat dan sukar diukur
  7. Mengandungi unsur jahalah

Analisis Fiqh Terhadap Cryptocurrencies (Bitcoin)
Perbincangan berkaitan Bitcoin berkisar kepada perkara-perkara berikut:

1. Kejahilan sumbernya iaitu tidak diketahui siapa penciptanya.
Pandangan penulis : Islam menjaga nyawa sebagaimana satu asas di dalam maqasid shariah. Identiti Satoshi Nakamoto yang masih misteri sehingga hari ini dilihat sebagai satu strategi 'anonymous' bagi melawan sistem kewangan sedia ada.

2. Keraguan terhadap masa depan mata wang ini.
Pandangan penulis : Tiada sesiapa dapat memberi jaminan jua terhadap nilai fiat sesuatu negara pada masa akan datang.

3. Ketiadaan penerbit, atau pihak yang menjamin nilainya.
Pandangan penulis : Setiap cryptocurrencies mempunyai market cap dan supply limit yang dikeluarkan oleh sesuatu organisasi pengeluar coin. Sepertimana wang fiat, ia dikawal oleh sesuatu bank pusat, ia juga mempunyai supply-demand.

4. Tiada badan kawal selia dan penjaga peraturannya.
Pandangan penulis : Benchmark ini akan ditambah baik dari semasa ke semasa sepertimana sistem barter.

5. Mempunyai spekulasi yang besar, dan kekurangan kestabilan berkait dengan nilai.
Pandangan penulis : Permulaan wang fiat juga adalah tidak stabil dan terbukti pada hari ini stabil di sesetengah perkara dan cuai disesetengah perkara. 

6. Banyak penggunaan untuk aktiviti haram.
Pandangan penulis : Wang fiat juga digunakan untuk aktiviti haram. 

7. Tidak pasti wujudnya unsur mali, bernilai, harga pada Bitcoin.
Pandangan penulis : Wang fiat juga tidak mempunyai nilai intrinsik, penilaian harga adalah bergantung fungsi dan backed-up related servis atau komoditi.

Oleh kerana terkumpulnya tujuh perkara di atas Bitcoin, maka, sebahagian sarjana berpandangan ia adalah haram. Sebahagian sarjana pula berpandangan bahawa sifat-sifat yang dinyatakan adalah perkara-perkara yang keluar (kesan) Bitcoin, dan bukan sesuatu pada zat atau mahiyah Bitcoin. Setiap kesan (amr khairji) mempunyai hukum khas untuknya.

Sarjana Islam Memberi Dua Pandangan Terhadap Bitcoin
Pandangan pertama Harus hukumnya menggunakan Bitcoin. Mereka memperakui bahawa bitcoin mempunyai nilai, harga dan bersifat mutaqawwim (saling memperkuat). Asas pandangan mereka ialah: 

  1. Hukum asal ialah harus kecuali ada dalil yang mengharamkan.
  2. Bitcoin adalah mal mutaqawwim kerana realiti semasa menerima ia bernilai, dan,
  3. Bitcoin menggantikan tugas matawang walau ia tidak dikeluarkan oleh mana-mana kerajaan. Tiada asas yang melarang wang dikeluarkan oleh orang lain.

Pandangan kedua: Haram bermuamalah dengan Bitcoin atas alasan yang dinyatakan sepertimana yang dinyatakan sebelum ini iaitu: 

  1. Kejahilan sumbernya iaitu tidak diketahui siapa pengeluarnya.
  2. Keraguan terhadap masa depan mata wang ini.
  3. Ketiadaan penerbit, atau pihak yang menjamin nilainya.
  4. Tiada badan kawal selia dan penjaga peraturannya.
  5. Mempunyai spekulasi yang besar, dan kekurangan kestabilan berkait dengan nilai.
  6. Banyak penggunaan untuk aktiviti haram.
  7. Tidak pasti wujudnya unsur mali, bernilai, harga pada Bitcoin.

Kesimpulan
Perbincangan dilakukan di atas banyak menjurus kepada Bitcoin kerana kajian dilakukan khusus ke atas Bitcoin sahaja. Ada kemungkinan hukum ke atas cryptocurrencies yang lain adalah berbeza kerana berbeza hakikatnya. Pandangan yang mengharuskan Bitcoin tidak bermaksud menggalakkan pembelian Bitcoin. Ia hanyalah perbincangan berkaitan keharusannya semata-mata tanpa menafikan hak pemerintah menetapkan dasar-dasarnya.

Dual sistem kewangan akan berlaku sepertimana pengguna wang fiat dan wang perak dan emas suatu ketika dahulu sehinggalah ia dipisahkan. Bagaimana kita mengelak dari mengambil perkara yang lebih baik dan kurang mudharat?

Rujukan: Mohamed Naim, Asmadi. (2018). Bitcoin dan analisis pandangan fiqh Islam.
Shafiq Neurotrader untuk Marketdemon
emel: shafiq.cryptocall@gmail.com