Apa Itu Bitcoin? Penjelasan Lengkap - Market Demon

Thursday, April 26, 2018

Apa Itu Bitcoin? Penjelasan Lengkap


Apa Itu Bitcoin?
Untuk menjelaskan beberapa kekeliruan berkenaan Bitcoin, kita perlu memisahkannya kepada dua komponen.

1. Di satu sisi, anda mempunyai Bitcoin token, kod yang mewakili pemilikan digital.

2. Di satu sisi yang lain, anda mempunyai protokol (blockchain), rangkaian distributed yang mengandungi lejar token (Bitcoin).

Nota : Lejar merupakan buku akaun yang digunakan untuk merekodkan urus niaga perniagaan. Blockchain pula adalah lejar digital atau buku akaun digital yang digunakan untuk merekodkan semua urus niaga dalam rangkaian.

Sistem ini membolehkan pembayaran dihantar antara pengguna tanpa melalui perantara seperti pihak bank. Ia dicipta secara elektronik. Bitcoin tidak dicetak seperti Ringgit Malaysia (MYR) atau U.S Dollar (USD). Bitcoin dihasilkan oleh komputer menggunakan perisian percuma. Sesiapa sahaja boleh menghasilkan Bitcoin.

Note : Anda perlukan perisian (software) dan perkakasan (hardware) khas untuk menghasilkan Bitcoin. Sekarang kos untuk menghasilkan Bitcoin sangat mahal. Tetapi itu tidak bermakna anda tidak boleh memiliki Bitcoin, anda boleh membelinya dengan nilai RM20, RM30, RM40, RM50 dan mendapatkan sebilangan kecil (satoshi) unit Bitcoin.

Bitcoin adalah contoh pertama yang kita panggil sebagai cryptocurrency, kelas aset baru yang semakin berkembang yang berkongsi beberapa ciri-ciri mata wang tradisional, dengan pengesahan berdasarkan cryptography.

Siapa Pencipta Bitcoin?
Pencipta Bitcoin merupakan seorang pseudonymous software developer yang memakai gelaran Satoshi Nakamoto. Satoshi membentangkan ideanya di ruangan maya pada tahun 2008, sebagai sistem pembayaran elektronik. Sebenarnya Bitcoin bukanlah idea terawal berkenaan usaha untuk mewujudkan cryptocurrency, idea ini sudah pun bermula pada penghujung tahun 1980-an, kebanyakan sistem yang dibangunkan gagal dan tidak mendapat perhatian ramai ketika itu.

Bitcoin berjaya menarik perhatian sebagai alternatif baru kepada sistem kewangan tradisional berikutan krisis kewangan 2007-2008. Idea Satoshi Nakamoto adalah untuk menghasilkan sistem yang bebas dari kuasa pusat, yang boleh dipindahkan secara elektronik dalam cara yang selamat. Sehingga hari ini, tidak ada yang tahu siapa Satoshi Nakamoto sebenarnya.

Apa Perbezaan Bitcoin & Mata Wang Tradisional (Fiat)?
Bitcoin boleh digunakan untuk membayar secara elektronik, sekiranya kedua-dua pihak bersetuju. Dalam erti kata lain, ia seperti mata wang tradisional, Ringgit Malaysia (MYR) atau U.S Dollar (USD) yang boleh digunakan secara digital. Tetapi terdapat beberapa perbezaan yang dibawa oleh Bitcoin :

1. Decentralization
2. Bekalan terhad
3. Pseudonymity (nama samaran)
4. Tidak boleh diubah
5. Boleh dibahagikan kepada unit yang kecil

Decentralization
Decentralization adalah kata lawan bagi centralization. Decentralization adalah istilah yang kita selalu jumpa dalam dunia Bitcoin dan cryptocurrency. Maksud decentralization adalah pemecahan kuasa dari sistem berpusat kepada pecahan-pecahan kecil. Dalam bahasa mudahnya, tiada kuasa tunggal yang mengawal keseluruhan sistem.

Decentralization adalah ciri-ciri paling penting Bitcoin. Tiada institusi tunggal yang mengawal rangkaian Bitcoin. Bitcoin dijaga oleh sekumpulan coders sukarelawan dan dikendalikan oleh rangkaian terbuka komputer yang tersebar di seluruh dunia. Ini menarik individu dan kumpulan yang tidak selesa dengan kawalan pihak bank atau institusi kerajaan ke atas sistem kewangan.

Melalui gabungan cryptography, Bitcoin menyelesaikan masalah "double spending" pada mata wang elektronik, di mana aset digital dengan mudah boleh disalin dan digunakan semula. Dalam sistem elektronik mata wang tradisional (fiat), fungsi ini dikawal sepenuhnya oleh bank. Berbeza dengan Bitcoin, integriti Bitcoin dijaga dan dikekalkan oleh rangkaian terbuka dan distributed. Bermaksud, semua orang yang berada dalam ekosistem Bitcoin, sama ada anda, saya atau sesiapa sahaja adalah bertanggungjawab dalam mengekalkan integriti sistem ini.

Bekalan Terhad
Mata wang fiat seperti Ringgit Malaysia (MYR), dan U.S Dollar (USD) mempunyai bekalan tanpa had. Bank pusat boleh mencetak seberapa banyak bekalan wang yang mereka mahukan kerana sistem kewangan yang wujud pada hari ini berasaskan sistem hutang. Wang yang berada dalam dompet anda pada hari ini sebenarnya bukan wang yang sebenar, ia adalah "surat hutang." Ia mempunyai nilai kerana diiktiraf oleh kerajaan dan bank pusat. Bank pusat boleh memanipulasi nilai mata wang. Sebagai contoh, negara seperti China dan Jepun mahukan nilai mata wang mereka rendah supaya produk negara mereka mampu bersaing di pentas global. Di satu sisi, ia memberi kelebihan kepada sesebuah negara. Di satu sisi yang lain, pemegang mata wang itu (terutamanya rakyat mereka), akan menanggung kosnya. 

Melalui Bitcoin, bekalan dikawal ketat oleh sistem algoritma. Sebilangan kecil Bitcoin dicipta setiap jam, dan akan terus tercipta pada kadar yang berkurang sehingga mencapai bekalan maksima 21 juta coin. Ini menjadikan Bitcoin lebih menarik sebagai aset. Secara teori, sekiranya permintaan bertambah dan bekalan tetap sama, nilai akan meningkat.

Pseudonymity (Nama Samaran)
Identiti pengirim wang melalui sistem pembayaran tradisional boleh dikenalpasti (untuk tujuan pengesahan dan untuk mencegah dari berlakunya pengubahan wang haram). Pengguna Bitcoin pula secara teorinya adalah semi-anonymity. Oleh kerana sistem Bitcoin tidak memerlukan validator berpusat, pengguna tidak perlu mengesahkan identiti mereka ketika menghantar Bitcoin kepada pengguna lain. Apabila urus niaga dihantar, protokol Bitcoin akan memeriksa semua urus niaga sebelumnya untuk mengesahkan bahawa pengirim mempunyai Bitcoin yang diperlukan serta mempunyai authority untuk mengirimnya. Semua ini terjadi dalam blockchain. Sistem ini tidak memerlukan pengesahan identiti.

Setiap pengguna dikenalpasti dengan alamat pada wallet mereka. Tetapi urus niaga tetap boleh dijejaki. Semua orang di dalam ekosistem Bitcoin boleh melihat semua urus niaga yang terjadi. Selain itu, kebanyakan bursa pertukaran mata wang crypto (exchange) menetapkan syarat ke atas pengguna untuk melakukan pemeriksaan identiti sebelum mereka dibenarkan membeli atau menjual Bitcoin, bagi memudahkan semua urus niaga dijejaki. Ini menjadikan rangkaian ini telus dan menjadikan Bitcoin bukan pilihan ideal untuk digunakan oleh penjenayah, pengganas atau penggubah wang haram.

Nota : Kebiasaannya aktiviti haram tidak melibatkan penggunaan Bitcoin seperti yang selalu digembar-gemburkan media arus perdana. Aktiviti haram banyak menggunakan cryptocurrency berasaskan anonymous seperti Monero (XMR).

Tidak Boleh Diubah 
Urus niaga Bitcoin tidak boleh dipinda atau diubah seperti transaksi elektronik mata wang fiat. Ini kerana tiada adjudicator pusat yang boleh mengatakan,

Ok, kembalikan wang itu.

Sekiranya transaksi direkodkan pada rangkaian, dan jika lebih daripada satu jam telah berlalu, adalah mustahil untuk mengubahsuainya. Walaupun ciri-ciri ini kelihatan tidak bagus untuk sesetengah pihak, sebenarnya ia menjamin ketelusan sistem kerana tiada siapa boleh menipu atau mengubahsuai setiap urusan yang telah direkodkan dalam lejar digital (blockchain).

Boleh Dibahagikan Kepada Unit Kecil
Unit terkecil Bitcoin dipanggil satoshi. Ia bersamaan 0.00000001 BTC. Ini bermaksud, sesiapa sahaja boleh melakukan mikro-transaksi yang tidak boleh dilakukan oleh sistem mata wang tradisional.

Baca juga : Apa Hukum Bitcoin?
                    Cara Mendapatkan Bitcoin & Cryptocurrency