Terma Asas Dan Singkatan Dalam Pasaran Dagangan - Market Demon

Thursday, April 26, 2018

Terma Asas Dan Singkatan Dalam Pasaran Dagangan



Menjadi lumrah setiap orang yang baru menceburkan diri dalam perdagangan akan cuba-cuba memasuki pelbagai group di media sosial tidak kira whatsapp/telegram atau sebagainya bagi mendengar nasihat atau tips dari mereka yang sudah lama berkecimpung di dalam industri ini. Malangnya mereka kebiasaannya menggunakan terma atau singkatan ayat yang kadang kala tidak difahami. Janganlah terlalu cepat berputus asa. Sentiasa ingat, 

"Trading is a lifetime learning"

Di sini, kami menyenaraikan beberapa istilah atau “shortform” yang biasa digunakan di dalam Stock/Cryptocurrency/Forex, yang mungkin dapat membantu anda untuk memahami serba sedikit dunia pelaburan ini:-

Exchange
Website di mana anda boleh membeli dan menjual cryptocurrency. Contoh Bittrex.com.

FIAT 
Duit yang dikeluarkan oleh kerajaan. Contoh US Dollar, RM Ringgit Malaysia dan lain-lain.

Whale
Seseorang yang mempunyai cryptocurrency yang sangat banyak. Baca lagi di Mari Mengenali Bitcoin Whale.

ATH
All Time High . Harga baru yang melepasi paras tertinggi sebelumnya.

Going short
Keuntungan margin apabila harga menurun.

Going Long
Keuntungan margin apabila harga menaik.


Margin
Sejumlah amaun lebih dari modal anda yang diberi pinjam oleh syarikat broker untuk anda membuat dagangan.

ICO/IPO
Initial Coin Offering/Initial Public Offering – Baca di sini Pengenalan Ringkas ICO vs IPO.

FOMO
Fear of Missing Out. Seseorang yang takut ketinggalan semasa harga sedang naik pada paras tinggi lalu membeli ketika ia sedang naik.

FUD
Fear, uncertainty, Doubt. Sentimen negatif yang sengaja disebarkan dengan tujuan mahu harga sesuatu jatuh.

FUDster
Individu/kumpulan  yang menyebarkan sentiment negatif.

PND
Pump and Dump. Amalan pembelian secara pukal untuk menaikkan sesuatu harga bagi menarik pelabur lain turut membeli dan kemudian menjual semula pembelian pukal tersebut pada harga yang tinggi menyebabkan kejatuhan harga.

Bagholder
Seseorang yang masih memegang sesuatu cryptocurrecny walau apa jua berlaku kerana percaya dengan nilai cryptocurrency itu pada masa hadapan.

TA
Teknikal Analisis. Menganalisis data carta , memeriksa sejarah harga pada carta bagi meramal cara pasaran bergerak pada masa hadapan.

FA
Fundamental Analisis. Mengkaji prestasi semasa dan potensi sesuatu pasaran berdasarkan berita dan data-data kewangan.

BTD
Buy The Dip. Membeli pada harga sedang jatuh yang berkemngkinan untuk naik.

ROI
Return of investment – pulangan dari pelaburan.

Software Wallet/Hardware Wallet/Cold Storage

Blockchain
Lejar awam yang merekodkan transaksi secara digital.

DYOR
Do your own research. Mendengar berita dari internet sahaja biasanya tidak mencukupi untuk membuat keputusan. Anda perlu mengkaji lebih mendalam sendiri sebelum membuat keputusan.

TAYOR
Trade At Your On Risk. Buat keputusan berdasarkan keputusan anda sendiri, bukannya berdasarkan maklumat dari orang lain.

Faucet
Laman Web yang memberi anda amaun cryptocurrency dalam jumlah yang sangat kecil apabila membuat sesuatu perkara yang diarahkan.

Shitcoin
Coin yang tiada nilai pada masa hadapan.

HODL
Hold On Dear Life. Masih tidak menjual coin yang sedang jatuh dan percaya ia akan membuat kenaikan semula pada masa hadapan. Memegang sesuatu untuk jangka masa yang lama.

Bull Market/Bullish
Pasaran dalam keadaan sedang meningkat harga.

Bear Market/Bearish
Pasaran dalam keadaan sedang menurun harga.

Komoditi
Bahan mentah seperti minyak, emas, perak dan lain-lain.

Correction
Penurunan harga di dalam pasaran yang sedang menaik.

Futures
Kontrak untuk membeli atau menjual sesuatu instrument pelaburan pada tarikh akan datang biasanya komoditi dan indeks.

Dow Jones
Indeks harga 30 saham Blue Chip yang dipilih oleh Dow Jones & Co. Harga yang lebih tinggi, saham yang mempunyai pengaruh lebih besar dan ada pada indeks.

Blue Chip
Saham dari syarikat-syarikat besar yang menggerakkan indeks.

Indeks
Mengukur prestasi gabungan sekumpulan stok. Penanda aras dalam setiap sektor seperti SP-500 dan Dow Jones.

Penny Stock
Saham yang mempunyai harga sangat murah. Contohnya di Bursa Malaysia saham yang berada di bawah harga 50sen.

Yield
Peratusan pulangan pelaburan . Biasanya dalam bentuk interest atau dividen.

Insider
Sesiapa sahaja dalam syarikat yang dianggap mempunyai peluang untuk mengumpul maklumat dalaman mengenai syarikat itu. Sesiapa yang memiliki lebih daripada 10% stok undian syarikat itu juga dianggap sebagai orang dalam.

Insider Trading
Orang di dalam syarikat yang berdagang berdasarkan maklumat dalaman. Ini adalah tindakan yang salah.

Liquidity
Terma bagi menunjukkan betapa mudahnya untuk anda menukar sesuatu saham/coin dengan tunai.

Dividen
Sebahagian keuntungan yang diberikan kepada pemegang saham pada setiap suku tahun/akhir tahun setiap tahun.

Portfolio
Seseorang yang mempunyai pegangan lebih dari satu coin/saham/instrument pelaburan dari sektor yang berbeza.

Singkatan ini hanyalah memberi sedikit ringkasan untuk pemahaman bersifat sepintas lalu. Pembaca disarankan mendapatkan lebih maklumat melalui pembacaan sendiri untuk tahu secara lebih mendalam. Semoga sedikit sebanyak membantu anda memahami apakah yang dimaksudkan di dalam perbicangan atau perbualan oleh “orang lama” dalam industri ini.