Kisah Pendek Stan Lee - Market Demon

Saturday, November 17, 2018

Kisah Pendek Stan Lee


Stan Lee, yang meninggal dunia pada 12 November lalu merupakan seorang usahawan dan oportunis. Beliau bertanggungjawab mengubah komik, bentuk seni yang berpendapatan rendah menjadi kuasa budaya pop. Ciptaannya, Spider-Man, X-Men, Hulk, Avengers, Iron Man, Black Panther, Thor dan lain-lain telah mendominasi industri perfileman di seluruh dunia.

Stan Lee memulakan kerjanya ketika berusia 17 tahun apabila diterima bekerja di Timely, sebuah syarikat yang kemudiannya dikenali sebagai Marvel. Majikannya, Martin Goodman mempunyai dua prinsip dalam menjalankan operasi perniagaan :

1. Sekiranya sesuatu itu terjual, anda harus meneruskannya sehingga pasaran menjadi tepu.

2. Peminat tidak berminat dengan kualiti.

Stan Lee melihat prinsip pertama tetapi menolak prinsip kedua. Pada tahun 1960-an, Stan Lee telah mencipta watak-watak baru untuk menyumbang kepada kebangkitan komik superhero. Ketika itu, Stan Lee tidak merasa puas dengan kualiti penulis, jadi beliau menulis sendiri semua judul komik yang diterbitkan.

Stan Lee percaya bahawa peminat bukan hanya sebuah pasaran, tetapi sebuah komuniti. Beliau turut meluangkan masanya membaca dan membalas semua surat yang dihantar oleh pembaca. Secara tidak langsung, beliau dikenali sebagai seorang yang mesra dan mudah didekati. Stan Lee turut terkenal kerana watak cameo yang dimainkannya dalam beberapa buah filem.

No comments: