Kapal selam Argentina yang hilang setahun yang lalu bersama 44 orang anak kapal akhirnya ditemui semula. Kapal selam ARA San Juan hilang 430 km dari pantai Argentina pada 15 November 2017. Tentera Laut Argentina menghentikan misi menyelamat dua minggu selepas kehilangan ARA San Juan. Walau bagaimanapun, setahun selepas kehilangannya, pegawai tentera laut mengumumkan bahawa ARA San Juan telah dijumpai 800m di bawah permukaan Lautan Atlantik.
Menurut Tweet dari tentera laut Argentinam ARA San Juan telah berjaya dikenalpasti oleh sebuah syarikat Amerika Syarikat. Tentera laut sebelum ini telah berkongsi gambar dari dasar laut, menunjukkan sebuah objek tidak dikenalpasti berukuran 60m panjang.
— Armada Argentina (@Armada_Arg) November 16, 2018#ARASanJuan #LaBúsquedaContinúa Actualización: La empresa informó nuevo punto de interés en el Sitio 1 área 15A-4, a 800 mts de profundidad. El punto de interés tiene una dimensión de 60 mts de longitud. Hora de arribo al área para iniciar investigación 19:00 hs aproximadamente. pic.twitter.com/l5k8p8Zjye
Apa Yang Berlaku Kepada ARA San Juan?
ARA San Juan yang berada dalam misi rutin ke Ushuaia, melaporkan terjadi litar pintas dalam bateri kapal. ARA San Juan kemudian diperintahkan untuk kembali ke pangkalan tentera laut di Mar del Plata dengan segera.
Komunikasi terakhir tentera laut Argentina dengan kapal selam itu kira-kira pukul 7.30 pagi pada 15 November, di mana kaptennya melaporkan para anak kapal dalam keadaan baik. 8 hari selepas ARA San Juan hilang, Comprehensive Nuclear Test-Ban Treaty Organisation yang berpangkalan di Vienna mengatakan bahawa mereka mengesan bunyi bising beberapa jam selepaa komunikasi terakhir kapal selam itu.
Organisasi yang mengendalikan rangkaian pendengaran untuk memantau letupan nuklear itu mengatakan bahawa terdapat "anomali hidro-akustik" kira-kira 30 batu nautika (60km) di utara lokasi terakhir kapal itu dikenalpasti. Tentera laut Argentina berkata bunyi itu mungkin milik ARA San Juan.
No comments:
Post a Comment