Mohammed merupakan bekas pedagang saham dan option, kini beliau memberi tumpuan kepada pasaran Forex. Beliau telah menunjukkan kemahiran pengurusan akaun dan risiko yang cemerlang sebelum ini. Berikut merupakan interview bersama Mohammed.
Berapa lama anda terlibat dalam perdagangan Forex?
Saya telah berdagang lebih dari 5 tahun.
Bagaimana anda terlibat dalam perdagangan Forex?
Saya mula berdagang saham dan option. Selepas 2 tahun, saya membangunkan strategi berasaskan non-directional volatility yang lebih sesuai untuk Forex.
Apakah gaya perdagangan anda?
Saya berdagang dengan kombinasi gaya dan strategi mid-term swings, short-term scalps, quant, fundamental & technical analysis dan non-directional volatility.
Adakah anda mengamalkan pengurusan risiko?
Pengurusan risiko adalah penting untuk berjaya. Pengurusan risiko yang teruk akan merosakkan prestasi anda walaupun anda menggunakan strategi terbaik. Manakala pengurusan risiko yang bagus boleh mengubah strategi biasa menjadi luar biasa dengan pulangan keuntungan yang mengagumkan. Sekiranya anda tidak belajar untuk menguruskan risiko anda, margin call (MC) akan melakukannya untuk anda.
Apakah tabiat berguna yang pedagang berjaya tumpukan?
Selain dari tabiat baik yang diperlukan untuk berjaya seperti kesabaran, ketekunan dan dedikasi, pedagang juga perlu bangunkan perancangan yang baik dan mindset yang betul. Anda perlu memahami sifat pasaran, kenalpasti kelebihan anda, rekodkan hasil anda dan bina perancangan anda agar anda dapat melaksanakannya tanpa penyimpangan.
Anda juga perlu menerima hakikat bahawa kerugian adalah sebahagian daripada perdagangan. Anda harus yakin dengan kelebihan anda dan melaksanakannya dengan sempurna. Jangan benarkan losing streak mempengaruhi anda, begitu juga dengan winning streak, yang boleh menyebabkan anda bertindak melulu.
Selain dari cuba untuk menang dalam setiap perdagangan, anda juga perlu mencari konsistensi. Kesimpulannya, kenalpasti kelebihan dan kelemahan diri anda dan gunakannya sebagai advantage.
Ceritakan perdagangan terbaik anda, berapa banyak keuntungan yang diperolehi, apakah strategi yang digunakan dan pasangan mata wang apa?
Dagangan terbaik saya adalah GBP/USD sejurus selepas kejatuhan besar yang disebabkan oleh referendum Brexit. Saya mendepositkan jumlah risiko saya ke akaun MT4, dan berdagang secara agresif. Pasaran mengesahkan jangkaan saya dan saya mendapat keuntungan sebanyak 900+% hanya dalam masa 3 hari.
Apakah nasihat yang boleh anda berikan kepada pedagang baru?
- Jangan mencari EA holy grail.
- Belajar tentang kesilapan yang biasa dibuat pedagang baru sekira anda mengabaikannya, anda akan melalui jalan-jalan yang lebih sukar.
- Hanya risikokan wang yang anda mampu rugi.
- Berdagang di akaun sebenar walaupun dengan modal yang kecil lebih baik dari akaun demo.
- Cuba cari kelebihan yang boleh memberi manfaat dan sesuai dengan anda secara peribadi.
- Bangunkan mindset anda, ia lebih penting daripada strategi anda.
- Jangan fokus untuk menang setiap dagangan, fokus pada konsistensi.
- Berdagang seperti berniaga.
- Cuba dapatkan mentor yang baik yang dapat mempercepatkan keluk pembelajaran anda.
Apakah kriteria utama yang anda akan lihat sebelum memilih broker?
Peraturan, pelaksanaan, kecekapan kosm spread, fleksibiliti, perkhidmatan pelanggan, kepantasan deposit dan pengeluaran, transparency, dan kestabilan.
Di bawah merupakan statement akaun milik beliau.
No comments:
Post a Comment