Permintaan Terhadap Cryptocurrency Menurun Di Jepun - Market Demon

Saturday, November 17, 2018

Permintaan Terhadap Cryptocurrency Menurun Di Jepun



Bilangan pertanyaan mengenai cryptocurrency dari pelabur Jepun mula menunjukkan penurunan pada suku ketiga 2018, menurut laporan yang dikeluarkan oleh Agensi Perkhidmatan Kewangan Jepun(FSA)

FSA, yang mengawasi pasaran crypto negara Jepun telah menerbitkan data mengenai pertanyaan mengenai cryptocurrency dari suku ke akhir September 2018. Hasil yang diterima sebanyak 1,231 permintaan dan ini merupakan penurunan sedikit berbanding 1,602 pada Q2 2018.

Mengikut FSA sebanyak 34 peratus daripada pertanyaan itu (418 kes) adalah berkaitan dengan soalan umum, dan 32 peratus (398 kes) adalah mengenai hasil transaksi dan kontrak individu. Manakala 34 peratus lagi kes tidak dinyatakan secara spesifik dalam data yang diterbitkan.

Mengikut data baru-baru ini dari FSA, minat dalam cryptocurrency telah menurun secara perlahan sepanjang tahun. Fintech juga mencatatkan bahawa pada awal tahun 2018, Jepun menyaksikan peningkatan dalam pertanyaan crypto, dengan  mencatatkan kira-kira 3,559 permintaan.

Kemudian pada bulan Oktober, FSA memberikan status self-regulatory kepada JVCEA yang membenarkannya untuk menetapkan peraturan bagi melindungi aset pengguna, dasar anti pencucian wang (AML), dan memberikan garis panduan kerja dalam pertukaran crypto.

Mahu memberi sumbangan atau terlibat dalam komuniti Market Demon?

http://www.market-demon.com/p/crowdfunding-independent-freelance.html

No comments: