Harga Bitcoin dimanipulasi? - Market Demon

Thursday, June 7, 2018

Harga Bitcoin dimanipulasi?




Salam semua dan selamat pagi, harapnya semua orang puasa penuh okay?

So, penulis kali ini nak kongsikan satu pendapat yang penulis terjumpa dalam satu forum tentang harga analisis harga bitcoin semasa bull run dan semasa bear run. Pendapat beliau ini amat menarik kerana beliau hanya perlukan psikologi manusia untuk meramal harga bitcoin. Jadi mari kita lihat bagaimana beliau kongsikan pendapat yang ramai orang tidak suka kenyataan ini.

Penafian: Ini bukan nasihat atau tips trading ya. Sekadar perkongsian maklumat dan harapnya sama-sama kita manfaat ilmu ini.


Anda hadamkan dulu gambar ini dan cuba fahamkan apa yang sedang berlaku untuk setiap bulan.


Pertama sekali, beliau mengeluarkan pendapat selepas 2 bulan beliau ramalkan. Bukan apa, katanya ketika itu kebanyakan pedagang crypto sangat optimistik tentang harga bitcoin yang tidak akan jatuh. Bak kata a wise man, "Yang naik pasti akan turun dan sebaliknya". Tidak ada ekonomi di dunia ini yang stagnant sepanjang masa. Selepas 2 bulan, barulah kebanyakan orang dapat menjadi lebih realistik tentang keadaaan semasa di mana mereka dapat menerima hakikat bitcoin telah dalam fasa bearish (menurun)

Beliau sudah menjadi pedagang sejak tahun 2000 ketika zaman internet bubble. Kata beliau, keadaan internet bubble dan juga crypto bitcoin ini sangat serupa untuk pedagang amatur kerana mereka sangkakan harga kedua-duanya tidak akan turun. Seperti yang disebut dalam teori "Castle In The Air".
Castle in the air : Ilustrasi oleh Scott Jones

Kemudian beliau berkata lagi, "Mungkin teknologi blockchain akan mengubah hidup anda untuk 1000 tahun akan datang. Mungkin. Bitconnect hampir memberikan janji itu kepada semua, dan ianya hampir berjaya ;P. Tetapi, Bitcoin Cash atau BCH yang akan menerajui cryptocurrency. Ia akan menjadi lebih besar daripada BTC!"

"Kenapa BCH akan berjaya? Kerana ramai orang terkenal dan BCH whale yang mempromosikan BCH secara besar-besaran. Harganya pasti tidak akan jatuh dan mereka akan terus berjaya dalam pasaran!"

Katanya lagi, "Sudah tentu tidak! Yang memberikan kecairan dalam pasaran crypto ini adalah anda semua! Anda yang tergolong dalam orang kebanyakan ini yang memberi ruang untuk mereka menjual BCH kepada anda ketika anda beli pada harga All-Time-High. Buy high Sell Low? Cerita dongeng BCH ialah antara cerita yang anda tidak perlukan fundamental research tetapi hanya dengan melihat dari segi objektif. Harga BCH telah beberapa kali melalui fasa Pump-And-Dump, memberi impresi dimana sesiapa yang menjual BTC pada ATH dan membeli BCH pada harga rendah, akan cuba meyakinkan anda bahawa BCH akan menjadi raja crypto. Cerita BCH ini memberikan gambaran pasaran crypto sangat keji dan jijik sekali kepada semua pedagang amatur yang tidak mengambil tahu tentang fakta dan keadaan sekeliling. Hanya menurut hawa nafsu cepat kaya sahaja"

Penulis sangat tertarik dengan kenyataan ini. Kita lihat dimana group-group crypto Malaysia dalam channel telegram dan juga whatsapp, banyak yang dah diam seribu bahasa sekarang. Kerana mereka tidak nampak akan bear yang sedang menanti pada penghujung bulan Disember tahun lepas. Ramai orang hanya nakkan pulangan wang yang banyak dalam masa singkat tetapi tidak melihat situasi secara Big Picture. Setiap perkara saling berkait rapat dan anda perlukan masa untuk belajar semua itu. Ingat tiada jalan mudah untuk berjaya dan menjadi kaya. Work hard pays off.



Kita sambung lagi ya. Beliau berkata lagi "Saya sangat berpandangan bearish terhadap bitcoin sejak awal lagi lebih-lebih lagi ketika harga bitcoin menceceah $8000 pada November. Kemudian saya telah nampak kerana sudah terang lagi bersuluh bagaimana market bitcoin ini berfungsi. Pasaran akan terus menjadi sebuah pasaran dan ia akan terus lakukan apa yang ia biasa lakukan. Harga pada masa itu hanya terus pump ke ATH yang baru selepas beberapa siri dumping. Ia memberi gambaran bahawa harga bitcoin tidak akan turun jadi pelaburan anda akan kekal selamat jika anda melabur pada ATH dan anda masih boleh buat untung. Keadaan ini sangat serupa pada Internet Bubble 20 tahun yang lalu."

"Anda tahu mengapa saya dapat lihat terdapat satu fat bull trap pada harga $11500?. Saya bukan genius tetapi saya hanya mengagak melalui common sense tanpa bantuan Technical Analysis (TA). Saya telah cakap banyak kali, apa sebab yang akan menolak harga menjadi lebih tinggi sekali lagi? Anda lihat sendiri sekeliling anda ketika ATH dan juga ketika harga jatuh mendadak kepada $6000. Bagaimana perasaan dan keadaan kebanyakan orang pada bulan-bulan ini? Satu dunia bercakap tentang bitcoin dan cryptocurency pada bulan Januari, tetapi adakah anda dengar bunyi yang sama semasa crash $6000 berlaku? Adakah anda mendengar apa-apa yang mengatakan mereka ingin melabur lagi pada harga $11500? Saya tahu dan kenal ramai orang yang masuk ketika ATH dan kecewa selepas crash itu berlaku. Mereka sangat jelek dengan pasaran crypto dan berkata 'aku tidak akan letakkan satu sen pun selepas ini. Aku akan terus berpegang pada apa yang ada sahaja dan berharap ia akan berubah pada masa akan datang'. Adakah situasi ini sama di sekeliling anda?"

"Ingatkah anda ketika semua orang bergembira yang Chicago Mercantile Exchange (CME) akan memulakan pelaburan bitcoin futures? Saya mengingatkan ramai orang bahawa ia adalah perkara terburuk yang boleh berlaku untuk pasaran crypto. Adakah itu hanya satu kebetulan? Mungkin ya tetapi saya pasti ia bukan. Mungkin big money ini adalah daripada pemain pasaran professional atau big player, bank-bank besar, dan juga Soros. Disebabkan berita tentang CME itu berlegar dan terus dipercakapkan, ianya adalah bagus bukan? Adakah anda pasti big player akan beli ketika ATH? Adakah mereka sebodoh itu? Pada anda harga mungkin kelihatan rendah tetapi jika anda zoom out, ia masih berada pada ATH."




Beliau berkata lagi "Saya hanya mampu melihat 2 keadaan disini untuk wang institusi masuk ke dalam pasaran. Mereka telah mula masuk pada harga $6000 atau mereka masih menunggu peluang untuk masuk. Big players akan menggunakan kedua-dua belah dalam pasaran. Buyer dan Seller. Jika mereka inginkan harga sesuatu itu pada harga rendah, mereka akan short position mereka untuk menolak harga jatuh lebih ke bawah kerana pedagang amatur akan turut sama menjual aset mereka (Panic Selling) dan kemudian big player akan membeli dalam jumlah yang banyak. Bukan kerana mereka suka akan perbuatan itu tetapi mereka perlu lakukanya kerana buying power mereka terlalu besar untuk lakukannya secara sekali gus."

Penulis juga tertarik tentang bagaimana cara beliau terangkan fasa-fasa pasaran secara ringkas. Beliau telah menerangkan bagaimana Dow Jones Theory berfungsi. Big player akan memanipulasi harga sebagaimana mereke kehendaki. Anda sebagai ikan bilis akan terus dilanyak dan dipijak jika anda tidak mengambil inisiatif untuk menjadi dan berfikir seperti seorang big player. Penulis galakkan anda baca tentang Dow Jones Theory disini.

Dan sebagai penjelasan terakhir penulis rasa ia patut dikongsikan juga untuk semua pembaca tentang psaran crypto ini. Pesanan daripada 'beliau'.

"Saya terangkan banyak kali kepada semua untuk jangan percaya kepada sesiapa sahaja yang mempunyai agenda mereka tersendiri. Maksud saya, sebagai contoh, jika seseorang itu mempunyai banyak BCH dan terus memberitahu dunia bahawa BTC adalah sampah dan belilah BCH, jangan percaya mamat itu. 99% mereka hanya mahukan kekayaan bagi mereka sendiri sahaja. Mereka bercakap seperti itu kerana agenda mereka yang inginkan lebih banyak wang. Kenapa? Kerana mereka boleh. Simple"

Penulis percaya tiada istilah senang menjadi kaya melainkan Tuhan itu inginkan anda menjadi kaya sekelip mata dengan 'Kun Fayakun'. Anda perlu belajar dan timba ilmu dalam pasaran atas inisiatif sendiri. Jangan percaya walau rakan karib anda apabila mereka katakan harga coin itu boleh mencecah setinggi itu setinggi ini. Anda bertanggunjawab atas pelaburan anda jadi anda harus bertanggunjawab juga untuk ilmu yang anda belajar. Jangan berharap pada orang lain, dan percaya pada diri sendiri. Pasaran crypto ini sangat mencabar kerana tiada revenue atau nilai intrisik yang disandarkan, hanya berdasarkan expectations dan harapan. Banyak kesalahan pemain crypto boleh disenaraikan. Anda boleh baca disini : Kesalahan pemain crypto

Satu lagi perkara beliau ingatkan bahawa kecairan untuk pasaran crypto sangat rendah dimana walaupun satu coin itu mempunyai jumlah market cap beberapa billion, harganya boleh ditolak naik 2% hanya dengan buy order berharga $50K. Jadi ia sangat terdedah kepada skim pump and dump. Anda boleh baca tentang Pump-and-Dump disini. Kalau anda masih dengan perangai amatur, anda akan terus membeli di ATH dan sell di low. Beliau menegaskan bahawa beliau bukan disini untuk mengejek pasaran crypto tetapi hanya kongsikan bagaimana pasaran berfungsi secara umum dan bagaimana amatur akan terus kehilangan duit.