Zclassic (ZCL): Apa Yang Anda Perlu Tahu? - Market Demon

Sunday, April 22, 2018

Zclassic (ZCL): Apa Yang Anda Perlu Tahu?


Terdapat banyak major conferences yang akan datang, menjadi tanda yang sangat positif. Minggu ini terdapat beberapa cryptocurrency yang boleh menghasilkan pulangan yang signifikan dalam masa terdekat. Antaranya Zclassic.

Keadaan Pasaran Semasa
Harga Bitcoin masih turun lebih 50% sejak all-time high pada pertengahan Disember 2017. Walau bagaimanapun, dengan sentimen pasaran yang baru sahaja berubah dan Bitcoin telah meningkat lebih 25%. Dengan peningkatan nilai Bitcoin, majoriti altcoin akan menerima kesan yang sama.

Crypto traders sentiasa mencari "next best thing" dengan menganalisis peristiwa dan kalendar masa depan, seorang trader yang peka dapat melihat momen yang benar-benar sesuai untuk "accumulate" coin tertentu.

Dengan begitu banyak coin yang masih jatuh lebih daripada 50% dari all-time high, pasaran kelihatan begitu mengghairahkan untuk "shopping." Mencari coin yang dapat mengalahkan pulangan purata pasaran harus menjadi matlamat mana-mana traders. Minggu ini, terdapat banyak cryptocurrency yang berada di low entry points dengan kemungkinan akan memberi pulangan beratus-ratus percent. 

Zclassic (ZCL) : Apa Yang Anda Perlu Tahu?


Zclassic adalah cryptocurrency yang telah jatuh lebih dari 95% sejak all-time high. Walau bagaimanapun, ada sebab mengapa ia begitu menarik. Zclassic adalah coin yang telah digunakan untuk "fork." Kejatuhan nilai Zclassic adalah kerana BTCP forking. Zclassic telah "meroket" dari harga $5 pada bulan Disember 2017 kepada lebih daripada $220 ketika fork berlaku pada bulan Februari. Harga BTCP kini bernilai lebih daripada $36. Peraturan penting dalam cryptocurrency adalah utiliti yang meningkatkan nilai. Apabila Zclassic menjadi sebahagian daripada projek yang melibatkan "fork" nilainya meningkat secara dramatik.

Kebanyakan pakar dalam beberapa minggu kebelakangan ini telah memberi bayangan bahawa satu pasukan akan mengambil alih projek utama Zclassic. Secara spekulasi, sekiranya projek-projek ini boleh dimuktamadkan, nilai Zclassic dijangka akan meningkat dengan mendadak. Zclassic kini berharga $6.65, dengan market cap 23.5 juta. 

ZCL/USD


Penafian : Ini bukan nasihat pelaburan atau "buy call." Segala yang terkandung dalam artikel ini adalah bertujuan untuk perkongsian maklumat. Trading boleh menyebabkan kerugian. Kami tidak bertanggungjawab bagi sebarang kerugian yang mungkin anda alami. Pembaca disarankan menjalankan kajian yang lebih terperinci sebelum membuat sebarang kesimpulan berdasarkan maklumat-maklumat yang disediakan di sini.