Pihak berkuasa Rusia menyekat Telegram disebabkan mereka tidak dapat "mengawal" cryptocurrency barunya, menyamakannya dengan skim Ponzi Mavrodi Mondial Moneybox (MMM). Berdasarkan surat bertarikh 18 April yang ditulis oleh Roman Antipkin, pegawai perkhidmatan keselamatan FBS, CEO Telegram, Pavel Durov telah memutuskan untuk menjadi Sergey Mavrodi yang baru.
Nama Mavrodi terkenal sebagai julukan kepada skim ponzi yang berasal dari Rusia sekitar tahun 1997. Selepas menjalani hukuman penjara selama beberapa tahun, Mavrodi hilang, sebelum muncul semula di Afrika untuk meneruskan skim MMM. Untuk rekod, ICO TON yang dilancarkan Telegram berjaya mengutip dana sekitar $1.8 bilion pada peringkat pra-jualan. Tulis Antipkin yang dipetik oleh RBC, sebuah akhbar Rusia :
Isunya tidak sama sekali seperti yang anda fikirkan, Isu ini bukan mengenai keganasan. Pasha (Pavel) Durov telah memutuskan untuk menjadi Mavrodi yang baru,
Menerbitkan crypto sendiri (Pavel Durov), kita di Rusia berakhir dengan sistem kewangan yang tidak terkawal. Ini adalah ancaman kepada keselamatan negara. Semua perdagangan dadah, wang haram dan penjualan organ akan menggunakan crypto Pasha, dan dia hanya akan berkata bukan kesalahan saya, pengganas yang menggunakannya.
Sejak Telegram disekat, masih ramai pengguna Rusia yang dapat mengakses messenger itu dengan bebas, sementara yang lain melakukannya dengan proxy server atau VPN. Pengawal selia komunikasi, Roskomnadzor, telah menyekat lebih dari 16 juta alamat IP, termasuk yang menggunakan apps 'kosher' seperti Viber dan lain-lain.
Dalam mesej sebelum ini, Durov mengesahkan beliau telah mula memberi berjuta-juta dolar dalam dana Bitcoin peribadi kepada developers yang terlibat dalam mencipta teknik baru untuk memintas penapisan Telegram.