Bitcoin Block Generation |
Ethereum Block Generation |
Litecoin Block Generation |
Dash Block Generation |
Kawasan hijau adalah jumlah block yang ditambah dalam rantaian (chain) setiap hari. Manakala garisan biru adalah tempoh masa berlalu antara penjanaan block. Matlamat semua miners dalam menyumbang computing power mereka adalah untuk mendapatkan block reward. Block reward berlaku setiap kali block dijana. Di atas, kita dapat fahami betapa kerapnya ia terjadi dalam pelbagai rangkaian (network).
Tahap kesukaran (difficulty level) juga memainkan peranan di sini. Difficulty level biasanya akan diselaraskan selepas tempoh masa tertentu berdasarkan jumlah hashing power, dalam kes Bitcoin, setiap 2,016 block atau kira-kira dua minggu.
Setiap kali block baru dihasilkan, beberapa perkara berlaku.
Transaksi dalam rangkaian sentiasa disampaikan ke nodes, kerana pengguna yang melakukannya. Walau bagaimanapun, transaksi ini tidak akan "confirmed" sehingga miners mengambilnya untuk dimasukkan ke dalam block yang baru dihasilkan. Selagi transaksi itu belum "confirmed," maka ia akan berada dalam status "pending," di "holding area" yang dipanggil "mempool."
Miners memilih transaksi biasanya bergantung pada kadar yuran yang ditetapkan dan dibayar oleh pengguna. Tetapi, kebanyakan block reward tidak datang dari yuran transaksi, ia datang dari coins yang baru dijana.
Proses penjanaan block biasanya seperti ini :
Pengguna melakukan transaksi, maklumat transaksi itu akan berada di mempool. Miner akan mencipta block baru, dan meletakkan transaksi tadi di dalamnya. Dalam masa yang sama, miners melaksanakan proses mining iaitu proses menyelesaikan masalah matematik atau "hashing algorithms." Semua transaksi yang termasuk dalam "winning block" akan disahkan dengan 1 "confirmation" oleh semua nodes. Proses ini akan berulang dan lebih banyak block dihasilkan untuk membentuk "blockchain."