Bank Dan Industri Crypto di Asia - Market Demon

Sunday, April 22, 2018

Bank Dan Industri Crypto di Asia


Walaupun harga Bitcoin global yang merosot nilainya pada tahun 2017, namun institusi kewangan masih di dalam fasa untuk menambah nilai operasi dalam pasaran crypto.

Penyebab utama adalah di mana kerajaan dan bank telah menahan perkembangan pasaran digital pada masa itu kerana pada masa itu crypto masih kurang dari segi ketelusan dan kawalan yang mereka miliki dalam pertukaran. Banyak inisiatif penyelidikan telah dilancarkan oleh para pemimpin dunia kerana kemampuan teknologi ini dan sekarang dalam peringkat untuk menggunakan teknologi ini di dalam sistem perbankan dan di dalam industri. Sementara itu, pada masa kini setiap pegawai kerajaan dan kewangan sedang bergelut mempelajari teknologi baru.

Apa yang menjadi kebimbangan terbesar tentang matawang digital ini dari bank global adalah tanggungan hutang daripada pelanggan yang tidak mempunyai perlindungan daripada turun naik pasaran dan risiko keselamatan yang berkaitan dengan pertukaran yang tidak terkawal, seperti memberi dana untuk tujuan keganasan, operasi penipuan, pengubahan wang haram dan jenayah kewangan yang lain.

Pemerhati pasaran pula menyifatkan turun naik yang teruk dalam harga pasaran crypto adalah dari  sekatan oleh badan-badan pentadbir. Kerajaan dan eksekutif perbankan pula sekarang ini telah memanfaatkan keperluan undang-undang Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) dan "Kenali Pelanggan" (KYC) serta peraturan lain yang sedia ada, bagi mendapatkan lebih banyak kawalan dan ketelusan dalam urus niaga dalam pasaran kewangan.

Berbeza pula dengan menyekat pertukaran crypto, institusi kewangan telah mengguna potensi revolusi blockchain ini. Lebih daripada 90 bank pusat di seluruh dunia sudah mula terlibat dalam penyelidikan dan pembangunan teknologi ini. Pelbagai platform telah dipilih oleh bank dalam usaha untuk menjadikan operasi lebih selamat dan cekap. Rangkaian blokchain dapat menghapuskan kos struktur kewangan yang tinggi, memberikan ledger bersama yang akan meminimumkan risiko bank, dan memperkuat lagi peraturan aktiviti perbankan.

Pihak berkuasa cukai, sekuriti dan agensi pertukaran, pemiutang, dan kerajaan negara semua mempunyai kepentingan dalam pasaran crypto ini, sama ada secara langsung atau tidak. Oleh itu, para pemimpin dari setiap sektor telah membuat usaha bersepadu untuk mengawal industri baru, dan telah menjanjikan strategi yang berpandangan ke hadapan dan berpengetahuan untuk membangunkan peraturan-peraturan ketika pasaran crypto ini sedang berkembang.

Peranan institusi kewangan dalam pasaran teknologi ini masih belum ditentukan, tetapi kajian hubungan evolusi antara kedua-dua dapat memberi gambaran tentang apa yang diharapkan untuk masa depan dalam perbankan dan fintech.