Ramalan Harga Bitcoin & Pasaran Cryptocurrency Oleh Saxo Bank - Market Demon

Sunday, April 22, 2018

Ramalan Harga Bitcoin & Pasaran Cryptocurrency Oleh Saxo Bank


Penganalisis Saxo Bank, Jacob Pouncey, berpendapat Q2 2018 (April-Jun 2018) akan menjadi batu loncatan untuk pasaran cryptocurrency. Institusi kewangan yang terkenal dengan pendirian pro-Bitcoin itu berkata, ketidaktentuan politik global, pengetatan akses kredit dan ketidakstabilan komoditi akan melihat semua wang baru mencurah ke dalam pasaran crypto.

Walau bagaimanapun, kemungkinan pengetatan peraturan akan membawa kepada penurunan jangka pendek pasaran crypto, jualan besar-besaran seperti yang dilakukan Mt. Gox juga boleh menyebabkan harga ditekan lebih rendah. Beberapa peristiwa boleh berfungsi sebagai springboards untuk bull market cryptocurrency pada Q2 2018, sama ada melalui fundamental, atau self-fulfilling prophecy.

Saxobank turut meramalkan harga Bitcoin akan mencecah sehingga $100,000 menjelang akhir tahun ini. Kitaran sideway semasa akan membuka jalan untuk optimis. Apa pendapat anda mengenai ramalan harga Bitcoin & pasaran cryptocurrency oleh Saxobank?