Apa Itu Hedge Funds?
Hedge funds adalah pelaburan alternatif menggunakan dana terkumpul untuk mendapatkan pulangan aktif untuk pelabur mereka. Penggunaan hedge funds dalam portfolio kewangan peribadi telah berkembang secara dramatik sejak awal abad ke-21. Hedge funds pada dasarnya merupakan kerjasama pelaburan yang mengumpulkan wang pelabur dalam satu dana. Tujuan utama hedge funds adalah untuk memaksimakan pulangan dan mengurangkan risiko. Hedge funds dianggap lebih agresif, berisiko dan eksklusif berbanding mutual funds.
Apa Nasib Hedge Fund Tahun Ini?
Tahun lepas menyaksikan kewujudan besar-besaran crypto hedge funds sementara pada tahun 2018 beberapa daripadanya telah ditutup atau gagal. Pada awal bulan ini, Bloomberg melaporkan bahawa 9 cryptocurrency hedge funds telah ditutup tahun ini, dengan hanya 2 daripada 24 top hedge fund meraih keuntungan pada Q1 2018. Terdapat lebih daripada 167 crypto hedge fund telah dibuka pada tahun 2017.
9 daripada crypto hedge fund telah ditutup dan banyak crypto hedge funds yang lain dirancang tidak akan beroperasi pada tahun ini. Apabila pulangan sekitar ribuan dolar, melabur dalam crypto hedge funds kelihatan tidak masuk akal. Pada tahun ini, timbul keraguan mengenai kemampanan pulangan pelaburan, dan ditambah dengan yuran yang tinggi, yuran pengurusan tahunan sebanyak 2% dan potongan keuntungan sebanyak 20%, ramai yang memilih untuk menguruskan sendiri dana mereka.
Salah satu crypto hedge fund yang terpukul menurut Forbes, Alpha Protocol, hanya kira-kira 2% ahli strategi yang dapat menghasilkan keuntungan yang konsisten. Pelabur crypto merasakan mereka boleh menghasilkan keuntungan yang sama seperti hedge fund sekiranya mereka mempunyai high-quality tools. Mereka menyimpang dari nasihat dan ramalan, dan melihat analitik, signal, dan petunjuk dari hard data dan machine learning, kaedah yang digunakan crypto hedge funds.
Reuters melaporkan bahawa kebanyakan keuntungan pada tahun 2017 hasil dari pelaburan jangka panjang, tetapi crypto hedge funds seperti Bitspread dan Pantera Capital dapat melindungi dana mereka semasa bear market Bitcoin, malah dapat menghasilkan keuntungan dari pelbagai strategi. Peluang sangat menarik, terutamanya jika anda mempunyai pasukan yang hebat dalam crypto, quantitative trading, dan machine learning. Anda boleh melakukan arbitraj, long atau short, dsb. Tahun ini menyaksikan penurunan jumlah crypto hedge funds, tetapi sangat menarik untuk melihat strategi yang berkembang melibatkan pelabur individu dan hedge funds yang berusaha untuk mengalahkan pasaran.
Baca juga : Ramalan Harga Bitcoin & Pasaran Cryptocurrency