Isu cryptocurrency banyak dibahaskan di kalangan bank pusat dan kerajaan pada hari ini. Banyak bank pusat telah memberi gambaran menggunakan cryptocurrency untuk mencapai beberapa matlamat termasuk merendahkan kos urus niaga, meningkatkan keselamatan urus niaga, dan perbankan tanpa bank.
Bagi kebanyakan kerajaan, isu-isu termasuk sama ada menghalalkan cryptocurrency atau tidak dan bagaimana atau bila untuk melaksanakannya terbantut oleh masalah mentakrifkan cryptocurrency, sama ada sebagai aset atau sebaliknya.
Beberapa negara termasuk Palestin, Ecuador, China, Rusia dan Singapura memilih untuk memiliki cryptocurrencies mereka sendiri. Jom, kita lihat projek national cryptocurrency yang sedang berjalan, ada yang telah gagal dan ada yang sedang dirancang.
Portugal : CryptoEscudo (CESC)
Portugal memiliki national cryptocurrency sendiri dengan nama CryptoEscudo (CESC). Portugal telah menyerahkan 15 CESC secara percuma kepada warganegaranya pada 25 April 2014, sempena Freedom Day negara itu.
Developers menetapkan sasaran 1 CESC bersamaan €1,000 dalam masa 5 hingga 25 tahun selepas coin itu dilancarkan. Ia mempunyai wallet. Setiap block dicipta setiap 2 minit, 600 coins setiap block pada tahun pertama dan dikurangkan sebanyak 100 coins setiap tahun selepas 4 tahun. CryptoEscudo menggunakan algoritma Proof-of-Work (PoW) pada bulan pertama. Walau bagaimanapun, CryptoEscudo tidak dikawal oleh kerajaan, bank, atau syarikat.
Deutsche : eMark (DEM)
Deutsche melancarkan national cryptocurrency dan menjadi yang pertama untuk kerajaan-kerajaan di dunia, e-Mark (DEM), pada 15 Oktober 2013. Ia masih beroperasi sehingga hari ini.
Mata wang digital peer-to-peer sumber terbuka hanya memerlukan eMark Wallet dan ia membantu dengan bayaran urus niaga yang rendah. eMark menggunakan Proof-of-Work Sha-256 dan ia tidak ubah seperti Bitcoin (BTC). Coin eMark boleh dilombong dengan menggunakan ASICs BTC.
Oleh itu, pengguna boleh memindahkan coin dari Jerman ke mana-mana negara, tiada butiran peribadi diperlukan untuk menggunakan eMark. Sebanyak 20 bilion coin PoW dibekalkan sehingga tahun 2051, 50 tahun selepas eMark dicipta. Block eMark terbentuk setiap 2 minit.
Iceland : Auroracoin (AUR)
Iceland mempunyai Auroracoin (AUR), projek ini masih beroperasi. Tahukah anda, pada tahun 2014 Auroracoin menjadi cryptocurrency ke-3 terbesar di yang dunia. Ia telah dipindahkan ke DigiByte codebase, multi-algorthmic codebase yang mempunyai 5 algoritma. Untuk pengetahuan pembaca, Scrypt hanya memiliki satu algoritma.
Auroracoin dipindahkan ke DigiByte codebase pada tahun lepas untuk mrningkatkan Asic-resistance, menjadikannya sesuai untuk dilombong (mining) menggunakan CPU dan GPU, ia juga meningkatkan lagi decentralization, keselamatan dan kebolehpercayaan. Jumlah coin yang tersedia semasa dilancarkan bersamaan 10.5 juta. Ketika artikel ini ditulis, nilai 1 Auroracoin (AUR) bersamaan $1.28.
Spain : Pesetacoin (PTC) & SpainCoin (SPA)
Pesetacoin (PTC) dicipta untuk membantu menyelesaikan krisis hutang kerana tidak dikawal oleh bank dan kerajaan dan akan membantu mengubah sistem kewangan. Akan ada sebanyak 166,386,000 PTC secara keseluruhannya, di mana 0.016% dijadikan pre-mined untuk tujuan pembangunan dan donation. Satu block dibentuk selang 1 minit. Wallet Pesetacoin boleh digunakan pada Windows, iOS dan Linux. Terdapat juga Electrum Pesetacoin dan online wallet.
Cryptocurrency yang satu lagi, cryptocoin peer-to-peer SpainCoin (SPA) dilancarkan pada 12 Mac dan menjadikan Sepanyol negara terbesar yang memiliki national cryptocurrency sendiri. Mereka sebenarnya didorong oleh masalah hutang dan salah urus tadbir kerajaan semasa kemerosotan ekonomi. Developers merancang untuk memberikan 50% kepada orang ramai yang tidak tahu apa-apa mengenai cryptocurrency. 50,000 orang pertama menerima 100 SPA masing-masing. 50,000 orang seterusnya menerima 50 SPA, sehingga 7 juta yang terakhir akan menerima hanya 1 SPA.
Greece : Greececoin
GreeceCoin, cryptocurrency untuk Greece, dilancarkan pada 15 Mac 2014 yang menyasarkan rakyat dan ahli perniagaan di negara itu. Walaupun projek ini merupakan cryptocurrency sumber terbuka peer-to-peer, nampaknya ia telah hilang. GreeceCoin diwujudkan untuk mengurangkan masalah yang timbul disebabkan kemelesetan global pada tahun 2008. Greece menjadi negara yang paling teruk terjejas. Mereka mengalami defisit struktur yang tinggi.
Scotland : Scotcoin
Cryptocurrency Scotcoin dicipta oleh Derek Nisbet yang mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam dunia kewangan dan teknologi. Cryptocurrency ini akan memberikan alternatif kepada pound Sterling (GBP) untuk kedua-dua individu dan perniagaan. Sasarannya adalah untuk membekalkan 1 bilion Scotcoins, 98 juta akan menjadi pre-mined coins.
Scotcoin masih beroperasi hari ini, memudahkan pembayaran barangan dan perkhidmatan (bukan sahaja di Scotland tetapi boleh digunakan di seluruh dunia) dan menghantar wang secara peer-to-peer. Scotcoin meletakkan sasaran untuk menjadi wang kegunaan harian seperti membayar makan, membeli tiket, atau menempah tempat percutian.
Scotcoin boleh dibeli dari Counterparty Decentralized Exchange (DEx) atau terus dari laman web mereka. Wallet Scotcoin boleh digunakan di smartphone, tablet atau peranti desktop. Nisbet tidak merancang untuk mempromosikan Scotcoin di mana-mana exchange atau membangunkan sebarang perkhidmatan.
Cyprus : Aphroditecoin
Cyprus melancarkan Aphroditecoin rentetan krisis perbankan pada awal tahun 2013 yang menyaksikan nilai Bitcoin naik sehingga $266 pada April 2013. Krisis ini mengakibatkan runtuhnya ekonomi dan Cyprus hampir menjadi bankrap sehingga memerlukan bantuan dari pemerintah Eropah dan European Central Bank (ECB). Impak yang lebih mendalam telah dirasai selepas 10% daripada simpanan bank Cyprus telah dilupuskan. Semua ini memberi motivasi buat kerajaan Cyprus melaksanakan projek cryptocurrency.
Ireland : IrishCoin
Ireland mempunyai cryptocurrency sendiri yang dipanggil IrishCoin. IrishCoin direka khusus untuk sektor pelancongan yang bernilai $3 bilion setahun. Ia dilancarkan pada 17 Mei 2014. IrishCoin boleh berfungsi di Windows, iOS dan Mac.
Rusia : CryptoRuble
Rusia merancang mengeluarkan national cryptocurrency yang dipanggil CryptoRuble. CryptoRuble akan dikawal oleh pihak berkuasa Rusia dan cukai levi sebanyak 13% dikenakan sekiranya pemilik tidak dapat menjelaskan dari mana CryptoRuble itu berasal. Traders juga dikenakan bayaran cukai 13% ke atas keuntungan yang dibuat dari aktiviti jual beli. Menteri Komunikasi Rusia, Nikolay Nikiforov mengesahkan laporan mengenai CryptoRuble pada bulan Oktober tahun lepas.
Lakota : Mazacoin (MZC)
Mazacoin adalah cryptocurrency yang direka untuk digunakan oleh Lakota. Ia tidak diwujudkan untuk digunakan oleh negara lain. Tujuannya untuk menunjukkan autonomi fiskal yang lebih besar bagi masyarakat asli Amerika. Mazacoin boleh didagangkan dengan Bitcoin, Litecoin dan Dogecoin. Ia juga digunakan untuk memproses pembayaran dan untuk perkhidmatan lain. Pre-mined Mazacoin akan digunakan sebagai rizab untuk menstabilkan harga atau menjadi trust fund suku mereka. Coin ini juga disokong oleh syarikat pengurusan aset, Kimitsu Asset Management.
Sweden : eKrona (KRN)
Sweden, yang menerajui pasaran dalam pasaran Bitcoin global, masih merancang dan menguji mata wang eKrona (KRN). eKrona mendapat nama sempena nama unit mata wang tradisional Norway, Sweden dan Denmark, yang merupakan negara paling maju di Eropah dan menjadi tempat terbaik untuk bekerja dan hidup mengikut tinjauan global. eKrona boleh digunakan oleh sesiapa sahaja di seluruh dunia. Bank pusat Sweden berkata, cryptocurrency dapat mengurangkan kerentanan masyarakat dalam pasaran pembayaran yang dikuasai secara eksklusif oleh pihak swasta.
China
Secara umumnya, negara China sangat keras terhadap ICOs dan mengetatkan undang-undang ke atas cryptocurrency. Walau bagaimanapun, mereka telah menjalankan ujian prototaip untuk national cryptocurrency.
Pembelian dan pembayaran online sangat diterima oleh masyarakat China, walaupun hanya setin air Coke. Tahun lalu, People's Bank of China (PBOC) berkata mereka akan mewujudkan dan memindahkan cryptocurrency ke komersil bank apabila lebih banyak kecairan diperlukan. Menurut butiran projek itu, pengguna boleh menambah coin mereka dari ATM atau bank dan menyimpannya di dalam wallet crypto pada peranti mereka.
Netherlands : eGulden (EFL)
Netherlands mempunyai cryptocurrency sendiri yang diberi nama eGulden (EFL). Tujuan eGulden diperkenalkan adalah untuk memulihkan ekonomi Euro. Terdapat give away sebanyak 50% daripada jumlah keseluruhan 21 juta coin kepada warga Belanda semasa coin ini dilancarkan pada 30 Mac 2014. eGulden menggunakan protokol Proof-of-Work (PoW). Ia boleh berfungsi di iOS dan Android, begitu juga dengan Windows, Mac dan Linux.
Israel : Isracoin (ISR)
Israel melancarkan Isracoin (ISR) pada 26 Mac 2014 dan melakukan airdrop pada 6 May 2014. Sebanyak 10% dari keseluruhan 4.8 bilion coin adalah pre-mined dan diserahkan kepada penduduk Israel. Walau bagaimanapun, projek Isracoin tidak bertahan lama.
Kyrgyzstan : GoldenRock
Kyrgyzstan merancang untuk mewujudkan national cryptocurrency yang disandarkan pada emas, diberi nama GoldenRock. Ini akan membantu menarik pelaburan swasta. Pemilik GoldenRock akan dapat menukar token mereka dengan logam berharga. Projek GoldenRock diletakkan di bawah syarikat Trade House Kyrgyzstan oleh Perdana Menteri negara itu.
Ecuador : Sistema de Dinero Electronico
Ecuador telah menjalankan national cryptocurrency yang diberi nama Sistema de Dinero Electronico. Mata wang ini dikeluarkan oleh Ecuador's Central Bank (BCE). Penerbitan Sistema de Dinero Electronico diikuti sekatan ke atas Bitcoin dan cryptocurrency lain di negara ini (walaupun Bitcoin masih boleh digunakan di Ecuador). Walau bagaimanapun, perkembangan national cryptocurrency Ecuador ini agak perlahan sejak ia diperkenalkan.
Palestin : Palestinian Pound
Pihak berkuasa monetari Palestin mengumumkan pada Mei tahun lalu bahawa mereka akan melancarkan cryptocurrency sendiri dalam tempoh 5 tahun untuk melindungi negara itu dari gangguan Israel. Pihak berkuasa monetari Palestin tidak mempunyai kawalan ke atas bekalan wang yang digunakan negara mereka. Cryptocurrency yang akan dilancarkan Palestin ini akan diberi nama Palestinian Pound. Ia akan menyelamatkan Palestin dari mencetak wang kerana mereka tidak mempunyai kemudahan pencetakan wang.
Kanada : Maplecoin (MPL)
Maplecoin merupakan national cryptocurrency Kanada. Ia wujud dari fork Litecoin berdasarkan versi Scrypt. Maplecoin direka untuk meniru komoditi logam berharga. Tiada coin pre-mine. Penciptaan block baru adalah setiap 120 saat. Walau bagaimanapun, projek Maplecoin nampaknya tidak berjaya dibangunkan.