Apa itu DAICO?
Ia merupakan satu penambahbaikan kepada model pengumpulan dana ICO yang menggabungkan aspek-aspek tertentu DAO.
Idea ini dicadangkan oleh Vitalik Buterin pada Januari 2018 dan bertujuan untuk menjadikan ICO lebih selamat dengan melibatkan pelabur dalam permulaan proses pembangunan projek. Pemegang token juga berhak (membuat vote) untuk mendapatkan semula dana yang telah disumbangkan sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan pembangunan yang telah dibuat oleh developer.
Untuk projek yang mengguna pakai konsep DAICO ini, ia memupuk sikap kebertanggungjawaban setiap developer dan memberi jaminan kepada pemegang token agar projek yang mereka sumbangkan adalah benar-benar berdaya maju (viable) atau dana-dana mereka akan dikembalikan semula.
Bagaimana DAICO Berfungsi?
Ia bermula sebagai Smart Contract di dalam contribution mode.
Kontrak DAICO mempunyai satu mechanism di mana contributor boleh menghantar dana projek sebagai pertukaran rangkaian untuk token yang tertentu. Apabila tempoh waktu crowdsale berakhir, kontrak akan menyekat sesiapa sahaja daripada untuk contribution.
Terdapat satu variable yang berkuatkuasa, selepas sahaja tempoh contribution berakhir ianya dipanggil variable tap. Di dalam tap ini mengandungi kontrak yang telah diprogramkan untuk menentukan jumlah (sesaat) yang dapat dikeluarkan oleh developer dari dana penjualan token.
Mulanya had ini akan ditetapkan kepada sifar, kemudian contributor boleh melakukan vote pada satu resolusi yang bertujuan untuk meningkatkan tap.
Apakah Elemen Dari DAO Yang Diselaraskan?
Terdapat tiga elemen utama dalam konsep DAO.
1. Jangan sepenuhnya percaya kepada sistem centralized. Setiap keputusan memerlukan penggunaan dana daripada get-go akan ditentukan melalui sistem undian demokratik.
2. Dana tidak boleh dikeluarkan semuanya secara sekaligus, tetapi menguna pakai kaedah pengagihan secara berperingkat.
3. Terdapat peluang untuk mengembalikan dana yang telah disumbangkan. Keputusan ini berdasarkan kepada ‘wisdom of the crowds’ iaitu penyumbang boleh mengundi untuk mendapatkan semula bayaran/dana yang tinggal, sekiranya develepor gagal untuk melaksanakan projek.
Apa Perbezaan Dengan ICO?
Perbezaan utamanya ialah mempunyai akses kepada dana.
Untuk konsep ICO, sebaik sahaja jualan token ini selesai, developer akan mempunyai akses sepenuhnya terhadap semua dana yang telah disumbangkan. Developer perlu menghitung terlebih dahulu berapa banyak jumlah dana yang diperlukan untuk menghasilkan produk yang berdaya maju, dan sebaik sahaja ia mencapai jumlah yang ditentukan ianya dipanggil ‘the soft cap’.
Sebaik 'the soft cap' dicapai, developer boleh memulakan projek mereka dan menggunakan dana tersebut tanpa had. Sebaliknya jika ia tidak mencapai ‘the soft cap’, mereka perlu mengembalikan semula dana itu.
Konsep DAICO pula memberi kuasa kepada penyumbang untuk mengundi atau mengadakan resolusi (semasa proses pembangunan projek) sama ada untuk menggunakan baki dana atau mengembalikan semula baki tersebut (self-destructing the contract).
Apakah Manfaat DAICO?
Seperti sedia maklum, ICO telah menunjukkan beberapa kelemahan dalam melaksanakan sesuatu projek. Oleh itu, DAICO telah mengenalpasti kelemahan tersebut untuk ditambahbaik konsep decentralized crowdfunding bagi menjayakan projek-projek yang berdaya maju. Berikut adalah beberapa potensi manfaat DAICO:
1. Kuasa memilih adalah di tangan penyumbang/pihak pelabur.
2. Pengurusan dana pelaburan yang lebih baik dan boleh menjaga hubungan baik antara pelabur dengan developer.
2. Pengurusan dana pelaburan yang lebih baik dan boleh menjaga hubungan baik antara pelabur dengan developer.
3. Menghapuskan konsep centralization crowdfunding cryptocurrency.
4. Jaminan keselamatan yang lebih baik untuk pemulaan projek (startups) berasaskan blockchain semasa dan selepas crowdfunding.
Jika DAICO boleh membuktikan penyelesaian untuk masalah crowdfunding cryptocurrency menjadi lebih baik, konsep ini akan meningkatkan pembangunan projek cyrptocurrency dan menjaga meningkatkan kepercayaan kepada para pelabur dalam startup berasaskan blockchain.
Apakah Ciri-Ciri Utama DAICO?
The Abyss misalnya adalah platform digital distribution generasi baru berdasarkan ekosistem ganjaran cryptocurrency telah merancang melaksanakan konsep DAICO dalam projek mereka:
1. Resolusi untuk mengundi penggunaan baki dana hanya boleh dilakukan oleh developer.
2. Terdapat had limit peratusan penggunaan baki dana bagi setiap peringkat pelaksanaan projek (untuk mengelakkan penyalahgunaan dana).
3. Kekerapan membuat revolusi untuk mengundi adalah terhad (misalnya tidak lebih daripada sekali setiap dua minggu).
4. Hanya penyumbang dana/ pelabur token sahaja yang dibenarkan untuk mengundi.
5. Penyumbang dana akan diberitahu lebih awal sebelum planned poll dibuat.
6. Penyumbang dana akan membuat keputusan sama ada projek akan ditamatkan atau tidak. Sekiranya projek ditamatkan, platform Smart Contract akan dihentikan dan proses membayar semula dana akan dilakukan. Pada masa yang sama, token yang dipegang oleh developer perlu dimusnahkan.
Baca juga: Pengenalan Ringkas: ICO vs IPO