'I Kill Giants' - Market Demon

Friday, April 6, 2018

'I Kill Giants'



I Kill Giants, sebuah kisah pengembaraan yang memberangsangkan mengenai pelajar gred lima, Barbara Thorson, yang kini menumpukan sebahagian besar waktunya (dalam dan luar sekolah) untuk melawan para gergasi. Pertempuran dengan gergasi yang mencerminkan pertempuran epik mitos.

Kita akan menyelami dunia Barbara - melalui sebuah erti penantian, perjalanannya ke bilik kaunselor dan sekolah, perbualannya antara impian dan dunia magis. Tidak dilupakan perjuangannya menentang pembuli dan kakaknya demi pertempuran yang lebih kritikal dengan gergasi tanpa rasa takut.

Barbara sudah siap sedia untuk berperang dengan menetapkan perangkap di rumahnya di sepanjang pantai dan membawa tukul perang Coveleski yang tersimpan dalam beg berbentuk hati.

Filem ini berjaya menyampaikan Barbara sebagai anak pra-remaja yang degil dengan kewujudan sahabat yang terhad. Dia bersedia untuk melawan apa jua jenis rintangan malah jika dikehendaki untuk menentang semua orang juga dia mampu. Barbara bersifat sarkastik, kesepian namun mempunyai kesungguhan yang tinggi untuk mencapai apa yang diperjuangkan. Cerita, prosa, dan seni menjadikan filem ini tontonan yang luar biasa bagi semua peringkat umur.

Kita melihat Barbara, sebagai seorang pelajar yang gemar duduk di belakang kelas dan lebih gemar menjadi saksi atas segala tingkah laku rakan-rakan sekelasnya dari jauh.

Bagaimanapun, Barbara telah membuat kenyataan kepada gurunya dan pelajar lain bahawa dia tidak boleh diganggu dengan masalah biasa seperti itu. Dia adalah seorang pembunuh gergasi. Hanya dia boleh memerangi gergasi-gergasi yang akan tiba menggunakan tukul perang Coveleski legenda.

Barbara hanya menumpukan persediaan untuk pertempuran dengan gergasi. Pada beliau, cabaran ini adalah sukar dengan masa yang terlalu singkat. Oleh itu, dia harus bersiap sedia! Walaupun Barbara agak berani dan tegas, dia terlalu mudah terdedah dengan sekeliling. Dia tidak mempunyai kawan di sekolah sehinggalah didatangi oleh Sophia.

Namun begitu, kelemahan Barbara jelas terpampang di rumah kerana dia selalu bergaduh dengan abangnya, dan sangat takut pada sesuatu di tingkat atas di rumahnya. Oleh sebab itu, dia memilih untuk tinggal di ruangan bawah tanah.

Tetapi Barbara mempunyai keberanian yang anda akan rasai sepanjang masa.

Barbara mempunyai banyak maklumat mengenai gergasi. Dia mengajar kita tentang gergasi pertama, Ur, dan membantu kita membezakan antara Titans dan gergasi. Malah berpengetahuan untuk memerangi mereka. Barbara memberitahu semua orang termasuklah pari-pari dan bunian mengenai strateginya. Mereka membantu serta menyokongnya dengan senantiasa memberi amaran kepadanya.

Adakah kewujudan pari-pari ini adalah benar? Adakah Barbara benar-benar melihat mereka? Adakah mereka merupakan kawan-kawannya?

Adakah gergasi yang sebenar akan mengancam kewujudan Barbara atau apakah mereka hanya sebuah metafora ketakutan yang mesti dihadapi? Atau, mereka hanyalah sebahagian daripada dunia ciptaan Barbara cipta untuk membantu dia melarikan diri dari ketakutan dan kengerian di sekelilingnya?.

Soalan-soalan ini adalah untuk anda meneroka ketika anda menonton I Kill Giants.


Singkatnya, I Kill Giants merupakan sebuah cerita jujur ​​yang hanya menperdayakan seorang gadis untuk berjuang menentang situasi kehilangan, buli, dan persahabatan. Ini mengenai perjuangan dalam diri manusia, seperti apa yang pengarah cuba sampaikan pada penonton "kita semua lebih kuat daripada yang kita fikirkan”.