Bitcoin : 4 Teknologi yang perlu diperhati lewat 2018 - Market Demon

Wednesday, January 24, 2018

Bitcoin : 4 Teknologi yang perlu diperhati lewat 2018

Image result for number 4

Benarkah tahun 2017 mencatatkan sejarah terbaik buat Bitcoin

Walaupun sering dikaitkan dengan economic bubble seperti Tulip Mania, Bitcoin selaku pelopor matawang kripto telah mencatatkan kenaikan luar biasa daripada 1,000 USD kepada 20,000 USD! Ini bermakna jika anda melabur RM1 pada awal 2017, anda boleh mendapat pulangan sebanyak RM189 (iaitu hampir 19,000%)!


Hari tidak selalunya cerah, mutakhir ini, nilai Bitcoin dilihat telah menurun kepada paras USD10,000 dan ramai yang beranggapan Bitcoin telah menepati hipotesis economic bubble. Benarkah begitu atau sebaliknya? 



Sekiranya anda mengikuti dan melihat perkara yang tersirat, sebenarnya penurunan nilai bitcoin tersebut juga pernah berlaku pada tahun-tahun sebelum. Namun, disebabkan reputasi dan kesedaran di peringkat global, ia dimomokkan seolah-olah berengga lalat dan scammer oleh sesetengah pihak aliran mainstream.

Sedarkah anda, dari perspektif aspek teknologi kewangan internet, tidak boleh dinafikan perkembangan bitcoin dan kripto-kripto lain (altcoin) adalah permulaan evolusi baharu kewangan internet dengan pelbagai projek-projek dan syarikat-syarikat (ICO start-up) yang wujud dan secara tidak langsung telah memberi 'cuitan manja' kepada hegemoni wang fiat. (Perkara ini akan diulas lebih panjang pada artikel akan datang)


Disini penulis akan senaraikan EMPAT pembangunan teknologi berimpak tinggi dan mengujakan terhadap Bitcoin bagi tahun 2018.





1. Transaksi yang lebih murah dengan Segwit (Segregated Witness) dan format baharu address (wallet)

SegWit adalah kejayaan terbesar bagi protokol Bitcoin. Ia dilancarkan pada Ogos 2017 dan telah berjaya membaikpulih isu-isu serta mengaktifkan protokol second-layer. SegWit juga telah berjaya meningkatkan had operasi saiz blok Bitcoin berserta had weight limit, dengan itu menjanjikan lebih transaksi dibenarkan melalui network dan penjimatan caj fi per transaksi.

Walau bagaimanapun, penggunaan kemaskini SegWit masih belum dimanfaatkan sepenuhnya oleh kripto lain walaupun Bitcoin secara teknikal mampu menyokong transaksi 2 hingga 4 MB transaski per 10 minit. Buat masa ini, secara purata, transaksi hanya sekitar 1.1MB. Oleh kerana penggunaan yang masih belum optimum ini, pelbagai potensi dapat dilihat daripada kekosongan ini oleh industri kripto secara umumnya.


Selain itu, interface Bitcoin Core Wallet juga bakal membenarkan pengguna menerima dan menghantar transaksi (SegWit). Kemaskini Bitcoin core 0.16 yang dijadualkan pada Mei 2018 akan memperkenalkan format Address baharu “bech32” bagi menggantikan format P2SH buat masa ini. Ia juga berpotensi meminimakan risiko dan kesalahan editorial (typo) alamat pengguna. Beberapa penyedia servis seperti Coinbase juga dikatakan akan menaiktaraf kepada SegWit pada tahun ini dan bakal diikuti exchange, wallet altcoins yang lain.

Nota: SegWit yang meluas mampu mengurangkan kesesakan network dan merendahkan fi transaksi serta pengesahan masa yang lebih singkat.


2. Network Lightning bakal diperkenal di Bitcoin Mainnet

Sebagaimana SegWit yang menyelesaikan tekanan berhubung fi dan masa pengesahan, scalability jangka panjang juga boleh dicapai dengan teknologi second layer solution yang dikemaskini di atas blockhain Bitcoin.

Antara penyelesaian yang ditawarkan oleh lightning network adalah nilai transaksi yang lebih rendah yang mana boleh membantu altcoin yang lain untuk terus mandiri beroperasi walau nilainya berbanding Bitcoin adalah senjang. Malah, manfaat fi caj yang rendah dan pengesahan yang lebih pantas dan selamat juga bakal diperoleh pengguna.

Pembangunan Network Lightning Solution giat dijalankan hampir dua tahun dengan usahasama oleh ACINQ, Blockstream dan Lightning Labs. Kemajuan ubahsuai layer telah berjaya dilaksanakan pada tahun lalu dengan pelancaran software yang lebih compatible, wallet yang mesra pengguna dan malahan pebagai ujian transaksi yang berjaya di atas Bitcoin’s Mainnet , domain TumbleBit dan ZeroLink

Tumblebit

Tumblebit diperkenal pada tahun 2016 oleh sekumpulan penyelidik dan diketuai oleh Ethan Heilman. Ia berperanan untuk memperkenalkan protocol sesi percampuran (coin-mixing) dari banyak pengguna kepada banyak penerima dalam satu-satu sesi. Setiap pengguna akan menerima Bitcoin yang berbeza daripada apa yang dimulakan justeru memadamkan trail pemilikan setiap pengguna. Tumblebit menggunapakai kriptografik pintar bagi memastikan (tumble mixer) tidak mempunyai hubungan antara pengguna-pengguna.

Implementasi awal projek ini telah dikod oleh developer Nicolas Dorier pada awal 2017. Kerja tersebut telah disambung oleh Adam Fiscor dan developer lain, malah, Stratis telah mengumumkan akan melaksanakan teknologi ini dalam Breeze wallet akan datang yang juga menyokong Bitcoin pada Mac 2018. Jika anda telusuri perkembangan Stratis, integrasi Tumblebit telah dimulakan pertengahan Dis 2017 dengan pelancaran breeze wallet dalam fasa beta.

Solusi Zerolink

Ia merupakan konsep yang agak lama oleh Bitcoin Core contributor dan Blockstream CTO Gregory Maxwell pada tahun 2013. Tidak seperti Tumblebit, Zerolink menggunapakai server central untuk menghubungkan semua pengguna tanpa kebolehan menghubungkan transaksi. Berbeza dengan Tumblebit, ia mencipta satu kerjasama (CoinJoin) transaksi di antara para pengguna, yang menjadikan kos transaksi dikongsi bersama dan lebih rendah.

Idea ini telah dilihat dibbangunkan semula pada tahun ini dan yang menariknya ia diusahakan oleh orang sama yang mengusahakan Tumblebit; Fiscor. Beliau telah memberi fokus terhadap pembangunan Zerolink versi baharu.

Beliau juga baru-baru ini telah memulakan pengujian implementasi Zerolink dan mendapati terdapat penambahbaikan perlu dibuat. Beliau menjangkakan projek ini dapat direalisasikan dalam sedikit masa lagi.


3. Lebih banyak sidechains dan aplikasi penggunaannya

Sidechains adalah blockchains alternative tetapi ia ditambat satu-per-satu terhadap Bitcoin. Ia berkemampuan untuk membenarkan pengguna untuk mengubah Bitcoin dari satu-satu chain kepada chain lain yang walaupun chain tersebut mempunyai rules yang tersendiri. Ini bermakna hanya 21 juta coins asal Bitcoin di dalam protocol Bitcoin akan digunakan. Sidechain boleh memberi pengesahan yang lebih pantas, lebih privacy dan mempunyai kemampuan smart contract atau dengan bahasa mudahnya apa yang digunakan oleh altcoin lain buat masa ini.

Konsep ini telah mula diperkenalkan oleh CEO Blockstrean Dr Adam Back pada tahun 2014 yang menjadi asas penubuhan Blockstream. Blockstream juga telah melancarkan Liquid sidechain yang membolehkan transaksi instant di antara Bitcoin exchanges. Buat masa ini Liquid masih di peringkat beta dan versi 1.0 dijangka akan dilepaskan pada 2018.

RSK

Projek RSK bertujuan untuk menyokong Turing-complete smart contracts dengan memberi fleksibiliti ethereum kepada Bitcoin. RSK masih di peringkat closed-beta dan cofounder RSK Labs Sergio Demian berkata pihaknya akan melancarkan RSK fasa umum tidak lama lagi.

Ahli sains Paul Sztorc juga telah menyiapkan implementasi umum berkenaan projek drivechain yang mengatakan Liquid dan RSK mengaplikasi konsep “federated” model, yang mana sidechain dikawal oleh semi-trusted “gatekeepers,”. Bahkan yang menarik, drivechains  kelak akan dikawalselia oleh by Bitcoin miners!

Jika drivechains siap pada tahun ini, Bitcoin akan memulakan sidechain yang akan dinamakan “Bitcoin Extended” iaitu versi Bitcoin  baharu dengan membenarkan lebih banyak transaksi dalam sesuatu masa dan potensi berlakunya naiktaraf protokol melalui soft-fork (yang mana kurang digemari pengguna miner).


4. Cadangan penggunaan Schnorr Signatures 

Schnorr signatures, dinamakan oleh inventor Claus-Peter Schnorr dan diakui sebagai kriptografik signature terbaik buat masa ini. Signatures ini menawarkan pembetulan yang baik, tidak mudah dilentur, dan pengesahan yang pantas dengan feature yang bermanfaat berasaskan rumus matematik. Kini, dengan pengaktifan SegWit, Schnorr signatures dapat dilaksanakan dengan lebih mudah di dalam protocol Bitcoin.

Kelebihan utama algoritma Schnorr adalah berkebolehan menyatukan multiple signatures kepada single signature. Dalam konteks Bitcoin, ini bermaksud satu signature boleh membuktikan multi Bitcoin Adresses memandangkan transaksi boleh datang dari pelbagai input. Hal ini membolehkan penjimatan sebanyak 25% dan memberi manfaat kapasiti transasksi Bitcoin sehingga 33%. 

Tambahan, Schnorr signatures membolehkan signatures yang berbeza daripada input transaksi multi-signature disatukan. Transaksi yang lebih jimat sepertimana konsep Grab Share. Bahkan penggunaan Bitcoin yang lebih private dapat dilaksanakan. Juga dilihat potensi Schnorr signature diperluas kepada aplikasi yang lebih advance seperti smart contracts dengan menggunakan konsep “Scriptless Scripts.”

Schnorr signatures dilihat akan memberi kesan yang besar kepada Bitcoin pada tahun 2018 sepertimana sidechain, network lightning dan kemaskini SegWit.

Justeru, jika anda terus percaya terhadap penurunan Bitcoin saat ini, anda juga perlu percaya ia hanyalah permulaan teknologi baharu untuk hari esok! Bitcoin telah pun berada sedekad  di pasaran dan hari ini sesetengah pihak berkata ia adalah bubble, maka, adilkah pertimbangan sebegitu dibuat?


Shafiq Neurotrader untuk Market Demon
24 Jan 2018