Adakah Market Cryptocurrency Decentralised? Atau Hanya Cakap Kosong? - Market Demon

Tuesday, January 23, 2018

Adakah Market Cryptocurrency Decentralised? Atau Hanya Cakap Kosong?




Berita mengenai pertuduhan bahawa Korea Selatan (salah sebuah pemegang terbesar dalam matawang crypto) telah mengeluarkan larangan ke atas cryptocurrency dan juga penemuan "insider trading" oleh goverment officials yang ditangkap berdagang menggunakan insider information telah menggegarkan market berikutan skandal tersebut.

Apa yang lebih menarik adalah kemarahan pelabur apabila mendapati bahawa manipulasi market dijalankan oleh big player menolak harga ke arah yang diingini mereka. Lebih mengejutkan apabila manipulasi ini berlaku di tempat yang mana lebih 60% dari pelabur mempercayai sumber buy/sell tanpa berfikir secara rasional kerana mereka tidak mempunyai skill yang diperlukan dalam menjalankan analisa dan hanya terjun dari satu investment ke investment yang lain, seperti mana mereka menjumpai market crypto pada mulanya seperti kebanyakan orang (laman sosial).

Market cryptocurrency adalah antara market yang unregulated, di mana ia bermaksud sesiapa sahaja yang mempunyai modal yang cukup besar mampu mempengaruhi perjalanan market. Ia tiada bezanya dengan financial instrumen yang lain seperti Forex dan Stock market, di mana big player terdiri dari kerajaan, hedge funds, banks, dan investor berskala besar yang menentukan arah tuju market dan apa yang berlaku di psychological levels yang menjadi area of interest bagi para pelabur.

Bayangkan setiap fundamental issues yang berlaku, seperti fake ban oleh China dan penipuan besar oleh CEO JP Morgan, Jamie Dimon, tanpa ada apa-apa tindakan serius yang akan dikenakan ke atas mereka kerana menanipulasi market. Belum lagi hard forks, di mana ada beberapa individu yang sebenarnya mengawal keputusan mengenai hard forks. Ini sekaligus menolak tujuan sebenar crypto sebagai sistem decentralised.

Memahami bahawa big player sentiasa mengawal market akan membuatkan anda lebih berwaspada dengan berita-berita yang keluar dan berfikir secara kritikal tentang apa yang sebenarnya berlaku. Dengan memahami fakta di atas, secara tidak langsung anda akan lebih memahami mengapa market crypto bergerak sekitar 5% sehari secara puratanya sebelum membuat sebarang major moves. ðŸ’£

Government adalah entiti yang bertanggungjawab mengawal society, mereka mencipta sistem yang mengawal society dan kita adalah pemain, seperti sebuah casino, "it's always the house that wins" dan government yang mempunyai autoriti memastikan kita akan sentiasa bermain di dalam "house", dengan mengawal segala peraturan dan larangan bagi memastikan system yang dibina kekal utuh.



Pelabur yang melabur lebih awal dalam teknologi ini sebelum bank dan government telah membuat profit yang besar dengan membuat leap of faith dan ini menolak peranan government sebagai entiti yang mengawal society dan membuka ruang untuk mereka memanipulasi sepenuhnya market yang sentiasa terdedah kepada FUD dan FOMO, sebelum peraturan yang lebih ketat diperkenalkan. Jadi, mengapa tidak ambil peluang dengan keadaan market yang sentiasa terdedah kepada fear dan pelabur yang kurang pengalaman dalam bidang ini?

Adalah ironik untuk difikirkan, kuasa-kuasa besar mampu membuat global regulation bagi membendung masalah ini tetapi mereka mengambil keputusan untuk berdiam diri. Jika diikutkan, banyak bank-bank besar mula mengaplikasikan teknologi Blockchain di dalam system mereka, bukan kerana mereka berminat di dalam teknologi ini tetapi lebih kepada langkah berjaga-jaga dengan potensi cryptocurrency market yang mempunyai kebolehan untuk mengubah nasib orang biasa dan membuat mereka perlu menukar rules of the game jika bank tidak turut serta.

Cryptocurrency adalah sebuah market yang bebas, tetapi tidak sebebas yang anda sangka. Kebanyakan pelabur tidak mempunyai kuasa untuk menggerakkan market ini, seperti market yang lain di mana bank dan government, terutamanya US dan Asia (China, Korea) mampu memanipulasi market dengn hanya satu pengumuman. Inilah sebabnya mengapa berita mengenai ban oleh negara-negara besar ini memainkan peranan penting ke atas decentralised currency ini. Masa yang lama diperlukan sebelum negara-negara besar mula menerima dan mengaplikasikan teknologi ini seterusnya membentuk satu regulation sebelum ia menjadi official. Sebelum ia menjadi kenyataan sekarang adalah masa di mana ketidaktentuan dalam market di jadikan aset bernilai di dalam trading process anda dari mengeluh apabila berlaku manipulasi di dalam market.

Rasa tips ini berguna untuk anda? Please share !